Followers

07 November, 2010

3 maut, 3 cedera kereta bertembung, anak orang jengka

updated: (13 Nov 2010)
mangsa kemalangan yang koma, arman anak penerokan Jengka 12 unit K, telah meninggal dunia pada awal pagi tadi . alfatihah dan takziah kepada keluarganya..

*********************************************************************************



(4 Nov 2010)
"BENTONG – Niat empat sekawan ke Lanchang membeli alat ganti motosikal bertukar tragedi apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer Tiga Jalan Mempaga– Lakum kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Rosli Abdul Rahman berkata, kereta dinaiki empat sekawan itu dari arah Mempaga ke Lakum dipercayai bertembung dengan kereta Mercedes dinaiki dua orang dari arah bertentangan.

Menurutnya, akibat rempuhan yang kuat kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

“Dalam kejadian itu, tiga meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua cedera parah serta seorang cedera ringan.

“Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu kereta Wira, Mohd Zaihidi Zainal, 24, penumpang belakang kereta Wira bahagian kanan, Bakri Ibrahim, 28, dan penumpang hadapan kereta Mercedes, Kok Cheong Aik, 66,” katanya.
Baca berita penuh di Sinar Harian.

Kata jinkamen: mangsa kemalangan adalah anak jiran di kampung. seorang (bakri) dah meninggal dunia dan seorang (aman) lagi masih koma di hospital Temerloh.

1 comment:

prog muten said...

Admin tumpang sekejap yer...
Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
elaun : rm1200/sem
yuran : rm200/sem
https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...