Followers

22 November, 2010

BAPAK bela nasib FELDA


SHAH ALAM – Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) adalah saluran alternatif baru kepada warga Felda untuk menyuarakan aduan dan pandangan berkaitan permasalahan dihadapi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, penubuhan Bapak dapat memberi penjelasan dan penyelesaian terhadap setiap aduan dengan segera.

“Bapak adalah pelengkap kepada saluran aduan sedia ada untuk mengemukakan aduan dan permohonan tertentu yang diperlukan warga Felda yang akan diselesaikan dalam tempoh seminggu hingga dua minggu waktu bekerja.

“Penubuhan ini adalah relevan untuk warga peneroka dalam menangani masalah lain seperti pendidikan dan kebajikan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikannya semalam.

Menurutnya, seramai 317 sukarelawan berperanan sebagai penyelaras aduan di peringkat tanah rancangan Felda untuk memantau aduan dan cadangan yang dikemukakan warganya. :

“Walaupun Felda mem-punyai salurannya, Bapak adalah saluran tambahan untuk penambahbaikan diperlukan untuk mencari mekanisme penyelesaian kepada semua aduan diterima,” katanya.

Beliau berkata, Bapak adalah inisiatif Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail yang turut menanggung segala perbelanjaan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

“Ia bertepatan dan selaras dengan matlamat GWGF untuk melakukan transformasi di tanah rancangan Felda khusus di bawah model baru ekonomi, sosial dan pendidikan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad dalam nada berseloroh turut membidas Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) supaya menurut arahan Bapak.

“Bapak adalah NGO yang jauh lebih besar daripada Anak kerana hasrat kita murni untuk bantu warga Felda tanpa perlu menjadi hero kepada sesiapa,” katanya.

Katanya, Bapak beroperasi setiap hari yang bersedia menerima aduan 24 jam di Ibu Pejabat GWGF di Tingkat 9, Plaza Sunway Mas, Sekyen 9,Shah Alam dan boleh dihubungi melalui talian bebas tol 1 800 88 4943, 019 3894943 atau faks 03 55180996 serta melayari portal aduan www.gwgf.org.my/aduan.

sumber: sinar harian

kata Jinkamen: ada gak tempat mengadu

2 comments:

AzMask said...

ingat bapak mana tadi...

Anonymous said...

bapak ke bapok :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...