Followers

27 November, 2010

cadangan Dr M



LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mencadangkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya menggunakan paramotor untuk pengangkutan dan tugasan operasi mereka. 


Katanya, penggunaan paramotor lebih mudah kerana tidak memerlukan banyak ruang landasan untuk berlepas dan mendarat.




"Adalah sesuai ATM menggunakan paramotor untuk pengangkutan termasuk tugasan operasi serta mencari dan menyelamat," katanya selepas menyambut ketibaan juruterbang yang menyertai cabaran Satun-Langkawi Paramotor Antarabangsa 2010 di perkarangan Kompleks Pekan Rabu Kuah di sini, hari ini.
Seramai sembilan juruterbang dari Malaysia tiba di sini dari Satun, di Selatan Thailand yang mengambil masa sejam membabitkan perjalanan sejauh 58 km. 


Dr Mahathir berkata, ketika ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara yang menggunakan paramotor untuk tugasan pengangkutan. Beliau berkata, paramotor itu juga boleh digunakan untuk operasi dan meninjau kejadian banjir. 



Setiap paramotor dengan berat 30 kg berharga RM25,000 hingga RM30,000 dengan kelajuan antara 30 hingga 60 km sejam. 
Selain itu, Dr Mahathir, menyarankan golongan remaja yang berumur 15 tahun ke atas supaya merebut peluang untuk menjadi juruterbang menerusi sukan paramotor untuk membiasakan diri dengan penerbangan. 



"Kita mahu melahirkan ramai juruterbang kerana keperluannya meningkat memandangkan permintaan juruterbang terutama di Amerika semakin bertambah," katanya. 



Beliau berkata, potensi menjadi juruterbang adalah baik dan oleh itu golongan muda patut merebut peluang itu. 
Katanya sepatutnya sukan seperti itu mendapat galakan untuk memajukannya. 



Beliau yakin sukan paramotor boleh menjadi tarikan pelancong untuk membawa mereka bersiar-siar mengelilingi Langkawi. - BERNAMA 




kata Jinkamen: Nak mencuba gak laa paramotor nih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...