Followers

30 November, 2010

esok dapat RM500

Bangga lagi dapat duit (gambar hiasan)
KUALA LUMPUR - Penerima pencen boleh mengeluarkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 melalui bank mulai esok.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini penerima pencen tidak perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di kaunter bank (di bawah Skim B) bagi pengeluaran itu kerana bayaran dikreditkan terus ke akaun bank mereka.

Bagi penerima yang dibayar melalui waran pula, m
ereka akan menerima waran berkenaan melalui pos dan boleh menunaikannya serta merta.

Semakan boleh dilakukan melalui portal Bahagian Pasca Perkhidmatan di http://apps.jpapencen.gov.my/bipp/.

Sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Khas Kewangan, penerima pencen boleh
menghubungi Kamarudin Abd Ghani di talian 03-88854135/4160 atau emel kamarudin.ghani@jpa.gov.my.

Semasa membentangkan Bajet 2011 pada 15 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan itu kepada semua penjawat awam dan penerima pencen


sumber: sinar harian 

kata Jinkamen: alhamdulillah ler kakitangan kerajaan sebab dapat bantuan akhir tahun sokmo..harap-harap peniaga-penjaja jangan la pulok naik harga sebab yang kerja swasta/sendiri ni takde lak dapat bantuan yek...bantu diri sendiri ler..


takde rezeki

Alhamdulillah dah sampai opis awal sket ari nih....sampai jek kat meja, terus bukak pc...pastu nak cari thumbdrive dalam beg...seluk punya seluk rasa sejuk jek dlm beg, jenguk ke dalam beg jumpa satu bungkusan plastik.. ingatkan ape..bukak jek...lorr..goreng pisang semalam rupenyee...terlupa nak makan kat rumah lepas balik kerja semalam....ermm..dah takleh makan rasanye..kene buang la...takde rejeki 
('__')

Ikan Keli Jadi Snek


ini adalah ikan patin


SERDANG - Ikan keli masak gulai atau goreng merupakan masakan popular sejak dahulu lagi dan banyak dijual di restoran di negara ini.
ikan keli
Namun hasil teknologi terkini, produk ikan air tawar itu kini disediakan dalam bentuk snek dan dijual pada harga RM1.80 sen bagi setiap satu pek.
Itu idea pengusaha industri kecil dan sederhana, Siti Zaharah Saidin, 39, yang kini menjana keuntungan bersih kira-kira RM25,000 sebulan hasil jualan snek tersebut.
Menurut pemilik syarikat Wawa-A yang beroperasi di Sungai Petani, Kedah itu, dia mula berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual serunding ikan keli, daging dan ayam di pejabat-pejabat kerajaan.
sumber: kosmo online
kata Jinkamen: Gambo kat atah tu adalah gambo ikan patin kebanggaan orang temerloh....sedat sangat kalau dapat makan silver catfish in durian paste sekarang nihhh....cakap melayunye ikan patin masok tempoyok...bubuh pulok lada 40 bijik...fuhh meleleh air liur kome..minggu ni nok balik pulau tawor suruh abang ipar koi (harun mentol) cari ikan patin la pulok
silver catfish in durian paste

apabila WORLDXPLO di xplo oleh yang SUKAxplo maka....



worldxplo dianugerah award. Ianya dianugerahi oleh blogger selipar jepun korea yang aku lawati lewat malam tadi..hehehe ..tenkiu puan rafina mimi yekk.  asalnya award ni dari ekin ashikin --> selipar korea --> jinkamen/aku

apa yang kuperlu buat?
  • gantung award ni
pastu kene jawab 3 soalan senang lenang ini :) 

  1. nickname empunya blog : jinkamen (sebutan dari jengka+man)
  2. sepatah dua kata untuk pemberi award : toche3x, sukriya....terima kasih daun keladi..
  3. favourite artis : hahahaha..peberet artis adalah Zainal X-kepala angin & Ramli sarip
so seterusnya award ini akan menghiasi blog jinkamen seado yang mungkin...kepada sesiapa yang bertuah (blog cantik/best/suka dikunjungi saya) akan dipaksa mengambilnya....

  1. anismaira
  2. yayaviera
  3. pu3mas89
  4. LaLaLa
  5. HaliaKentang
  6. RimauSakti
  7. DyaLova
(mereka adalah yang sudi melawat dari sejam yang lepas) thanx ...


