Followers

28 November, 2010

Penjara boleh dilolos

BROWNSVILLE – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bingung bagaimana seorang banduan kurus, Kristopher Allen White meloloskan diri melalui celah jeriji besi tingkap sebuah penjara di sini, negeri Tennessee.
Sebuah akhbar melaporkan, White, 23, meloloskan diri melalui ruang kecil selebar 10 sentimeter dalam aksi yang dianggap luar biasa dan setanding dengan kehebatan ahli magis legenda, Harry Houdini pada Isnin lepas.
Banduan seberat 74.8 kilogram dengan tinggi 180.3 sentimeter itu ditangkap semula 14 jam kemudian dan dihantar kembali ke penjara Daerah Haywood, di sini.
“Sehingga kini, saya tidak dapat membayangkan bagaimana dia melakukannya,” kata Sherif Daerah Haywood, Melvin Bond.
Menurut satu lagi sumber, banduan itu melicinkan badannya dengan minyak masak dan dia dibantu oleh seorang lagi banduan yang menghuni bilik penjara bersamanya.
Dia ditahan di penjara itu selepas ditangkap kerana memecah masuk ke dalam beberapa buah gereja di Daerah Haywood pada awal tahun ini.
Selepas keluar dari lokap, White memanjat tembok penjara dan melapik pagar berdurinya dengan beberapa helai selimut penjara dan terjun keluar. - Agensi

sumber: kosmo
Kata Jinkamen: Senang jadi orang kurus ek

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...