Followers

24 November, 2010

Tidak Boleh Guna Henset bagi wanita yang belum kahwin


NEW DELHI: Majlis kerajaan tempatan Baliyan, utara India mengharamkan wanita yang tidak berkahwin membawa telefon mudah alih, bagi menghentikan kejadian hubungan percintaan haram antara pasangan yang berbeza kasta.

Majlis kerajaan tempatan di daerah Uttar Pradesh, membuat keputusan itu selepas sekurang-kurangnya 23 pasangan muda melarikan diri untuk berkahwin dengan tidak mendapat restu keluarga, bagi tempoh tahun lalu.

“Dewan Undangan Panchayat yakin pasangan yang terbabit menggunakan telefon mudah alih bagi merancang melarikan diri bersama pasangan mereka,” kata warga emas perkampungan itu, Jatin Raghuvanshi.
Peraturan berkahwin yang membabit kasta berbeza adalah rumit dan sangat sukar di kebanyakan komuniti pedalaman di India, di mana ada di kalangan pasangan itu dibunuh oleh ahli keluarga kerana cuba melindungi reputasi keluarga.

Bagaimanapun, peraturan baru itu mengecualikan anak lelaki yang masih dibenar menggunakan telefon mudah alih, hanya dengan pemantauan ibu bapa. - AFP

sumber: berita harian online


kata Jinkamen:
Sure ada bantahan kalau buat kat malaysia..tutup kompeni celcom/maxis/digi/YES :)

2 comments:

DiaUmaiNiNaz said...

naseb la bkn kat sini..kalau tak anak dara ketinggalan la nmpknya...huhu..

jinkamen said...

tu ar..mesti serba tak kena kalau takde henset...bukan lagi kemudahan..dah jadi keperluan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...