Followers

01 December, 2010

Movie: The Next Three Days

Sekiranya kau tak sanggup menolak jatuh kanak-kanak, menendang orang tua ....baik kau lupakan saje hasrat kau itu....

Russel crowe sebagai bapa kepada seorang anak berusia 4 tahun dan suami kepada wanita berkerjaya lakonan Elizebertha Banks yang berkerja di opis yang selalu bergaduh dengan bos di tempat kerjanya.

Lakonan Elizebertha Banks sebaga Lara Brenan yang dituduh membunuh bosnya dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setelah tiada bukti menidakkan tuduhan tersebut. Tetapi babak terakhir sekali ada menceritakan perihal sebenar bagaimana kejadian tersebut berlaku.

Kebahagian yang dikecapi dengan isteri dan anaknya serta perasaan yang kuat mengatakan isterinya tidak bersalah dan tidak patut menerima hukuman tersebut menjadikan John Brennan (lakonan Russel Crowe ) hidup tidak tentu hala dan tertekan. Akibat dari itu dia telah merancang untuk melarikan isterinya dari penjara dan hidup sebagai pelarian di negara luar.babak ini amat menarik menceritakan bagaimana John mencari maklumat/info untuk menjadi seorang penjenayah antaranya berjumpa dengan seorang banduan yang pernah melepasi penjara sebanyak 3 kali, menonton youtube untuk membuka kunci kereta dan lain-lain lagi teknik yang diajar.

filem ini bukan bercorak aksi tetapi semangat kecintaan dan kekeluargaan. sesiapa yang nak aksi dalam cerita ini memang tiada kecuali babak isterinya mahu terjun dari MPV kerana John Brennan mahu meninggalkan anaknya dari membawa bersama mereka melarikan diri.

Bintang dari Jinkamen:  7/10






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...