Followers

30 January, 2011

POS HADIAH

 Jinkamen GA dah berlalu. Undian pemenang jugak sudah di lalukan. Sabtu, Jinkamen dah selamat pos hadiah kepada pemenang bertuah. ~aKu, dIA DAn kAmu~. 



Juga kepada Lelord, seperti yang Jinkamen janjikan. Hadiah untuk peserta pertama. Hadiah sempena balik bercuti ke Malaysia.

Hadiah untuk Jejaka Desa belum dapat di pos lagi sebab Jinkamen tengah tunggu respon darinya. Harap JD dapat emelkan alamatnya.

28 January, 2011

slownye

seminggu pc/network kat opis ni slow..
nak berintenet pon takde mood
('__')

27 January, 2011

PEMENANG 1st GA JINKAMEN

setelah undian dijalankan,
maka pemenangnya telah diketahui...
beliau adalah
 pemegang no 40 iaitu blogger 


TAHNIAH
 kepada beliau...dan satu lagi pemenang akan diumumkan nanti
oleh 
AzMasK

26 January, 2011

Jinkamen GA ~ time out


Dengan ini di umumkan Jinkamen GA tamat sempena anniversary ke 10 Jinkamen + AzMask pada 250111.. Terima kasih kepada semua yang sudi bersahabat. Jinkamen & team budak kecik akan memulakan proses menabur undi untuk mencari pemenang... Jeng jeng jeng...

25 January, 2011

JINKAMEN Giveaway

ciksticky post mode... sila scroll ke bawah untuk entry terbaru.. terima kasih...




Sempena 1.1.11, Jinkamen ingin melancarkan giveaway pertama. Harapan Jinkamen GA ini akan menambahkan lagi ukhuwah bersama rakan bloggers. Kalau sudi jawab satu soalan mudah untuk tujuan suka2 sahaja... Soalannya....

Apakah gadjet kesayangan anda & kenapa? 

...................................................................................................

Syarat2 mudah untuk sertai GA ini:-
Semua Follower Jinkamen di alu2kan untuk rembat hadiah ni. Moh rodong koi..

kepada yang belum folow.. Silalah:-
Follow blog Jinkamen
atau
Follow blog AzMask 


Tampal ler banner katak di atas tu di dalam entry anda & link di ruangan komen untuk memudahkan Jinkamen  menyemaknya nanti.

Silalah tag 3 kawan anda utuk ketahui rahsia gadjet kesayangannya.. Yang tidak kena tag, anda jugak sangat di alu-alukan... Moh semua kita jalinkan ukhuwah sesama kita.

Tarikh GA berakhir pada 25 Januari 2011. Pemilihan blogger bertuah akan dipilih serta merta sebaik GA tamat melalui undian ala-ala main kutu oleh budak kecik yang memakai penyumbat telinga ni.


Ini adalah hadiah utama kepada rakan2 blogger yang paling bertuah...  Penyumbat telinga boleh bercakap. Hadiah ini bukan yang 2nd hand punya. Tapi yang masih baru & masih berada  dalam kotak lagi... Penyumbang hadiah ni saje beli 2 kotak. 1 untuk kegunaannya ketika melayari youtube atau skype & ym. 1 kotak lagi memang dia nak berikan kepada rakan bloggers.

Dan hadiah ini dari Jinkamen khas untuk rakan blogger yang paling  mesra
(dan menjadi follower kedua-dua blog)
Yang Menyertai

24 January, 2011

Bahaya di dapur


tadi membaca entry di ondscene mengenai Kes kebocoran Gas memasak
tetiba teringatkan mengenai keselamatan di dapur
rasanya di rumah cuma sebilangan aje yang ada pemadam api di rumah/dapur

sebenarnya amat penting menyediakan pemadam api
yelah malang tak berbau
sebelum terlambat dan terjadi
jinkamen pun nak beli juga satu silinder pemadam api 
nak letak di rumah dan satu didalam kenderaaan

sebenarnya nak mengelak dari kebocoran gas didapur kena check selalu
tak silap dulu ada Iklan yang mengajar cara-cara nak check kebocoran gas
salah satunya adalah menggunakan buih sabun
caranya sapukan airsabun pada salur gas tersebut
sekiranya ada gelembung bermakna ada kebocoran pada salur tersebut
selain dapat tau ada bocor atau tak, cara ini dapat membersihkan salur gas tersebut
kalau rajin, basuh sekali air sabun dengan tong gas dan dapur tuh sekali 

bukan apa,
sebenarnya dengan cara membasuh 
samada basuh kereta atau motor ke
kita dapat mengenalpasti kerosakan atau kecacatan sesuatu benda tersebut
contohnya kalau kita basuh kereta
mesti secara automatik kita dapat tau kereta kita ada lekuk atau tak
berbanding kalau kita hantar ke carwash
hehehe...dah mengarut dah

tapi sekarang ni dah ada alat untuk mengenalpasti
mengenai kebocoran gas
tapi harga dia tak tau lagi berapa
nanti kalau tau saya updated kat sini