29 November, 2010

Filem lucah 3-D la pulok


PARIS - Perancis akan menjadi negara pertama di Eropah yang menyediakan perkhidmatan video lucah tiga dimensi (3-D) berdasarkan permintaan dengan ihsan stesen Marc Dorcel Television, lapor sebuah akhbar semalam.
Stesen televisyen itu akan melancarkan langganan untuk memperoleh hiburan dewasa yang pertama dengan menggunakan 3-D.
Penerbit-penerbit filem lucah di Perancis merancang untuk meluaskan program langganan itu dengan beberapa rakan stesen televisyen lain di Perancis. - Agensi
sumber: kosmo online
Kata jinkamen: Harap-harap janganlah sampai ke Malaysia....rosak akhlak bukan saje bebudak...orang-orang tua pun jadi gila sok..

Aku penunggang motor, tiap-tiap hari aku menunggang motor


Lanjutan dari entri yang baru tadi, terfikir lak aku...selamatkah aku sebagai penunggang motorsikal? mungkin betul malang tak berbau tapi dari pihak kita pun kena berwaspada gak kan? perlu perlengkapkan diri kita sebelum orang menyalahkan kita sekiranya berlaku malapetaka terbabit. seringkali kita dengar, walau kesalahan dari pihak yang lain tetapi andaikata penunggang yang tidak 'bersalah' tiada lesen memandu ataupun roadtax, jari tunjuk automatik akan ditunjuk kepada kita.


Justeru itu, perkara tersebut perlu dititik beratkan. Kecuaian walau sesaat semasa menunggang memang akan mengundang padah. 

Kekadang keadaan jalan pun boleh menyebabkan kemalangan kepada penunggang motorsikal. sesiapa yang pernah melalui jalan motor di lebuhraya persekutuan memang akan melalui jalan yang tidak berapa elok dan kekadang air yang bertakung yang boleh menyebabkan kemalangan. Pernah sekali aku terserempak dengan seorang penunggang yang 'tertonggeng' akibat melalui jalan yang berlopak ditenggelami air. kemungkinan sebab itu ramai penunggang mengambil jalan pintas menggunakan jalan kereta di federalhighway kerana tidak mahu melalui jalan motor terbabit. tetapi sebenarnya pilihan tersebut lagi amat merbahaya.

Pemandu kenderaan beroda 4 keatas juga sebenarnya perlu lagi berhati-hati dengan penunggang motorsikal. aku sebagai penunggang dan pemandu kereta memang tahu bagaimana 'rasa' menjadi peneraju kedua-dua kenderaan terbabit. kekadang pemandu kereta menghimpit motor kerana tidak memandang side mirrow dan memberi signal sebelum membelok. pemandu kereta juga sepatutnya memberi keutamaan kepada penunggang motor dulu sewaktu lampu isyarat berwarna hijau, bukan berlumba-lumba dengan motorsikal. Sebilangan pemandu bas, teksi dan juga kenderaan panjang selalu tidak menghormati penunggang motorsikal di lebuhraya. 


walaubagaimanapun, sebagai penunggang motor aku nasihatkan diri aku dan penunggang lain, sebelum naik motor tu baca la doa dan niat dalam hati perjalanan kita ni kerana ALLAH.

Kerana apa yang berlaku adalah kehendakNya tetapi sebelum kita disalahkan eloklah kita melengkapkan diri kita dulu untuk keselamatan kita jugak. 

 

Kemalangan dekat Opis meragut nyawa

Persiaran Maybank
off  Jalan Raja Chulan
Kuala Lumpur
29 Nov 2010
8-30  pagi
 
Satu kemalangan yang saya sifatkan amat tragis, berlaku sebentar tadi.
Mangsa baru sahaja menghantar isterinya di tempat kerja di Menara Maybank, menaiki motosikal.
Beberapa minit kemudian, takdir menentukan , dia pergi meninggalkan segala-galanya buat selama-lamanya ketika dalam perjalanan hendak ke tempat kerjanya pula.
Mangsa maut dihempap sebatang pokok (pokok mati) yang tumbang menimpanya dan motosikal.
Mohd Helmi Hussain, 37 tahun, Sg Buloh, Selangor -  kakitangan Al Rajhi Bank di ibupejabat di Wisma Selangor Dredging.
Anda diminta bersedia secara mental sebelum saya posting foto-foto yang sungguh menyayat hati -tatkala isterinya tiba di lokasi dan sempat mencium jenazah suaminya…
Al Fatihah…

sumber: blog ondscene 
kata Jinkamen: kemalangan tersebut dekat opis jinkamen...kemalangan kenderaan sering berlaku kat situ ..tetapi tak pernah ada kematian..tetapi kali ini meragut nyawa...takziah kepada keluarga mangsa

