Followers

13 November, 2010

eksiden sebab ternampak .....


2 pelajar UiTM maut langgar pokok


ALOR SETAR - Dua pelajar semester pertama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabas lalu melanggar dua batang pokok di KM47.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar Alor Setar Utara di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Abdul Ghafar Rajab

berkata, dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, kedua-dua mangsa menaiki kereta jenis Produa Viva bersama dua lagi rakan mereka.

Mereka yang maut di tempat kejadian ialah Syazwan Azizan, 19, dan Azrul Hadi Azizan, 18, manakala Mohd Aiman Ismail, 18, cedera parah dan pemandu kereta, Faris Abdul Ghani, 18, mengalami cedera ringan, katanya di sini hari ini.

"Pemandu kereta tersebut memaklumkan bahawa dia ternampak sesuatu melintas di jalan menyebabkan dia menekan brek secara mengejut menyebabkan kereta tersebut terbabas dan melanggar dua batang pokok.

"Keempat-empat mangsa tercampak keluar dari kereta dan semasa kejadian hujan turun renyai-renyai,” katanya. - Bernama

sumber: kosmo online

Kata jinkamen: Berhati-hatilah walau dimana jua berada, malang sentiasa tidak berbau tapi tak salah kita berusaha mengelakkannya..takziah kepada keluarga mangsa

3 comments:

Jejaka Desa said...

Baca2 la ayat pelindung diri mase naik kenderaan.Banyok orang nampal dalam kerete tapi tak pernoh nok bace.Malang tak berbau tapi berdo'alah agar dihindari dari marabahaye.

jinkamen said...

koi kale naik kete sokmo mengucap dulu..takut karang takdan mengucap..bila doh ngucap tu, ingat ler mati...bile ingat mati baru bawok slow n steady :)

jinkamen said...

koi kale naik kete sokmo mengucap dulu..takut karang takdan mengucap..bila doh ngucap tu, ingat ler mati...bile ingat mati baru bawok slow n steady :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...