.
..
habisss

23 January, 2011

gagal untuk merancang, merancang untuk gagal

hahahaha..
hehehehe
huhuhuhu
 ari ni banyak planning
tak menjadi
disebabkan kenkangan masa dan cuaca
.
..
kita mampu merancang
hanya tuhan menentukan
oOoOoO


22 January, 2011

Duit Syiling punya hal

 dua tiga dalam minggu ni 
suratkhabar asyik keluar cerita pasal duit syiling 
yang dikutip oleh orang ramai dekat lebuhraya PLUS tempohari
memang tak eloklah sape sape yang ambil  duit orang
sape sape yang dah terambik elok lah pulangkan


nak jadikan satu cerita
semalam hari jumaat
aku pergi kerja macam biasa la
sebelum pergi kerja aku pun mengaut la duit syiling yang banyak 
diatas almari kasut tempat aku letak barang-barang aku punye

selepas sembahyang Jumaat di Masjid Jame' KL semalam
aku pun berhenti makan di sebuah gerai di Lebuh Ampang
selepas makan
tiba masa untuk membayar
RM6.50 encik..
(aku pun keluarkan duit syiling dari poketku,cukup cukup aku bayar RM6.50)
encik, ini duit highwayy kaaa..
(dalam hati)cilakaaaaa punye mamakkk

20 January, 2011

Yayasan TM: Biasiswa kecil telah dibuka

Biasiswa Kecil




TAWARAN BIASISWA KECIL YAYASAN TMYayasan TM mempelawa pelajar-pelajar yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan TM.
Syarat dan kelayakan
  • Terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1 dan 4 di sekolah bantuan penuh kerajaan.
  • Calon di Tingkatan 1 mestilah memperolehi 5A (4A bagi anak anggota TM) bagi keputusan peperiksaan UPSR.
  • Calon di Tingkatan 4 mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 6A (5A bagi anak anggota TM) bagi keputusan PMR.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
  • Pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM1,500 sebulan bagi orang awam manakala bagi anak anggota Kumpulan TM tidak melebihi RM3,000 sebulan.
Pakej Biasiswa
Mereka yang berjaya ditawarkan Biasiswa Kecil Yayasan TM akan menerima kemudahan berikut:
  • Elaun saku RM1,000 setahun (bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3).
  • Elaun saku RM1,500 setahun (bagi petajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5).
Pelajar-pelajar yang ditaja juga berpeluang mengikuti program-program pembangunan yang dianjurkan oleh Yayasan TM.
Tatacara Memohon
  • Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web Yayasan TM
  • Setelah permohonan dibuat secara online, sila kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut:
    1. Sijil kelahiran / kad pengenalan
    2. Keputusan UPSR atau PMR
    3. Slip gaji / pengesahan pendapatan ibu dan bapa / penjaga
    4. Kad anggota (bagi anak anggota TM).
    5. Surat cerai / mati jika berkaitan.

      Kepada :
      Sekretariat Pemilihan Biasiswa Kecil,
      Yayasan TM,
      Aras 14 Selatan,
      Jalan Pantai Baharu,
      50672 Kuala Lumpur.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.
  • Tarikh permohonan dibuka dan ditutup akan dimaklumkan di akhbar-akhbar terpilih dan di laman web Yayasan TM
  • Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan secara bertulis. Bagi permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.
  • keterangan lanjut klik disini
  • TARIKH TUTUP 18 FEBRUARI 2011

19 January, 2011

Peristiwa yang tak diingini

pada sesiapa yang pernah bawak motor
pernah tak mengalami situasi macam ni

seperti biasa, bangun awal pagi sebab nak pergi kerja
sebab sekarang ni, 
kat tempat aku bekerja dah buat sistem baru
iaitu sistem 
Polis bantuan akan mengambil nama kakitangan 
yang datang lewat dari waktu masuk kerja iaitu pukul 0830
maka aku terpaksalah datang awal seperti yang ditetapkan .
tak macam selalu yang datang pukul 1000 