28 November, 2010

IMPIAN SEORANG LELAKI TULEN :)

Ini adalah kuda besi yang aku pakai sekarang, memang takde masalah sangat waktu bersama aku. sudah 6 tahun  dia bersama aku. Cuma sebab cc dia besar (535cc) dan memerlukan lesen B Full dan roadtax+insuran lebih mahal dari kereta. sebelum ni pun aku dah selalu pakai super bike so enjoy pakai Ez rider ..


Dan sebagai 'spare'aku angkat Honda 125s ni sebagai kenderaan pergi dan balik opis. dah bersama aku selamat 3 tahun dah. 



Baru baru ni, MK memberitahu aku, kat Malaysia akan keluar sebijik lagi motor dari honda. Honda CBR250. kalau pakai ni jimat sket duit roadtax ngan insuran. Dekat Thailand dan ada dah model nih..kalah kawasaki 250 nih..banding dengan Blade lagi jauh ketinggalan.

Tapi rasanya tahun depan baru keluar kat Malaysia. ..jangkaan harga maybe bawah Rm21k kot sebab kawasaki  250 harga mcm tu gak..
Tapi..fikir punya fikir  berbaloi ke aku angkat motor tuh...sebab aku fikir dah taknak layan motor dah. yang ada sekrang pun rasa dah cukup. 

Aku cuma rasa nak tukar motor wave125 tu kepada LC135 jek..sebab 125 tu tak daya nak bawak aku naik bukit menghala ke tol Jalan Duta tuh..hehehe
Dan Sebab besarnya ..aku ada misi lain...hehehe

aku nak yang niiiiii....harap sangat dapat yang nih...
nak main OFFroad la pulok

Penjara boleh dilolos

BROWNSVILLE – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bingung bagaimana seorang banduan kurus, Kristopher Allen White meloloskan diri melalui celah jeriji besi tingkap sebuah penjara di sini, negeri Tennessee.
Sebuah akhbar melaporkan, White, 23, meloloskan diri melalui ruang kecil selebar 10 sentimeter dalam aksi yang dianggap luar biasa dan setanding dengan kehebatan ahli magis legenda, Harry Houdini pada Isnin lepas.
Banduan seberat 74.8 kilogram dengan tinggi 180.3 sentimeter itu ditangkap semula 14 jam kemudian dan dihantar kembali ke penjara Daerah Haywood, di sini.
“Sehingga kini, saya tidak dapat membayangkan bagaimana dia melakukannya,” kata Sherif Daerah Haywood, Melvin Bond.
Menurut satu lagi sumber, banduan itu melicinkan badannya dengan minyak masak dan dia dibantu oleh seorang lagi banduan yang menghuni bilik penjara bersamanya.
Dia ditahan di penjara itu selepas ditangkap kerana memecah masuk ke dalam beberapa buah gereja di Daerah Haywood pada awal tahun ini.
Selepas keluar dari lokap, White memanjat tembok penjara dan melapik pagar berdurinya dengan beberapa helai selimut penjara dan terjun keluar. - Agensi

sumber: kosmo
Kata Jinkamen: Senang jadi orang kurus ek

27 November, 2010

cadangan Dr M



LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mencadangkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya menggunakan paramotor untuk pengangkutan dan tugasan operasi mereka. 


Katanya, penggunaan paramotor lebih mudah kerana tidak memerlukan banyak ruang landasan untuk berlepas dan mendarat.




"Adalah sesuai ATM menggunakan paramotor untuk pengangkutan termasuk tugasan operasi serta mencari dan menyelamat," katanya selepas menyambut ketibaan juruterbang yang menyertai cabaran Satun-Langkawi Paramotor Antarabangsa 2010 di perkarangan Kompleks Pekan Rabu Kuah di sini, hari ini.
Seramai sembilan juruterbang dari Malaysia tiba di sini dari Satun, di Selatan Thailand yang mengambil masa sejam membabitkan perjalanan sejauh 58 km. 


