Followers

08 November, 2010

Aktres guna Facebook ubah nama terusan

MANAMA: Seorang aktres Arab Saudi, Reem Abdullah mengetuai kempen dalam Facebook bagi mengubah nama sebuah terusan antara negara Arab dan Iran, dari Teluk Parsi kepada Teluk Arab. “Ini adalah isu penting dan saya menggesa semua penduduk memberi undian bagi menyokongnya sebagai Teluk Arab,” kata Reem Abdullah.
“Kami perlu mencapai seberapa ramai penduduk agar Teluk Arab diiktiraf,” tulisnya dalam Facebook dan merujuk kepada satu laman web meminta pelayar internet mengundi sama ada Teluk itu Arab atau Parsi.
Negara di rantau Majlis Kerjasama Teluk dan Iran sering bertelingkah berhubung nama terusan berkenaan. Teheran secara tegas memanggilnya Teluk Parsi dan mengambil tindakan menentang penerbitan yang menggunakan nama betulnya. Bagi penduduk Arab, Teluk Arab yang terletak di timur negara Arab dan barat Iran, adalah berdasarkan fakta bahawa terusan berkenaan bertindih dengan pantai di negara Arab, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Bahrain, Arab Saudi, Oman dan Iraq. Teluk memiliki satu kawasan seluas 233,100 kilometer persegi dan merentangi 970 kilometer dari delta Shatt Al Arab sehingga Selat Hormuz, yang bersambung dengan Teluk Oman. Cadangan Reem mendapat sambutan sebanyak 291,000 rakan dan peminat yang melayari rangkaian sosialnya. Aktres Arab Saudi itu sering menggunakan akaunnya untuk membincangkan seni dan muzik serta kerjaya. Beliau juga menerbitkan keratan dan artikel yang disiarkan oleh media Arab dan mengemukakan isu sosial untuk dibahas. – Agensi
sumber: berita harian online.
kata jinkamen: lepas ni boleh laa sape sape buat dalam facebook cadangan tukarkan nama Lautan China Selatan menjadi Lautan Asia Tenggara

1 comment:

AzMask said...

ingatkan artis malaya tadi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...