Followers

31 December, 2010

Selamat datang 2011

selamat tinggal 2010


selamat datang 2011
kepada
semua kekawan
Bloggers

tutup buku lama

bukak buku baru

countDown





nak tido jap...

azam 2011: kerja

tahun 2011 yang bakal menjelma
aku akan janjikan dengan
kerja yang lagi kuat
dan
prestasi yang cemerlang

insyALLAH
kalau ada rezeki
sudah tiba masanya
aku berubah
dari satu tapak
ke tapak yang lain
 .
..
.
moga ianya menjadi
kenyataan

Azam 2011: RUMAH



1st time aku beli rumah pada tahun 2002
pada usia 25
rumah tersebut siap 2 tahun kemudian
dan pada April 2004
rumah tersebut aku duduki

Aman Putri

kelmarin
pergi usha sebuah rumah
di area sungai Buloh
rumah double stories
plan bawah
 pertama kali aku tengok rumah ni
hati terus tertarik
hajat dihati
ingin memikatnya

plan atas
tahun depan umurku 35 tahun
kalau diizinkan ALLAH
ingin ku memiliki rumah ini
semoga ianya termakbul

detail
kalau ada sesiapa yang tahu cara
ataupun bekerja dalam hal-hal sebegini
atau berpengalaman dalam membeli rumah nih
menggunakan loan bank
(rumah sebelum ni loan kompeni)
ku ingin berkongsinya
email kat saya
.
..
.
yang mengharap
-JINKAMEN-

30 December, 2010

Hari Ini Hujan Tak Berenti-renti Kat Jengka

Hujan tak berhenti dari malam tadi
sampai entry ditulis
hujan masih lagi turun
lechoh
air hujan yang turun dari bukit belakang rumah
menyebabkan air bertakung kat rumah mak abah koi
menjadi lechoh (becak)
di laman rumah
hujan
keadaan awan hitam berarak berat
nampak gayanye hujan ni sampai ke petang la
moto bapakku
nak naik moto pun tak boleh
kalau tidak boleh round-round jengka
dan pergi pekan sahari pada hari Khamis ni
leh jumpe rodong..
leh buat entry kat blog
hehehe
Gua kota Gelanggi
Hajat dihati
hari ni nak pergi ke Gua Kota Gelanggi
nak buat lawatan sambil belajar
tak pernah jejak lagi ke sini
tapi
hari hujan lagik
maka
tido la jawapnyee

29 December, 2010

1st time naik KTM

dulo dulo
untuk makluman kekawan
ini adalah pertama kali
aku naik keretapi berkuasa Diesel ini
setelah berumur 34 tahun

hentian kuala krau
pukul 9am aku dah terpacak di KTM Kuala Krau
hajat dihati nak naik keretapi
dari Kuala krau ke Kuala Lipis
tiket
 tapi disebabkan
keretapi ke K.Lipis pukul 0100 ptg
dan paling awal ke Mentakab pukul 9.36am
maka jarak terhampirlah yang aku pilih



keretapi sampai
tepat 9.45am
keretapi impiankun sampai
tanpa berlengah
ku menaikinya dengan penuh kebanggaan
('',)
tak ramai orang
 tiada penumpang sangat rupanya
kemungkinan bukan hujung minggu
ataupun bukan cuti sekolah

tak berubah
 sampai ke mentekab pukul 10.15am
terus menuju bandar
saje jalan jalan tanpa arah


segelas Milo Ais
 berhenti di kedai makan
minum segelas milo ais
untuk tunggu pukul 11.25
keretapi dari mentekab ke Kuala Lipis

alhamduliLLAH
tercapai impian yang 199
ada lagi 198 impian nak dibuat
ada masa, diizinkan ALLAH
akan kulaksanakan
..
.
habiss

BodyGuard bukan BodyGlove


SYARAT KELAYAKKAN KURSUS BODYGUARD

Syarat-syarat untuk menyertai KURSUS BODYGUARD:-
  1. Berumur 19 tahun ke atas.
  2. Sihat tubuh badan, mental & fizikal.
  3. Tidak ada penyakit kronik.
  4. Tidak ada rekod jenayah.
  5. Mempunyai daya ketahan diri yang kuat & bersemangat tinggi.
  6. Warganegara MALAYSIA.

 Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai KURSUS BODYGUARD sila sediakan perkara-perkara berikut:-

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Lesen Memandu
  3. 4 Keping gambar (ukuran passport)
  4. Laporan Kesihatan dari Doktor (medical check up)  
  5. Salinan sijil-sijil kemahiran (jika ada)

maklumat lanjut klik disini

Kata JINKAMEN: dah puas dah jadi Bouncer kelab dangdut

28 December, 2010

balik kampung

Disebabkan cuti lama
ambil keputusan balik kampung
LPT lengang

berhenti di kpg bangau temerloh
singgah beli ikan patin
nampak gayanya
berpeluhlah makan ikan patin malam nih

singgah di KTM kualau krau
tanya pertugas kat situ
tentang keretapi
dari Kuala krau ke kuala lipis
hajat dihati nak naik esok
tak pernah naik keretapi lokomotif katakan :)

tido jenderak utara malam nih
hari tak hujan
panas la sket malam ni
maklum la dah jadi orang bandar
tido pon nak berekon ekon

(gambar tak upload lagi pasal bb slow sini)

27 December, 2010

Langgar dan samun

Langgar kereta sebelum samun

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.m

SHAH ALAM: Seorang wanita mengalami detik cemas apabila disamun tiga lelaki ‘geng langgar
dan rompak’ di hadapan rumahnya di Seksyen 7, di sini semalam.
Kumpulan penjenayah terbabit sengaja berlakon melanggar belakang kereta ViVa milik mangsa
bagi memperdayakannya memberhentikan kereta sebelum merompak selepas mangsa keluar
dari kereta.

Mangsa, Siti Zalina Md Isa berkata, ketika kejadian dia yang berseorangan ingin membelok masuk
 ke dalam rumah kira-kira jam 12.40 tengah hari, namun terkejut apabila terdengar bunyi dentuman
kuat di bahagian belakang kereta.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan insiden itu terus masuk ke dalam kawasan parkir kereta di
rumah dan membunyikan hon beberapa kali kerana bimbang di apa-apakan.

“Saya lihat pada mulanya mereka yang melanggar kereta saya ingin melarikan diri tetapi tidak jadi
apabila Proton Saga warna perak berkenaan berundur semula menghala ke arah rumah saya.

“Kemudian keluar dua lelaki daripada kenderaan itu menghala ke arah saya yang masih berada di
dalam kereta kerana takut. Mereka mengetuk cermin tingkap kereta menyuruh saya keluar untuk
berbincang menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.


Siti Zalina berkata, dia kemudian membuka sedikit cermin tingkap kereta dan seorang daripada
lelaki terbabit meminta maaf dengan memberitahu rakan mereka yang memandu dalam keadaan
mabuk menyebabkan dia terlanggar keretanya.

“Sejurus kemudian saya pun keluar daripada kereta apabila berasa selamat dan mereka berulang
kali meminta maaf.

“Bagaimanapun, mereka turut menyalahi saya kerana tidak memberi lampu isyarat ketika ingin
membelok sedangkan saya sudah berada di hadapan rumah,” katanya.

Katanya, dia pada mulanya langsung tidak mengesyaki kejadian itu bermotifkan rompakan
sebaliknya menyangka ia kemalangan biasa, tambahan pula lelaki itu memberi alasan mabuk
menyebabkan berlaku pelanggaran.

“Bagaimanapun, tanpa disedari seorang lagi lelaki yang berada di dalam kereta tiba-tiba menghampiri
saya dari belakang sebelum menutup mulut menggunakan tapak tangan.

“Saya cuba meronta bagi melepaskan diri sebelum bergelut dengan mereka. Dalam keadaan cemas itu ,
saya mengalami kecederaan di muka akibat dipukul mereka,” katanya.

Beliau berkata, seorang daripada mereka kemudian masuk ke dalam keretanya yang berada di kawasan
 parkir.
“Selepas mengambil apa yang dihajati, lelaki itu terus meninggalkan saya.

“Sebaik dilepaskan, saya kemudian menjerit meminta pertolongan. Mujur rakan serumah ada ketika itu dan dia membantu saya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam,” katanya.

Menurutnya, akibat rompakan itu dia kehilangan kamera digital, pasport dan wang tunai RM600.

“Ketika membuat laporan saya turut diberitahu kejadian ini bukan kali pertama sebaliknya sebelum ini
kejadian sama berlaku di Seksyen 17 menggunakan modus operandi sama,” katanya.

sumber: myMetro

kata JINKAMEN: selalunya kalau terjadi kejadian seperti ini kita tak terduga, seeloknya kunci pintu kereta 
dan bercakap dalam kenderaan dengan hanya membuka suku cermin pintu sahaja.

hari ini aku cuti

cuti dari 27-31Dec 2010

hari ini aku cuti
aku cuti sebab diberi cuti
diberi cuti oleh kompeniku sendiri
kompeniku memberikanku cuti sebab ramai yang bercuti
bila ramai bercuti maka diisytiharkan untuk semua anggota bercuti
maka aku pun bercuti pada hari ini

hari ini aku bercuti
aku cuti sebab diberi cuti
(sila ulang ayat yang diatas sekali)
...
.
..
.
..
.
..

