Followers

09 December, 2010

RM1 juta dalam 6 hari

IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik Ipoh mengutip RM1 juta bayaran saman daripada pesalah trafik dalam tempoh enam hari sejak tawaran kadar sehingga 50 peratus diberikan berkuatkuasa 1 Disember lalu. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata sejak diumumkan kadar diskaun itu, semua balai polis dan Pejabat Pos di daerah Ipoh telah dibanjiri orang ramai yang mahu membayar saman.

Beliau berkata, purata kutipan di kawasan Ipoh ialah RM25,000 hingga RM35,000 sehari dan dengan kehadiran antara 100 dan 300 orang.
 
"Ada yang mempunyai 50 keping saman mengambil peluang menjelaskan saman trafik dengan diskaun 50 peratus ini," katanya. - BERNAMA 


Kata Jinkamen: esok nak ke Ipoh..tapi bukan nak gi bayar saman :)

2 comments:

Jejaka Desa said...

Patuhi had laju weh.Koi pernoh nampok mat teropong ni duduk atas bukit jalan highway.

jinkamen said...

insyALLAH....trima kasih rodong ingatkan koi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...