Followers

05 November, 2010

Kosmo! Online - Dunia


"CAMBRIDGE - Seorang saintis wanita di Britain, Claire Allen menghidap sejenis penyakit ganjil yang menyebabkan dia pengsan sehingga 100 kali sehari, lapor sebuah akhbar semalam.

Allen, 35, yang menetap di sini, England, menghidap penyakit tidur dikenali sebagai katapleksi.
Penyakit saraf itu menyebabkan dia lumpuh antara 30 saat hingga lima minit setiap kali Allen ketawa, teruja, berasa takut, terkejut atau gembira.

Sewaktu diserang katapleksi, Allen akan kehilangan kawalan badannya tetapi berada dalam keadaan sedar.

Lebih teruk, Allen pernah pengsan 100 kali dalam masa sehari. 'Saya akan rebah setiap kali ketawa,' katanya.
Allen menghidap penyakit ganjil itu sejak beberapa tahun lalu tetapi dia terpaksa mengambil ubat untuk melakukan rutin harian.
Terdapat kira-kira 25,000 penyakit tidur di Britain. - Agensi"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...