Dr Mahathir berkata, ketika ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara yang menggunakan paramotor untuk tugasan pengangkutan. Beliau berkata, paramotor itu juga boleh digunakan untuk operasi dan meninjau kejadian banjir. 



Setiap paramotor dengan berat 30 kg berharga RM25,000 hingga RM30,000 dengan kelajuan antara 30 hingga 60 km sejam. 
Selain itu, Dr Mahathir, menyarankan golongan remaja yang berumur 15 tahun ke atas supaya merebut peluang untuk menjadi juruterbang menerusi sukan paramotor untuk membiasakan diri dengan penerbangan. 



"Kita mahu melahirkan ramai juruterbang kerana keperluannya meningkat memandangkan permintaan juruterbang terutama di Amerika semakin bertambah," katanya. 



Beliau berkata, potensi menjadi juruterbang adalah baik dan oleh itu golongan muda patut merebut peluang itu. 
Katanya sepatutnya sukan seperti itu mendapat galakan untuk memajukannya. 



Beliau yakin sukan paramotor boleh menjadi tarikan pelancong untuk membawa mereka bersiar-siar mengelilingi Langkawi. - BERNAMA 




kata Jinkamen: Nak mencuba gak laa paramotor nih

Makan Makan dan Makan



makan burger?
.
.
..
baik makan burger buatan

kat tepi jalan


RM2.80
nyum nyum nyum

Kena Tipu Lagikk

KOTA TINGGI – Malang menimpa dua warga emas apabila objek yang disangka ‘batu geliga delima’ kononnya boleh digunakan untuk menyedut duit yang dibeli dengan harga RM26,000 daripada tiga lelaki berperwatakan alim rupa-rupanya hanyalah sebiji mentol mainan berharga RM1.
Kedua-dua mangsa berusia 71 dan 72 tahun masing-masing mengalami kerugian RM6,000 dan RM20,000 pada 20 dan 22 November lalu selepas mereka terpedaya dengan suspek berusia dalam lingkungan 30-an yang memakai kopiah mengatakan batu tersebut diwarisi daripada datuknya.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, bagi meyakinkan mangsa, suspek turut melakukan demonstrasi dengan merendamkan ‘batu’ tersebut ke dalam air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerah-merahan.
‘Batu’ tersebut hanyalah merupakan sejenis mentol yang boleh dibeli dengan harga RM1.
sumber:Kosmo
Kata Jinkamen: Orang-orang tua yang banyak duit sebab keluar duit KWSP selalu sangat jadi mangsa camnih...anak-anak tolonglah ambil tau pasal mak bapak..telefon la setiap hari dan balik laa sebulan sekali

26 November, 2010

baju baru


Tukar baju baru.

Kena Tipu


TANAH MERAH - Seorang mekanik kerugian RM300 apabila terbeli sebuah telefon bimbit mainan yang menggunakan jenama terkenal daripada seorang lelaki di Kampung Bukit Panau di sini kelmarin.

Menurut mangsa, Mohd. Jasmi Jusuh, 35, pada hari kejadian dia dikunjungi seorang lelaki ketika menjalankan kerja di bengkel di hadapan rumahnya pada pukul 10 pagi.

Katanya, seorang lagi lelaki berada di dalam kereta jenis Nissan Sunny yang diletakkan kira-kira 100 meter dari bengkelnya.

"Lelaki terbabit menawarkan sebuah telefon bimbit berjenama terkenal yang berharga ribuan ringgit di pasaran.

"Dia menawarkan telefon bimbit tersebut dengan harga RM300 sahaja tanpa pengecas bateri dengan alasan memerlukan wang segera," katanya ketika ditemui di sini semalam.

sumber: kosmo online

Kata Jinkamen: Macam macam gaya orang nak tipu sekarang nih..sentiasa berwaspada laa..

