Followers

11 December, 2010

pinjam duit rumah tergadai


IPOH - Gara-gara meminjam wang RM1,000 daripada ah long, seorang wanita bukan sahaja terpaksa menanggung beban hutang RM60,000 malah lot rumah kedai milik ibunya juga hampir tergadai.
Tang Yoke Kum, 29, berkata, dia meminjam wang tersebut daripada ah long pada pertengahan tahun lalu selepas berhadapan dengan masalah perniagaan restoran.
"Setelah diluluskan, ah long tersebut menyerahkan wang tunai RM650 dan selepas itu saya mula membayar hutang mengikut jadual tetapi kadar bunganya begitu tinggi dan tidak habis-habis biarpun sudah lebih RM2,000 dijelaskan.
"Apabila saya tidak mampu lagi bayar berikutan restoran yang terpaksa ditutup, ah long terbabit beritahu hutang saya sudah berjumlah RM7,000 pada April lalu," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak, Mohd. Ravi Abdullah di sini semalam.
sumber: kosmo online
kata jinkamen:  pinjam rm1000 dapat rmRM650 tapi kena bayar balik lebih RM2000.....janganlah pinjam kat ah long, pinjam la kat along ke, angah ke, ateh ke.....

2 comments:

Jejaka Desa said...

Pinjam la kat Abang Long ke,Pak Long ke.Gerenti selamat.Abang Long sendiri tau.Bukan Abang Long orang.

relevan said...

Kes naya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...