macam biasa 
bila pergi kerja selalunya naik motor lah 
sebab kalau bawak kereta semesting pukul 10 jugak aku sampai ke opis
melainkanlah kalau aku bertolah dari rumah pukul 6.30pagi 
dan masalah parking di opis yang senantiasa sesak 
kerana bebudak baru yang  masuk keje pon dah pakai kereta
maklum lah sekarang ni, beli kereta macam beli buku kat kedai buku jek, tak macam time aku dulu, beli kereta semcam nak pergi ke Eropah sekarang ni everybody can buy the kereta

sesudah warmupkan enjin motorku
maka bergeraklah aku dengan niat dalam liLLAHitaala dan mengucap Syahadah
yelah..naik motor ni umpama berjuang di medan perang gak ni..
sebab nak pergi kerja ni kira ibadah gak, kalau mati di tengah jalan kira Syahid ni :)
sesudah siap pakai glove kesayanganku dan helmet
maka bergeraklah aku dengan aksi bukan macam Adnan Sempit tuh
gila apa Adnan sempit tuh, tak sayangkan motor agaknye kalau macam tuh
silap silap kena buat balancing balik motor tu 

perjalanan aku melalui subang bestari, kemudian keluar ke jalan besar sg buloh -shah alam
tengok meter minyak masih penuh lagi sebab baru isi masa balik semalam sebanyak RM5
kusarankan kepada semua yang menggunakan kenderaan ke tempat kerja
kena amalkan selalu isi minyak dulu semasa balik dari kerja
kerana kalau kita lewat tak tergesa-gesa nak mengisi minyak dipagi hari

setelah melalui kota damansara
aku pun masuklah highway bertol tersebut menghala ke Jalan Duta
biasa la..time time pukul 8pagi semestinya jalan sesak dengan kereta
pagi tadi nampak 3 orang polis peronda bersama kereta Evo Xnya di susur tol Kota Damasara 
menahan lori-lori yang lebih 3tan yang masih degil menggunakan highway sewaktu time diorang diharamkan

dan sewaktu inilah peristiwa yang tidak kuduga ini berlaku padaku
peristiwa yang memeritkan dan mengguris jiwaku
yang membuatkan aku rasa amat kecewa
dan
sekiranya aku berhenti 
maka kejadian lagi yang tak diingini akan  berlaku
tapi terpaksa jugak aku hadapinya
walau dengan keresahan yang melampau
aku pasrah
suatu ketika aku tak tertahan lagi 
hinggakan aku terasa nak membuat keputusan melakukannya
tapi aku tak terdaya

sekiranya aku dapat melakukannya waktu itu 
semestinya aku lega
tapi aku terpaksa meneruskan juga perjalanan ini
takut terlewat sampai ke opis
nanti kene tulis nama dek pengawal 
semacam pengawas sekolah mengambil nama pelajar datang lewat

selama 5minit aku rasa macam 1jam
merasa deritanya

selepas melalui tol Jalan Duta
aku nampak stesen Minyak di sebelahnya
tanpa membuang masa
terus ku berhenti ditepi stesen minyak tuh
dan kuberlari ke destinasi sepatutnya
untuk melepaskan benda tersebut
yang tak sepatutnya ia mintak keluar
pada waktu yang tak sepatutnya ini

tapi aku lega...

17 January, 2011

Pengantin Baru Hilang

Pengantin baru hilang

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
SUNGAI PETANI: “Saya dan isteri (Muzalifah) tiada sebarang perselisihan faham, apatah lagi kami berdua baru saja berkahwin awal Disember lalu,” kata Hidayat Hasan Saari, 25, suami kepada Muzalifah Md Isa, 23, yang menghilangkan diri sejak awal bulan ini.
Hidayat yang bertugas sebagai anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berpangkalan di Bintulu, Sarawak, berkahwin dengan Muzalifah dari Sungai Gelam, Merbok, dekat sini pada 6 Disember lalu.

Katanya, isterinya tinggal bersama ibu bapanya dan dia terkejut apabila diberitahu bapa mentuanya Muzalifah keluar dari rumahnya membawa beg pakaian dengan alasan mahu mencari kerja di Alor Setar pada 1 Januari lalu.
Katanya, sebelum itu kira-kira jam 11 pagi hari sama, isterinya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menyatakan hasrat hendak ke Johor bagi memulakan kehidupan baru.

“Dia memohon maaf dan meminta saya menghalalkan makan minumnya selama kami hidup bersama. “Saya sangat terkejut kerana sebelum itu isteri begitu mesra dan manja dengan saya ketika menghubunginya pada 31 Disember lalu.

“Saya cuba menelefonnya berulang kali, namun gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan. Saya tidak menyangka sama sekali Muzalifah keluar daripada rumah keluarganya tanpa memberitahu ke mana dia pergi.