Pembunuh Bersiri-siri

dah lama betul
aku bengang dengan
dia ni
.
..
.
asyik-asyik dia muncul jek
macam nak cari gaduh
dengan aku
(dia tak tau badan aku besar)
..
...
..
.
tapi bila jumpe aku
sempat lak dia lari tu
...
..
.
..
...
tapi ari ni dia bernasib
malang
.
.
.
aku dapat menewaskannya
.
.
ha ha ha
.
.
.
matinya
seekor lipas
.
..
.
thanx ridsect
.
sesungguhnya aku
tak boleh lenyek
ngan kaki aku


kata jinkamen: takde cerita la tuh

25 November, 2010

Free: Menyelak helaian Surat Kabor Utusan Malaysia Online


Nikmati langganan percuma 2 minggu untuk Utusan Malaysia dan Bussines Today.
Cepat tawaran terhad dari 7 November 2010 hingga 7 Disember 2010 sahaja
.

klik pada disini untuk keterangan lanjut

isi butir-butir diri anda seperti dibawah

satu link confirmation akan
dihantar dlm email
anda


login dlm portal diorang disini
dan nikmatilah
suratkhabar
free


kata jinkamen: Benda baik, hebah hebahkan










Situasi Opis

Movie: Unstoppable



mengisahkan keretapi yang tidak berpemandu bernombor 777 dengan membawa 39 gerabak kargo dipercayai bahan kimia telah 'terlepas' dengan kelajuan yang amat tinggi.

pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk memberhentikan keretapi tersebut kerana ianya akan melalui selekoh yang tajam berdekatan dengan satu bandar yang boleh menyebabkan malapetaka.

seorang jurutera lakonan Denzel Washington dan Chris Pine sebagai konduktor kereteapi bernombor 612 berusaha memberhentikan keretapi tersebut.

filem ni bercorak aksi dan memang bebaloi menontonnya.

Bintang oleh Jinkamen: 7.5












24 November, 2010

Tidak Boleh Guna Henset bagi wanita yang belum kahwin


NEW DELHI: Majlis kerajaan tempatan Baliyan, utara India mengharamkan wanita yang tidak berkahwin membawa telefon mudah alih, bagi menghentikan kejadian hubungan percintaan haram antara pasangan yang berbeza kasta.

Majlis kerajaan tempatan di daerah Uttar Pradesh, membuat keputusan itu selepas sekurang-kurangnya 23 pasangan muda melarikan diri untuk berkahwin dengan tidak mendapat restu keluarga, bagi tempoh tahun lalu.

“Dewan Undangan Panchayat yakin pasangan yang terbabit menggunakan telefon mudah alih bagi merancang melarikan diri bersama pasangan mereka,” kata warga emas perkampungan itu, Jatin Raghuvanshi.
Peraturan berkahwin yang membabit kasta berbeza adalah rumit dan sangat sukar di kebanyakan komuniti pedalaman di India, di mana ada di kalangan pasangan itu dibunuh oleh ahli keluarga kerana cuba melindungi reputasi keluarga.

Bagaimanapun, peraturan baru itu mengecualikan anak lelaki yang masih dibenar menggunakan telefon mudah alih, hanya dengan pemantauan ibu bapa. - AFP

sumber: berita harian online


kata Jinkamen:
Sure ada bantahan kalau buat kat malaysia..tutup kompeni celcom/maxis/digi/YES :)

23 November, 2010

Microsoft banteras cetak rompak



KUALA LUMPUR - Microsoft Corporation memfailkan saman mahkamah terhadap 10 penjual komputer di Malaysia yang mendakwa hak cipta dilanggari, dengan memulakan kempen enam bulan untuk melindungi pengguna daripada ancaman cetak rompak perisian. Pengurus Perlesenan Harta Intelek Microsoft, Margaret Wong berkata, saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, masing-masing satu, dua saman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan setiap satu saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Kuala Terengganu. “Saman itu difailkan terhadap vendor komputer peribagi (PC) yang didakwa menjual komputer baru belum dipasang dengan pelanggaran perisian,” kata beliau dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, saman itu difailkan sejak lima minggu lepas terhadap Ace Computer Ware, E Cytech Dot Com, Equiflux Tech Sdn Bhd, Flaming IT Solution, PC3 Retail Sdn Bhd, Jasa quad ICT Sdn Bhd, K Zone Technology, Magnetone Media World, Royale Technology dan Vision Base Enterprise.
Beliau juga berkata, kempen itu diadakan sempena dengan Hari Tindakan Pengguna Global Tahunan ketiga syarikat berkenaan dengan memberikan penekanan terhadap pendidikan dan anti-pemalsuan di lebih 70 buah negara. Microsoft menggalakkan sesiapa yang menerima perisian yang disyaki dengan menghubungi hotline anti-cetak rompak syarikat itu Business Software Alliance (BSA) di 1800-887-800 atau e-mel di piracy@microsoft.com. - Bernama

sumber: sinar harian

kata Jinkamen: Berhati-hatilah menggunakan barang cetak rompak kat kompeni2..takut kene spotcheck ngan pengawas macam kat sekolah dulu dulu :)

Makan

Pagi tadi lewat ke opis
.
jalan jem gak
sampai opis lourdes ajak makan
makan mee goreng + kuew teaw
lourdes belanja
.
.
.
.

