Followers

30 November, 2010

esok dapat RM500

Bangga lagi dapat duit (gambar hiasan)
KUALA LUMPUR - Penerima pencen boleh mengeluarkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 melalui bank mulai esok.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini penerima pencen tidak perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di kaunter bank (di bawah Skim B) bagi pengeluaran itu kerana bayaran dikreditkan terus ke akaun bank mereka.

Bagi penerima yang dibayar melalui waran pula, m
ereka akan menerima waran berkenaan melalui pos dan boleh menunaikannya serta merta.

Semakan boleh dilakukan melalui portal Bahagian Pasca Perkhidmatan di http://apps.jpapencen.gov.my/bipp/.

Sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Khas Kewangan, penerima pencen boleh
menghubungi Kamarudin Abd Ghani di talian 03-88854135/4160 atau emel kamarudin.ghani@jpa.gov.my.

Semasa membentangkan Bajet 2011 pada 15 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan itu kepada semua penjawat awam dan penerima pencen


sumber: sinar harian 

kata Jinkamen: alhamdulillah ler kakitangan kerajaan sebab dapat bantuan akhir tahun sokmo..harap-harap peniaga-penjaja jangan la pulok naik harga sebab yang kerja swasta/sendiri ni takde lak dapat bantuan yek...bantu diri sendiri ler..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...