Followers

18 November, 2010

ke tepi..ke tepi...


6.00pm
aku pun bertolak balik dari opis. memang tak jem langsung masa keluar dari JRC tadi, terus sampai ke persimpangan bukit damansara/jln duta, kat situ jalan sesak sikit disebabkan kerja-kerja pembinaan infra untuk istana baru negara....

dalam 2 km nak sampai ke tol jalan duta, aku dikejutkan dengan bunyi siren motor besar trafik yang tertiba berhenti di tengah-tengah lorong TnG/Tunai....anggota polis tersebut turun dari motornya dan mengarahkan semua kenderaan di lorong terbabit menukar lorong di sebelah...
tak sampai seminit serombongan kereta-kereta mewah diiringi bodyguard dan polis berdesup melalui lorong tol...bestkan jadi orang besar camtuh....hehehehe

sesiapa yang lalu highway plus ikut tol jalan duta ni memang dah biasa dengan situasi berkenaan...dalam pukul 8 pagi, kebiasaannya pagi-pagi kereta besar diiringi ngan polis ataupun kenderaan dari penjara sg buloh akan lalu di tol berkenaan dengan diiringi polis..maka bayangkanlah keadaan jem teruk, ada pulak kenderaan tersebut lalu..kalau ambulan kita faham la..

aku tak heran kalau diorang nak lalu pada waktu yang tak sibuk atau jem...tetapi kenapa selalu waktu yang selalu diorang nak lalu adalah pada waktu orang nak pergi kerja dan balik kerja..bukan ke waktu tu time jem..

***
kata jinkamen: cuba datang opis pukul 6pagi dan balik pukul 7 malam..mesti OK kot

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...