Followers

08 December, 2010

Tragedi buah keranji

GUA MUSANG: Hasrat lima sahabat mencari buah keranji di Hutan Bring di sini petang semalam, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati dipijak sekumpulan gajah liar yang naik minyak.

Dalam kejadian 4.50 petang berhampiran penempatan Orang Asli Pos Pasik di sini, Muhamad Adnan Iberahim, 26, dari Bertam Lama dekat sini, dipijak hingga hancur kepala dan dadanya.


Keadaan itu membuatkan empat rakannya yang terselamat, pilu ketika mengusung mayat mangsa sejauh kira-kira satu kilometer bagi mendapatkan pacuan empat roda mereka untuk ke Hospital Gua Musang (HGM).
Buah keranji

Rakan mangsa, Mohd Asri Shafie, 30, berkata mereka berlima keluar dari rumah pada jam 8 pagi ke hutan berkenaan bagi mencari keranji untuk dijual.

"Selepas meninggalkan pacuan empat roda, kami berjalan kaki mencari pohon keranji dalam hutan berkenaan untuk mengutip buahnya. Ketika menghampiri sepohon pokok keranji, kami terserempak sekumpulan gajah liar termasuk ibu dan anaknya.

"Secara tiba-tiba, kami terdengar kawanan gajah itu bertempik sebelum bergerak laju menuju ke arah kami. Dalam keadaan cemas itu, kami melarikan diri secara berpecah bagi menyelamatkan diri masing-masing.


"Bila keadaan dirasakan sudah selamat, kami berkumpul semula sebelum mendapati Adnan tidak muncul. Kami kemudian mencarinya sebelum mayatnya dalam keadaan menggerikan dengan kesan remuk pada kepala dan badannya dipercayai akibat terjatuh sebelum dipijak gajah yang mengejarnya," katanya. 


kata Jinkamen: Takziah kepada keluarga mangsa

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...