terima kasih TM

26 December, 2010

hari ini hari Ahad

pagi tadi
pergi ke seremban sebab
menghadiri jemputan kenduri sedara
yang menyambut menantu
untuk anak lelakinya yang bongsu


perjalanan ke sana memang rumit sikit
maklum la jarang ke sana
nasib baik pakai GPS kalau tidak sesat barat la
ramai gak tetamu yang sesat kerana nama jalannya yang unik

selesai majlis tersebut
terus balik ke KL
didapati jalan ke arah KL
jem teruk
mungkin penangan bolasepak malam ni
teringat entry bloggers Jejaka Desa
pasal Nilai 3 ni
aku pun singgah la ke situ
sebab dah kebetulan lalu...
tak tambah duit tol pun :)


sesampai ke Nilai 3 
banyak dah berubah
almaklumlah dah 4 tahun tak pergi ke sini

banyak kedai dah bertambah
ibarat cendawan selepas hujan 
bersusun susun kedai menjual pelbagai macam jualan

dari jualan seramik ke jualan kain baju


dari pakaian sampai  la 
ke barangan mainan bebudak

diskaun 70% pon ada..
tapi aku taktau apa yang disalenya
tapi kebanyakan jual bantal kekabu
dan leche jek


orang yang membeli pun ramai
sampaikan parking kereta tak mencukupi

dan paling banyak 
yang datang ke sini adalah
ibu bapa yang membeli keperluan
peralatan sekolah anak anak diorang 


banyak terdapat alatan dan barangan sekolah
terutama beg sekolah dengan harga murah
tapi hati-hatilah 
sebab yang aku nampak
barangan tersebut murah kerana kualiti dia kurang
mungkin boleh pakai 3-4 bulan jekk

..
.
selepas puas window shopping
aku pun balik rumah
untuk 
update blog
('',)

movie : Gulliver's Travel

masa sekolah rendah dulu selalu jugak baca kisah gergasi Gulliver nih
sampaikan aku percaya wujud orang kenit kat bumi ni

filem ini adaptasi dari novel klasik 
penulisan Anglo dan Jonathan Swift 
diterjemahkan dalam bentuk filem adventure-comedy la pulak
arahan Rob Letterman


lakonan Amanda Peet, Emily Blunt, Jack Black, Jason Segel
mengisahkan Gulliver (lakonan Jack Black) yang bekerja di satu kompeni pelancongan bahagian mail/ kerani persuratan yang suka cakap BESAR. 

Still movie GULLIVER’S TRAVELS


Oleh kerana dia cuba menawan hati seorang makwe (lakonan Amanda Peet) di ketua bahagian pelancongan dan pengiklanan dia telah mengaku bahawa dia seorang penulis dan pengembara. ekoran dari cakap besarnya itu, dia telah di beri assingment untuk ke Bermuda Triagle untuk penulisannya itu.


Still movie GULLIVER’S TRAVELS
semasa dalam pelayaran solonya itu
tetiba dia berada di Pulau orang kenit  iaitu pula Lilliput
dan ditawan di pulau tersebut.
Still movie GULLIVER’S TRAVELS

dalam satu peristiwa 
dia telah menyelamatkan raja dalam satu kebakaran 
dan dia dianggap HERO
dia juga menjadi idola penduduk negara tersebut atas pembohongannya mengenai kehidupannya di dunia sebenar.

Still movie GULLIVER’S TRAVELS
walaubagaimanapun 
tembelangnya pecah akhirnya
maka raja dan penduduk Lilliput tidak mempercayainya lagi

moral of the story:
Jangan sesekali bercakap bohong dan 
angkuh dalam kehidupan harian kita
kerana
sekiranya tiba waktu yang terpaksa 
kita membuktikannya
kita akan menghampakan orang lain
dan 
orang takkan percayakan kita lagi 

Bintang Oleh Jinkamen
6.5/10

p/s: ada peraduan di budiey.com  klik sini

13 juta

BSN tawar hadiah RM13 juta untuk penyimpan sijil simpanan premium
MELAKA - Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan hadiah bernilai kira-kira RM13 juta untuk dimenangi oleh penyimpan Sijil Simpanan Premium (SSP) tahun depan.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Perbankan Cawangan BSN Azaddin Ngah Tasir berkata, sejumlah 3,000 hadiah disediakan bagi Cabutan Bulanan SSP, termasuk kereta mewah jenis Mercedes Benz C200 CGI, BMW 320i dan Toyota Camry 2.0E.

Tahun depan, BSN akan memperkenalkan Cabutan Jaminan Masa Hadapan dengan hadiah istimewa kereta BMW 523i, Mercedes Benz E200 CGI dan Proton Inspira 1.8 CVT, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Cabutan SSP bagi bulan Disember di sini hari ini.

Beliau berkata, dua cabutan khas iaitu Cabutan Penghargaan dan Cabutan SSP "High Savers" yang diperkenalkan tahun ini, akan diteruskan tahun depan.

