Followers

03 December, 2010

Kaum Wanita Tidak Perlu Takut Lagi

KUALA LUMPUR - Percubaan perkhidmatan Rapid Bas Wanita yang diperkenalkan oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL), mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada penumpang wanita.
Seorang penumpang, Vidyavaty Mohd. Aris, 34, memberitahu, idea RapidKL mengasingkan penumpang wanita cukup bernas dalam mengutamakan keselamatan setiap penumpang.

"Selepas ini penumpang wanita tidak perlu takut untuk menaiki bas terutama selepas pulang dari pejabat. Ini merupakan kali kedua saya menggunakan perkhidmatan bas wanita dan diharap ia dilanjutkan sehingga pukul 9 malam," katanya.
Kelmarin, RapidKL mengumumkan tempoh percubaan Rapid Bas Wanita sepanjang bulan ini meliputi laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai.
Syarikat berkenaan memulakannya dengan dua sesi perkhidmatan iaitu di sebelah pagi bermula pukul 6.45 dan 7.30. Diikuti pula dengan sebelah petang pada pukul 6 dan 6.45.
Tinjauan Kosmo! di hab Pasar Seni semalam mendapati, masih ramai penumpang lelaki tidak menyedari notis khas 'untuk wanita sahaja' yang ditampal dicermin depan bas.
Menurut Penyelia RapidKL, Ahmad Roslan Abu Bakar, ramai penumpang lelaki masih keliru dengan arahan yang dikeluarkan.

sumber: Kosmo Online
Kata Jinkamen: kalau separuh lelaki separu perempuan atau pun lelaki dah pun menyerupai perempuan camner yek

5 comments:

AzMask said...

Elok sangatlah tu.. bertuah generasi sekarang ada bas for women. Gerenti selamat dari kena gangguan seksual oleh OGS.. (orang giler sex)..

aku jantan said...

kalau sama jenis lain la pulak ek
Hehehehe

beautiful_rose said...

cadangan yang agak baik...tapi aku rasa,driver bas pun kena guna driver perempuan juga sama jenis itu lebih baik.sebab kan pernah terjadi kes driver bas aniaya penumpang perempuan betul tak?

so,better kena lihat keseluruhan perancangan ini sebelum di lancarkan.jangan lihat pada kebiasaan saja yang luar biasa kita tak tahu.

jinkamen said...

betul betul betul...

takde masalah kot sebab rapid KL memang ada pemandu wanita kan :)

masker said...

lagipun rapid KL bas henti2.. sure ramai yang naik kat setiap bus stop.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...