Followers

25 December, 2010

mamak

Makanan mamak naik harga


SEORANG pekerja restoran mamak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur menebar roti canai yang harganya dijangka naik tahun depan.


KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan.
Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.
Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.
sumber: KOSMO! 
kata JINKAMEN: minyak naik, air naik, api letrik naik...ni pulok makanan dah naik ...gaji tak naik naik....bikin darah naik ni

4 comments:

Dyna Yvonne said...

lepak la.hehe.masak sendiri suda.heh

azman JINKAMEN said...

tu ar..nak lepas mesti kat kedai mamak..nak tengok bola pun kat kedai mamak..nak kene tukar habit nih kat kedai bunga pulok la :) hehehe

Jejaka Desa said...

Takde nye tahun depan.Tahun ni dah naik belake.

jinkamen said...

JD
koi kene uboh selerelah nampoknye..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...