Tengah hari tadi
ada kerja sket area shah alam
MK ajak lunch kat kedai Nasi Ayam Pak Mal Sek 11 Shah alam..
sedap betul nasik ayam kat situ..siap bertambah lagikk...\
MK belanje..bukan senang nak dia belanje
hehehe
.
.
..
Pukul 2 pm
berada kat opis sebab ada meeting sket ngan boss
ada jamuan sket
makan karipap, goreng pisang ngan teh/neskape
unit belanje..
..
.
.
..
balik tadi
singgah kedai tepi jalan
perkena
nasi kukus ngan ayam dara
duit sendiri
.
..
.
.
burghhhhh..
kenyang
.
.
kenyang sangat
.
..
.
apakah ini
makan untuk idup
.
atau idup untuk makan
.
kata jinkamen:
bukan salahku..
ada orang nak belanja
mak kata rejeki jangan ditolak
('__')

Cinta terhalang...Nenek kecewa


KULIM - Gara-gara hasrat untuk berkahwin dengan lelaki dicintai tidak direstui anak-anak, seorang warga emas berumur 75 tahun lari meninggalkan rumah untuk bertemu kekasihnya di Sik, empat hari lalu. Seorang anak wanita itu yang enggan dikenali berkata, ibunya sering dilihat mengelamun dan termenung. Setelah diajukan soalan, dia memberitahu hasratnya mahu berkahwin.

Menurutnya, pada mulanya, hasrat si ibu tidak ditentang keluarga, tetapi setelah mendapati umur kekasihnya jauh lebih muda daripadanya, anak-anak tidak bersetuju memandangkan warga emas itu ada penyakit darah tinggi dan kencing manis. "Niat mak untuk bernikah semula itu kami setuju, tetapi biarlah dengan lelaki yang seusia dengannya. "Sekarang ini mak berumur 75 tahun manakala kekasihnya 42 tahun. "Sekiranya mereka menikah, ini akan mendatangkan kesulitan kepada anak dan waris untuk memanggilnya bapa. Mendengarkan itu, mak mungkin berkecil hati,” katanya.

Menurutnya, setelah mendapati cintanya terhalang, warga emas itu mengambil keputusan membawa diri. Dia dikatakan keluar dari rumah menaiki teksi menuju ke Sik. "Keluarga puas berusaha mencari mak di sana, tetapi gagal dan akhirnya kami membuat laporan polis," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song :berkata, terdapat beberapa kejadian lari dari rumah yang tidak dilaporkan kepada polis. “Saya meminta kerjasama orang ramai supaya membuat laporan sekiranya ada ahli keluarga mereka lari dari rumah atau hilang. Dengan adanya laporan, polis boleh membantu mencari ahli keluarga yang hilang. "Kita harus peka dan cuba mendalami masalah dialami ahli keluarga,” katanya. Apapaun, kisah cinta nenek ini jika dapat direalisasikan hingga diijab kabul mungkin tidak jauh bezanya dengan cinta Nek Wok, atau nama sebenarnya, Wook Kundur, 108, dari Besut, Terengganu yang juga memilih Mohd Noor, 39, lelaki jauh lebih muda sebagai suami. Kisah cinta unik pasangan yang mempunyai perbezaan umur yang jauh itu pernah menggemparkan negara dan mendapat perhatian media.


sumber: sinar harian

kata jinkamen: CInta intU menjaDikaN maNusiA ItU "BuTa"...

menguap jangan disangka nak tido




mata tak ngantuk
tapi menguap dah banyak kali dah
tak tau nak buat apa dah
cerita kat tv pun dan banyak kali tayang dah
harap harap pasni leh tido
menguap lagi
..
.
.
cari teh tarik segelas ar
.
..
.
dengan
..
.
.
besttt

nyum..nyum..nyumm

Tandas Kotor, kotornya tandas...


