Followers

29 November, 2010

Aku penunggang motor, tiap-tiap hari aku menunggang motor


Lanjutan dari entri yang baru tadi, terfikir lak aku...selamatkah aku sebagai penunggang motorsikal? mungkin betul malang tak berbau tapi dari pihak kita pun kena berwaspada gak kan? perlu perlengkapkan diri kita sebelum orang menyalahkan kita sekiranya berlaku malapetaka terbabit. seringkali kita dengar, walau kesalahan dari pihak yang lain tetapi andaikata penunggang yang tidak 'bersalah' tiada lesen memandu ataupun roadtax, jari tunjuk automatik akan ditunjuk kepada kita.


Justeru itu, perkara tersebut perlu dititik beratkan. Kecuaian walau sesaat semasa menunggang memang akan mengundang padah. 

Kekadang keadaan jalan pun boleh menyebabkan kemalangan kepada penunggang motorsikal. sesiapa yang pernah melalui jalan motor di lebuhraya persekutuan memang akan melalui jalan yang tidak berapa elok dan kekadang air yang bertakung yang boleh menyebabkan kemalangan. Pernah sekali aku terserempak dengan seorang penunggang yang 'tertonggeng' akibat melalui jalan yang berlopak ditenggelami air. kemungkinan sebab itu ramai penunggang mengambil jalan pintas menggunakan jalan kereta di federalhighway kerana tidak mahu melalui jalan motor terbabit. tetapi sebenarnya pilihan tersebut lagi amat merbahaya.

Pemandu kenderaan beroda 4 keatas juga sebenarnya perlu lagi berhati-hati dengan penunggang motorsikal. aku sebagai penunggang dan pemandu kereta memang tahu bagaimana 'rasa' menjadi peneraju kedua-dua kenderaan terbabit. kekadang pemandu kereta menghimpit motor kerana tidak memandang side mirrow dan memberi signal sebelum membelok. pemandu kereta juga sepatutnya memberi keutamaan kepada penunggang motor dulu sewaktu lampu isyarat berwarna hijau, bukan berlumba-lumba dengan motorsikal. Sebilangan pemandu bas, teksi dan juga kenderaan panjang selalu tidak menghormati penunggang motorsikal di lebuhraya. 


walaubagaimanapun, sebagai penunggang motor aku nasihatkan diri aku dan penunggang lain, sebelum naik motor tu baca la doa dan niat dalam hati perjalanan kita ni kerana ALLAH.

Kerana apa yang berlaku adalah kehendakNya tetapi sebelum kita disalahkan eloklah kita melengkapkan diri kita dulu untuk keselamatan kita jugak. 

 

5 comments:

AzMask said...

alangkah eloknya kalau kamoo boleh transform jadi kamen rider..

hati2 selalu walau di mana berada.

AzMask said...
This comment has been removed by the author.
relevan said...

Kome dulu pun hari hari bermotor..sana sini bermotor..

Sentiasa berhati hati lah..

jinkamen said...

salam bang releven..

sokmo gitulah, kalau berulang alik dari ghumoh ke opis te dah macam menempuh bahaya je lah...kita ibarat mentimun katakan...main pulok ngan durian..manpuhhh

zik said...

boleh dikatan hari2 jugak naik motor nieh.. bahaya gak ...mana2 ada juga risiko... jalan kaki pun ada risiko..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...