Followers

07 December, 2010

putus tangan kerana merompak

BESUT, 7 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki putus tangan akibat ditetak ketika cuba memecah masuk rumah seorang penternak ikan kolam di Kampung Pengkalan Gaduh, Limbongan dekat sini Selasa awal pagi.

Tangan kiri pemuda yang berusia 28 tahun itu putus akibat dilibas dengan parang oleh tuan rumah berkenaan dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata kejadian itu berlaku apabila pemilik rumah berumur 49 tahun itu tersedar daripada tidurnya dan ternampak bayangan seseorang yang cuba memasuki rumahnya melalui tingkap.

"Dengan bersenjatakan sebilah parang, secara senyap-senyap, tuan rumah itu keluar daripada rumahnya dan menghampiri suspek yang sedang leka mengumpil tingkap rumah berkenaan dengan sebatang besi.

"Suspek yang terkejut dengan kehadiran tumah rumah itu cuba menyerang dengan besi berkenaan, namun tangan kiri suspek sempat dilibas dengan parang oleh tuan rumah berkenaan," katanya di tempat kejadian.

Suspek yang didapati berasal dari Setiu terus melarikan diri manakala tangannya yang terputus dari paras pergelangan tangan tertinggal di tempat kejadian.

Kamaruddin berkata tuan rumah tersebut kemudiannya membuat laporan polis.

Polis yang dikejarkan ke tempat kejadian telah menjumpai tangan suspek yang putus itu dan menghantarnya ke Hospital Daerah Besut.

"Seterusnya melalui kesan darah dari tangan suspek yang cedera, suspek akhirnya ditemui berada di sebuah chalet di Bukit Keluang dalam keadaan lemah dan berlumuran darah beserta seorang remaja perempuan berumur 15 tahun yang sedang menangis ketakutan," katanya.

Suspek dan tangannya yang putus kemudiannya dihantar ke Hospial Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kamaruddin berkata suspek sebelum itu telah menyewa chalet berkenaan yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah yang mahu dicerobohinya.

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Remaja itu yang berasal dari Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan mendawa dia adalah isteri suspek.

Dalam kejadian berasingan, seorang wartawan Sinar Harian bagi Daerah Besut kehilangan kenderaan pajuan empat roda ketika beliau sedang membeli-belah di sebuah pasar raya di Kota Baharu semalam.

Mohd Taha Yaacob, 42, berkata kenderaannya itu diparkir di tempat letak kereta hanya 20 meter dari pintu masuk pusat beli-belah berkenaan namun sebaik selesai membeli-belah kira-kira 8 malam, kenderaan itu didapati sudah tidak berada di situ.

Beliau berkata beliau kerugian kira-kira RM20,000 termasuk kehilangan dua buah kamera yang digunakan ketika bertugas yang ditinggalkan di dalam kenderaan itu.


kata Jinkamen:  kira-kira macam hukum hudud laa tuh 

4 comments:

laily said...

alamak.. putus tgn... ngeri2...

kluangman said...

terus kena hukum hudud.

Insan Marhaen said...

alahai...akhir sebuah impian..

jinkamen said...

hahaha..tu baru hukuman kat dunia yek :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...