KUALA LUMPUR - Walaupun pelbagai langkah diambil bagi meningkatkan kebersihan tandas awam, satu laporan audit menunjukkan bahawa 3,000 daripada 5,764 tandas di seluruh negara adalah kotor.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, audit menerusi kaedah penarafan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menunjukkan 51.6 peratus daripada tandas awam hanya mampu mencapai tahap satu atau dua bintang manakala hanya tujuh peratus atau kira-kira 400 tandas mencapai taraf lima bintang iaitu kebersihan paling memuaskan.

"Daripada data tersebut, nampaknya masih jauh lagi perjalanan kita untuk mencapai tahap tandas awam yang baik," katanya selepas melancarkan Sambutan Hari Tandas Sedunia dan Seminar Kesihatan Persekitaran Peringkat Kebangsaan 2010 di sini semalam.

sumber: kosmo online

kata jinkamen: sejak dari sekolah lagi tengok tandas kotor..banyak contengan dari orang sakit jiwa di pintu dan dinding tandas

22 November, 2010

BAPAK bela nasib FELDA


SHAH ALAM – Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) adalah saluran alternatif baru kepada warga Felda untuk menyuarakan aduan dan pandangan berkaitan permasalahan dihadapi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, penubuhan Bapak dapat memberi penjelasan dan penyelesaian terhadap setiap aduan dengan segera.

“Bapak adalah pelengkap kepada saluran aduan sedia ada untuk mengemukakan aduan dan permohonan tertentu yang diperlukan warga Felda yang akan diselesaikan dalam tempoh seminggu hingga dua minggu waktu bekerja.

“Penubuhan ini adalah relevan untuk warga peneroka dalam menangani masalah lain seperti pendidikan dan kebajikan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikannya semalam.

Menurutnya, seramai 317 sukarelawan berperanan sebagai penyelaras aduan di peringkat tanah rancangan Felda untuk memantau aduan dan cadangan yang dikemukakan warganya. :

“Walaupun Felda mem-punyai salurannya, Bapak adalah saluran tambahan untuk penambahbaikan diperlukan untuk mencari mekanisme penyelesaian kepada semua aduan diterima,” katanya.

Beliau berkata, Bapak adalah inisiatif Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail yang turut menanggung segala perbelanjaan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

“Ia bertepatan dan selaras dengan matlamat GWGF untuk melakukan transformasi di tanah rancangan Felda khusus di bawah model baru ekonomi, sosial dan pendidikan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad dalam nada berseloroh turut membidas Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) supaya menurut arahan Bapak.

“Bapak adalah NGO yang jauh lebih besar daripada Anak kerana hasrat kita murni untuk bantu warga Felda tanpa perlu menjadi hero kepada sesiapa,” katanya.

Katanya, Bapak beroperasi setiap hari yang bersedia menerima aduan 24 jam di Ibu Pejabat GWGF di Tingkat 9, Plaza Sunway Mas, Sekyen 9,Shah Alam dan boleh dihubungi melalui talian bebas tol 1 800 88 4943, 019 3894943 atau faks 03 55180996 serta melayari portal aduan www.gwgf.org.my/aduan.

sumber: sinar harian

kata Jinkamen: ada gak tempat mengadu

RM300,000 lesap di Internet


KUALA LUMPUR – Para pembeli pelbagai barangan secara dalam talian melalui Internet di negara ini mengalami kerugian di antara RM200,000 hingga RM300,000 setiap bulan gara-gara tertipu dengan sindiket perniagaan yang sebenarnya tidak wujud.

Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih, Azli Paat yang mendedahkan perkara itu berkata, jumlah tersebut berdasarkan lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan transaksi urus niaga yang dibuat menerusi pelbagai kaedah pembayaran seperti kad kredit, perbankan Internet atau bayaran secara bersemuka bernilai RM2.5 juta hingga RM3 juta setiap bulan.

Setiap hari, rakyat di negara ini berbelanja kira-kira RM100,000 untuk membeli pelbagai produk secara dalam talian di Internet.

Katanya, terdapat empat proses penting ketika pembelian dalam talian iaitu carian Internet, pengesahan atau perjanjian pembelian, penghantaran dan pembayaran.

“Malangnya penipuan sering berlaku apabila proses ini tidak diikuti. Kaedah yang salah ialah pembayaran dahulu baru penghantaran menyebabkan barang tidak sampai kepada pembeli,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

sumber: kosmo online

kata jinkamen: Zaman canggih, penipu lagi canggih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...