Followers

23 November, 2010

Microsoft banteras cetak rompak



KUALA LUMPUR - Microsoft Corporation memfailkan saman mahkamah terhadap 10 penjual komputer di Malaysia yang mendakwa hak cipta dilanggari, dengan memulakan kempen enam bulan untuk melindungi pengguna daripada ancaman cetak rompak perisian. Pengurus Perlesenan Harta Intelek Microsoft, Margaret Wong berkata, saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, masing-masing satu, dua saman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan setiap satu saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Kuala Terengganu. “Saman itu difailkan terhadap vendor komputer peribagi (PC) yang didakwa menjual komputer baru belum dipasang dengan pelanggaran perisian,” kata beliau dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, saman itu difailkan sejak lima minggu lepas terhadap Ace Computer Ware, E Cytech Dot Com, Equiflux Tech Sdn Bhd, Flaming IT Solution, PC3 Retail Sdn Bhd, Jasa quad ICT Sdn Bhd, K Zone Technology, Magnetone Media World, Royale Technology dan Vision Base Enterprise.
Beliau juga berkata, kempen itu diadakan sempena dengan Hari Tindakan Pengguna Global Tahunan ketiga syarikat berkenaan dengan memberikan penekanan terhadap pendidikan dan anti-pemalsuan di lebih 70 buah negara. Microsoft menggalakkan sesiapa yang menerima perisian yang disyaki dengan menghubungi hotline anti-cetak rompak syarikat itu Business Software Alliance (BSA) di 1800-887-800 atau e-mel di piracy@microsoft.com. - Bernama

sumber: sinar harian

kata Jinkamen: Berhati-hatilah menggunakan barang cetak rompak kat kompeni2..takut kene spotcheck ngan pengawas macam kat sekolah dulu dulu :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...