Followers

12 December, 2010

Mayat perempuan dipotong beberapa bahagian ditemui di Genting Highlands

BENTONG 12 Dis − Mayat seorang perempuan yang dipotong beberapa bahagian badannya ditemui di kawasan gaung berhampiran sebuah tokong Cina Gohtong Jaya Genting Highlands semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong DSP Mohamad Mansor Mohamad Noor berkata beberapa anggota badan mayat itu ditemui orang awam di kawasan gaung di km2 3 Jalan Genting Highlands pada pukul 5 petang “Orang awam menemui kaki kiri dan tangan kanan dan melaporkannya kepada polis ” katanya kepada pemberita di sini hari ini Beliau berkata polis yang melancarkan gerakan mencari kemudiannya menemui sebuah beg yang mengandungi kepala dan badan tanpa kedua-dua tangan dan kaki pada pukul 12 30 tengah hari ini. 

Beg itu ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat sebelah tangan dan sebelah kaki mangsa ditemui Tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan berdasarkan siasatan awal polis percaya mangsa ialah seorang remaja perempuan Mohamad Mansor berkata anggota bahagian kaki kanan dan tangan kiri belum ditemui dan polis kini meneruskan operasi mencari dua lagi anggota badan mangsa yang hilang itu “Mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 jam lepas ” katanya .

Anggota bahagian yang ditemui itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan HTTA Kuantan untuk bedah siasat Orang awam yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan − Bernama.


Kata Jinkamen: Macam2 kes bila perasaan marah mengusai minda. AWAS..

1 comment:

Anonymous said...

erghh...termakan lada ar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...