Followers

27 December, 2010

Langgar dan samun

Langgar kereta sebelum samun

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.m

SHAH ALAM: Seorang wanita mengalami detik cemas apabila disamun tiga lelaki ‘geng langgar
dan rompak’ di hadapan rumahnya di Seksyen 7, di sini semalam.
Kumpulan penjenayah terbabit sengaja berlakon melanggar belakang kereta ViVa milik mangsa
bagi memperdayakannya memberhentikan kereta sebelum merompak selepas mangsa keluar
dari kereta.

Mangsa, Siti Zalina Md Isa berkata, ketika kejadian dia yang berseorangan ingin membelok masuk
 ke dalam rumah kira-kira jam 12.40 tengah hari, namun terkejut apabila terdengar bunyi dentuman
kuat di bahagian belakang kereta.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan insiden itu terus masuk ke dalam kawasan parkir kereta di
rumah dan membunyikan hon beberapa kali kerana bimbang di apa-apakan.

“Saya lihat pada mulanya mereka yang melanggar kereta saya ingin melarikan diri tetapi tidak jadi
apabila Proton Saga warna perak berkenaan berundur semula menghala ke arah rumah saya.

“Kemudian keluar dua lelaki daripada kenderaan itu menghala ke arah saya yang masih berada di
dalam kereta kerana takut. Mereka mengetuk cermin tingkap kereta menyuruh saya keluar untuk
berbincang menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.


Siti Zalina berkata, dia kemudian membuka sedikit cermin tingkap kereta dan seorang daripada
lelaki terbabit meminta maaf dengan memberitahu rakan mereka yang memandu dalam keadaan
mabuk menyebabkan dia terlanggar keretanya.

“Sejurus kemudian saya pun keluar daripada kereta apabila berasa selamat dan mereka berulang
kali meminta maaf.

“Bagaimanapun, mereka turut menyalahi saya kerana tidak memberi lampu isyarat ketika ingin
membelok sedangkan saya sudah berada di hadapan rumah,” katanya.

Katanya, dia pada mulanya langsung tidak mengesyaki kejadian itu bermotifkan rompakan
sebaliknya menyangka ia kemalangan biasa, tambahan pula lelaki itu memberi alasan mabuk
menyebabkan berlaku pelanggaran.

“Bagaimanapun, tanpa disedari seorang lagi lelaki yang berada di dalam kereta tiba-tiba menghampiri
saya dari belakang sebelum menutup mulut menggunakan tapak tangan.

“Saya cuba meronta bagi melepaskan diri sebelum bergelut dengan mereka. Dalam keadaan cemas itu ,
saya mengalami kecederaan di muka akibat dipukul mereka,” katanya.

Beliau berkata, seorang daripada mereka kemudian masuk ke dalam keretanya yang berada di kawasan
 parkir.
“Selepas mengambil apa yang dihajati, lelaki itu terus meninggalkan saya.

“Sebaik dilepaskan, saya kemudian menjerit meminta pertolongan. Mujur rakan serumah ada ketika itu dan dia membantu saya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam,” katanya.

Menurutnya, akibat rompakan itu dia kehilangan kamera digital, pasport dan wang tunai RM600.

“Ketika membuat laporan saya turut diberitahu kejadian ini bukan kali pertama sebaliknya sebelum ini
kejadian sama berlaku di Seksyen 17 menggunakan modus operandi sama,” katanya.

sumber: myMetro

kata JINKAMEN: selalunya kalau terjadi kejadian seperti ini kita tak terduga, seeloknya kunci pintu kereta 
dan bercakap dalam kenderaan dengan hanya membuka suku cermin pintu sahaja.

6 comments:

Cik Yana said...

ekk~
seriously dunia sekarang mmg dah bahaye.
Huhuhu~
tak brani da kuar sorang2 skrg..

Idalara said...

Manusia dah malas nk bekerja..jadi mencuri lebih senang bagi mereka..berhati2 sentiasa.

ibu_Arifa said...

mak aii...takutnyer,, mintak dijauhkan lah jadi mcm ni.. lebih2 lagi kaum perempuan yg drive sorang2 tu. risau panik saja kan...tak pun kena pukau pulak pastu.

cikceriacorner said...

last week tayar kete saya ilang..dan kete member kene pecah..moga org yg mencuri ni diberi hidayah..:)

azman JINKAMEN said...

cik yana
betul tuh..lebih elok keluar berteman ke mana mana kan..kalau sorang2 kene lebih hati2..anggap semua yang tak kenal adalah musuh (cogankata MP)

idalara
mungkin juga tekanan hidup..harga barang naik..gaji kurang kos idup tinngi tapi itu alasan kan

ibu arifa
tu laa..lelaki pun tak terkecuali..kalau dah ramai yang menyerang ..mintak dijauhkan :)

cikceriacorner
lorr..tayar pon diorang curi yek..diorang tak pikir kesusahan dihadapioleh orang lain ni..sabar yek cikceriacorner yekk :)

zik said...

macam2 lah sekarang nie.. apepun semua orang kena berhati-hati... :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...