Followers

02 November, 2010

movie: RED






RED (Retired * Extremely * Dangerous)

filem aksi sungguh memuaskan hati aku yang sebenarnya amat suka filem sebegini... lakonan selamba oleh Bruce Willis, Helen Mirren, Morgan Freeman dan juga John Malkovich, Mary-Louise Parker, Richard Dreyfuss, dan Karl Urban.

Cerita bermula dengan adegan perbualan telefon anta Moses (bruce Wills) & Sarah (Marry Louse), yang kemudiannya, di akhiri dengan serangan hendap oleh pasukan khas orang jahat. Moses melarikan diri dari rumah, dan ke rumah Sarah untuk menculik Sarah sebab merasakan nyawa Sarah juga dalam bahaya, padahal diorang ni tak pernah berjumpa, berborak dalam telefon ajek ..

Mereka lari membawa diri dan kemudian Moses terpaksa meminta tolong member2 dia dan membentuk kembali team lamanya yang terdiri daripada orang tua kulit hitam yang duduk dirumah pesakit kanser, Joe Matheson (Morgan Freeman), si gila2 Marvin Boggs (John Malkovich) yang duduk di tengah2 hutan sebab nak mengelakkan diri daripada dikesan CIA dan Victoria (Helen Mirren) ex-sniper,MI5.

jalan cerita yang tersusun dan diselitkan jenaka menjadikan filem ini menarik dan kita yang menonton taknak rasa nak keluar panggung cepat-cepat....

Cara mereka membentuk kembali team tue yang buat menarik kot filem nie. Misi mereka nak mencari punca peristiwa Guatemala 1981 dan kenapa semua 11 orang yang terlibat dibunuh oleh CIA (belah jahat) sangat best....

kepuasan: 7.5 / 10

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...