Azaddin berkata, penyimpan juga digalakkan menambah jumlah simpanan kerana BSN akan membayar dividen kepada pemegang SSP yang mempunyai simpanan minimum RM2,000.

Beliau berkata, setakat ini, terdapat 1.6 juta pemegang SSP dengan nilai simpanan sebanyak RM1.46 bilion.

"Pada tahun depan, kita menyasarkan tambahan 100,000 penyimpan dengan nilai simpanan melalui SSP sebanyak RM400 juta," katanya.


Kata JINKAMEN: kan bagus kalau tukarkan kereta Merz tu dengan rumah, leh jadi aset.

bowling @ Monterez Golf & Country Club

teringat dulu dulu masa kat kampung@jengka
banyak sangat jenis permainan berbudak
.
..
ada permainan kene keluarkan duit (untuk beli brg)
macam guli, gasing, getah gelang, gambar (kad) dll 
ada yang tak payah keluarkan duit
macam main perpatung,sembunyi2, polis sentri, pukul berapa datuk rimau dll
dan ada permainanan yang menggunakan benda yang ada disekeliling
macam main baling tin ngan selipar atau bola
takpun..
main baling selipor (yang dipakai permain)
rasanya, bebudak sekarang tak tau games ni
kalau taupun secara teori jek
bukan pratikal


untuk mengimbau kenangan lalu tuh
lalu, petang tadi 
aku pun pergilah main bowling
di
Monterez Golf & Country Club
(boleh tak guna alasan diatas) 

('__')


boling kat sini baru bukak
tak silap aku
bulan oktober 2010 (agaknye)


ramai jugak yang datang
ada yang datang berkumpulan
ada yang datang sekeluarga
ada yang datang sorang-sorang


rm6.50 satu games pada hari cuti
hari biasa rasanya lagi murah
apa pun
best gak main sesekali
takleh sokmo

25 December, 2010

mamak

Makanan mamak naik harga


SEORANG pekerja restoran mamak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur menebar roti canai yang harganya dijangka naik tahun depan.


KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan.
Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.
Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.
sumber: KOSMO! 
kata JINKAMEN: minyak naik, air naik, api letrik naik...ni pulok makanan dah naik ...gaji tak naik naik....bikin darah naik ni

24 December, 2010

aku minat lagu nih

semalam aku blogwalking
di blog bayang-bayang
aku terjumpa clip nih

ana bentaleb & D'mamat

aku cuba search kat google dan youtube pakai nama ana b atau ana bentaleb 
aku jumpe 4 lagi lagu beliau ini klik sini
aku suka lagu ni
aku suka suara dia ni
aku suka bunyi gitar tu
aku dengar 4x setiap lagu dia ni
tapi
aku taktau 
siapakah dia ini?
mungkin aku agak ketinggalan dalam industri hiburan
kerana aku dalam industri CSi
hehehe

23 December, 2010

Pasar Malam

Petang tadi 
singgah pasar malam kat Paya Jaras
dulu masa kat jengka takde pasar malam
yang ada pekan sari (sehari-hari)
takde beza antara dua pasar tu
cuma perbezaannya satu disiang hari (pagi ke tengahari)
dan satu di malam hari (petang ke malam)
sesak di pasar malam
kebiasaanya 
pasar malam Paya Jaras ni memang selalu ramai pengunjungnye
peniaga/penjaja pon ramai


Kedai pakaian
bagi yang mahu cari pakaian untuk kegunaan harian 
atau tshirt pelbagai gaya dan rupa
di sini la tempat mencarinya

ikrar
design dan stail pakaian kat sini 
sememangnya takde dijual kat butik butik dan KLCC


Bakso Sedap RM3
bagi pengunjung yang nak menjamu selera kat sini pun
takde masalah
murah dan berbaloi

cucuk cucuk satey
nak tapau untuk bawak balik rumah pon
pelbagai pilihan makanan ada

piza malaysia
ada pilihan local atau tempatan
pebezaan harga yang ketara
rasa yang sama 
mainan
 AWAS...jangan bawa anak anda melalui sini
sekiranya tak mahu membeli mainan

kuew teaw & mee goreng RM2.50
untuk melihat orang lelaki memasak pun leh datang sini
memang sedap kuew teaw dan mee goreng brother ni

nasik dagang kari ikan hayee
this my peberet
makang nasik dagang dengang ikang tongko 
penyedap
bahan mentah untuk ulaman 
dan penyedap makanan pun terdapat disini


ayam bandar
dan semestinya untuk yang memasak ke rumah
di sini lah hentian terbaik mereka
.
..
tapi aku tak puas hati
sebab sekarang ni 
banyak betul warga asing yang berniaga kat sini
bukan orang tempatan
terutama perniagaan pakaian dan mainan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...