Followers

29 November, 2010

Kemalangan dekat Opis meragut nyawa

Persiaran Maybank
off  Jalan Raja Chulan
Kuala Lumpur
29 Nov 2010
8-30  pagi
 
Satu kemalangan yang saya sifatkan amat tragis, berlaku sebentar tadi.
Mangsa baru sahaja menghantar isterinya di tempat kerja di Menara Maybank, menaiki motosikal.
Beberapa minit kemudian, takdir menentukan , dia pergi meninggalkan segala-galanya buat selama-lamanya ketika dalam perjalanan hendak ke tempat kerjanya pula.
Mangsa maut dihempap sebatang pokok (pokok mati) yang tumbang menimpanya dan motosikal.
Mohd Helmi Hussain, 37 tahun, Sg Buloh, Selangor -  kakitangan Al Rajhi Bank di ibupejabat di Wisma Selangor Dredging.
Anda diminta bersedia secara mental sebelum saya posting foto-foto yang sungguh menyayat hati -tatkala isterinya tiba di lokasi dan sempat mencium jenazah suaminya…
Al Fatihah…

sumber: blog ondscene 
kata Jinkamen: kemalangan tersebut dekat opis jinkamen...kemalangan kenderaan sering berlaku kat situ ..tetapi tak pernah ada kematian..tetapi kali ini meragut nyawa...takziah kepada keluarga mangsa

6 comments:

masker said...

saya sangat sayang suami saya. saya tanak kehilangan suami saya dalam keadaan yang tidak bertegur sapa atau sedang bergaduh. Kalau boleh setiap hari setiap masa saya mahukan yang terbaik aje. Dalam keadaan berbaik2. Saya sentiasa doakan agar suami saya dalam keadaan baik2 aje. Sentiasa selamat walau di mana berada.

suami masker said...

samalah dengan suamimu...nak yang baik baik jek yang belaku padamu. selalu sebelum tido, suamimu memaafkan segala dosamu padanya di dunia dan akhirat.moga bahagia sepanjang hayat...aminn

Hunny said...

Takut nak tengok! Baca cerita jer lah..:P

jinkamen said...

takpe tengok...tapi tutup la mata dengan tangan..telek ikut celah jari...hehehe

pu3mas89 said...

hmm sedih kan... xsampai hati nak ngk pic tue... sedih.

zik said...

innalillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...