Followers

31 December, 2010

Azam 2011: RUMAH



1st time aku beli rumah pada tahun 2002
pada usia 25
rumah tersebut siap 2 tahun kemudian
dan pada April 2004
rumah tersebut aku duduki

Aman Putri

kelmarin
pergi usha sebuah rumah
di area sungai Buloh
rumah double stories
plan bawah
 pertama kali aku tengok rumah ni
hati terus tertarik
hajat dihati
ingin memikatnya

plan atas
tahun depan umurku 35 tahun
kalau diizinkan ALLAH
ingin ku memiliki rumah ini
semoga ianya termakbul

detail
kalau ada sesiapa yang tahu cara
ataupun bekerja dalam hal-hal sebegini
atau berpengalaman dalam membeli rumah nih
menggunakan loan bank
(rumah sebelum ni loan kompeni)
ku ingin berkongsinya
email kat saya
.
..
.
yang mengharap
-JINKAMEN-

10 comments:

lynn angel said...

Salam... teringin nak beli rumah sendiri.. Tapi, xkeje lagi.. Hehe.. :)

jinkamen said...

lynn angel
insyALLAH..dah keje sok mesti dapat beli punyer..pasal bayar sewa rumah lebih kurang sama dengan harga bayaran ansuran rumah..kalau kat KL la

azzey said...

jinkamen: mudah2an dimakbulkan..insyaallah...amin

azman JINKAMEN said...

azzey
terima kasih azzey..itu impian jek..kalau tiada masalah, insyALLAH

azMask said...

Ini adalah salah satu cara bagi mengurangkan tempoh loan rumah anda dan total interest yang dibayar:-

Contoh Loan Rumah
Anda membeli sebuah rumah berharga RM150,000.00, dengan tempoh pinjaman Loan Bank 360 bulan (30 tahun) , dan katakan interest rate 6%.
• Principal bulanan dan bayaran interest = RM 899.33
• Total Interest sepanjang tempoh Loan = RM 173,757.00

Menggunakan Bi-Weekly Option (Bayar 2 minggu sekali / 2 kali sebulan)
Iaitu, dengan membahagi-duakan bayaran loan bulanan RM899.33 / 2 = RM449.67.
Awal bulan bayar RM449.67 (sebelum 15hb),
kemudian baki RM449.67 dibayar pada hujung bulan.
• Bayaran Bi-Weekly = RM449.67
• Total Interest sepanjang tempoh Loan = $135,294
• Tempoh loan dikurangkan kepada 24 tahun, instead of 30 tahun.
Jumlah pertama dibawah menunjukkan baki loan dihujung tahun selepas membuat bayaran loan mengikut bulanan (bayar macam biasa, bayar loan hanya pada hujung bulan).
Jumlah kedua menunjukkan baki loan dihujung tahun selepas membuat bayaran loan mengikut bayaran bi-weekly (2 kali sebulan).

Perbandingan:-
Monthly payment Bi-weekly
Tahun 1
RM148,157 vs. RM147,198 (Perbezaan M959)
Tahun 2
RM146,202 vs. RM144,224 (Perbezaan RM1978)
Tahun 3
RM144,126 vs. RM141,066 (Perbezaan RM3060)
Tahun 4
RM141,922 vs. RM137,715 (Perbezaan RM4207)
Tahun 5
RM139,581 vs. RM134,157 (Perbezaan RM5424)
Tahun 6
RM137,097 vs. RM130,380 (Perbezaan RM6717)
Tahun 7
RM134,459 vs. RM126,371 (Penjimatan RM8088 to date)
Penjimatan berlaku setiap tahun kerana anda telah membayar lebih (13th month) dengan kaedah ini.
Maka bila perkiraan interest dilakukan oleh bank, interest akan berkurangan kerana anda dah bayar lebih.

ATAU

Cara Lain Untuk Kurangkan Loan Rumah Anda - Bayar lebih sedikit jumlah ansuran bulana
Jika:
a.) Anda tak larat ke bank 2 kali sebulan, dan tak cukup masa...
b.) Direct-debit bank anda tak benarkan bayaran dibahagi 2 macam tu...
c.) Bank anda tak benarkan bayaran beransuran macam tu.
MAKA anda boleh:
Dengan menggunakan contoh yang sama (interest 6%, loan RM150,000):
CONTOH:
Bayaran ansuran bulanan loan rumah anda = RM899.33

Bahagikan nilai tersebut dengan 12 = RM899.33 / 12 = RM75

MAKA, setiap bulan anda bayar RM899.33 + RM75 = RM974.33 atau RM975.

Dan tempoh loan 30 tahun akan berkurang kepada 24 tahun.
Bila anda berbuat sedemikian, tempoh loan dan interest anda akan berkurangan dengan tersendiri. Ini kerana anda dah bayar loan lebih sebulan (13th month) setiap tahun.
Kalau tak percaya, pergi kira sendiri dgn calculator kat website ni:
http://www.reduce-my-mortgage.com/calculate.htm
Mengikut contoh diatas, kalau ada wang lebih, setiap bulan bayar terus RM1000, dan anda akan jimat lagi banyak, dan tempoh loan dapat dikurangkan lagi.

p/s:rasenye nk kurangkan loan byr kete pn blh gak pki cara nie kwn2...so jadilah pengguna yg bijak ok! selamat mencuba...

azman JINKAMEN said...

azMask
terima kasih atas info tersebut

syira aka sepatu hijau said...

salam


wah hebatnya empunya badan :D

jinkamen said...

syira aka sepatu hijau
wsalam...hebat dari segi perancangan aje..hehehe..tQ

AesyaZealous said...

nak satu jugak? :P

azman JINKAMEN said...

AesyZealous
leh..leh...jom!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...