Followers

16 November, 2010

Hari Ini Balik Awal


Disebabkan takut jammed ..hari ini keluar awal sket dari opis..kul 3pm aku dah cabut (cover semalam punya Ot yang tak pernah claim)... hehehehe..


pukul 4 petang aku dah berada di tol gombak, keadaan cuaca yang mendung dan awan hitam berarak berat membawa petanda hari akan hujan meyakinkan aku bahawa sesiapa yang balik kul 5 keatas ni karang mesti akan stuck dalam jem laa hehehehe...


dalam perjalanan menghala naik bukit terowong keadaan jalan agak slow disebabkan banyak jentera2 berat menghala ke tempat yang sama...kereta pon dah kira banyak..semua bertujuan yang sama..nak balik beraya lah tuh.


alhamdulillah..pukul 6 aku dah sampai ke kampung..dan alhamduliLLAH juga, tiada masalah di tengah jalan tadikk...aku call member yang balik petang selepas aku, diorang cakap jem teruk dari KL sampai ke temerloh...ermm, pada aku setiap kali tiba cuti raya semestinya pekara yang sama akan berlaku...maka penyelesaian takkan dapat jikalau tiada tindakan :)


.....Di kesempatan ini jugak..nak ucapkan selamat menyambut hari raya Qurban kepada bloggers sekelian..moga sentiasa dirahmati ALLAH selalu....


**kata jinkamen: setiap pekara jikalau dirancang pastinya berjalan lancar..takkan ada penyelesaian masalah sekirannya 'jalan' yang sama kita turuti dan tiada mahu perubahan dalam diri...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...