“Itulah mesej terakhir daripadanya dan selepas itu tiada berita malah usaha mencari oleh keluarganya di rumah saudara serta rakan gagal menemuinya,” katanya.

Hidayat berkata, dia segera pulang dari Bintulu pada 4 Januari lalu bagi mencari isterinya, namun gagal menemuinya sehingga ke hari ini.
“Mungkin dia kecil hati kerana saya tidak membawanya pulang ke Bintulu selepas kami berkahwin selain tertekan kerana diberhentikan kerja pada hujung tahun lalu.

“Bukan saya tidak mahu membawanya tinggal di Bintulu, tetapi saya mahu membuat sedikit kejutan, sebab itu saya tidak memberitahunya terlebih dahulu, tetapi tidak menyangka ini yang berlaku.

“Saya merayu supaya dia segera pulang ke pangkuan saya dan saya minta maaf jika ada salah faham sehingga dia berkecil hati,” katanya.

Berikutan itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Sungai Petani mengenai kehilangan Muzalifah.

Mereka yang mengetahui atau ternampak Muzalifah diminta menghubungi Hidayat di talian 017-4780813 dan bapanya, Md Isa Samsudin di talian 019-5693203 atau balai polis berhampiran.

sumber: MyMetro

Kata JINKAMEN : Macam-macam sekarang, semua berkenaan dengan terasa hati dan sakit hati. maka marilah ramai ramai kita jaga HATI kita dan Hati orang lain :)


15 January, 2011

Hari Tanpa Beg Plastik

Petang tadi pergi ke Pasaraya 99
membeli barang rumah yang kehabisan
siap mengambil barang
beratur untuk membayar
cik cashier bertanya
nak plastik?
kena bayar ke?
kena bayar 20sen untuk satu plastik
ermm...takpe la, saya dah ada plastik dalam kereta

kepada sesiapa yang belum tahu
dimaklumkan bahawasanya
pada setiap hari SABTU
semua Pasaraya di semua negeri di MALAYSIA akan menguatkuasakan
hari Tanpa Plastik

sekiranya ingin atau nak jugak
anda terpaksa membayar 20sen
ini adalah semata-mata untuk menyelamatkan bumi kita

bumi yang kita duduk ni wajib kita jaga
sebab nak diwariskan kepada anak cucu cicik kita
kalau tak sekarang  bila lagi nak bermula

kalau nak senang waktu membeli belah esok esok
sediakan beg kain kat dalam kenderaan kita
tapi ada gak pasaraya yang prihatin
menyediakan kotak untuk angkut barang-barang belian
tapi sebilangan jek la
teringat waktu kecik dulu
ada cerita kapten Planet
ceritanya  berkisar tentang perlunya jaga BUMI kita ni
Your Future Is Yours
katanye
hehehehe

mesti ada pro dan kontra dalam perkara ni kan
kalau ada meh kita bincangkan

14 January, 2011

Bukak...ambil....simpan...

teringat lagi waktu dulu
kalau rosak jek TV
terus abah hantar ke kedai baiki TV
hinggakan 3-4 kali rosak
mesti jugak hantar ke 'klinik' tersebut
tapi sekarang dah tak macam tu dah
selalunya kalau TV kita rosak (selalu guna lebih 5 tahun)
terus kita buang aje
sebab kos membaiki sekarang pon dah sama macam beli TV 14 inci

begitu juga dengan peralatan lain
selalu kita menyedekahkannya ke kedai kedai membaiki peralatan tsbt
sebab tak mampu bayar upah lepas hantar untuk dibaiki
ataupun
 kita akan membuangkannya ke dalam tong sampah


tapi sebelum kita buang
fikir dulu!
sebenarnya ramai yang lupa tentang sesuatu perkara
mungkin kita terlampau kaya
atau
kita malas berfikir
contoh
selalunya radio yang rosak, kita terus jek buang
padahal yang rosaknya sket jek
padahal speaker dan soket dia kita boleh guna lagik
bukak...ambil...simpan...


kipas pulak
biasanya rosak tang motornya saja
tapi bilahnya kita boleh guna lagi
soketnya pun boleh guna lagi
 bukak..ambil...simpan.... 
iron atau seterika ni pun selalu ada yang rosak
kepanasan yang melampau dan tak terkawal hingga makan baju
tapi sebelum buang,, soket dia berguna lagi
bukak....ambil....simpan......

blender pun sama
kekadang motor jek rosak dan tak boleh pakai
tapi dia punya 'jug', pemutar kat bawah jag dan soket still boleh guna
bukak...ambil.....simpan.... 
rice cooker pon sama
rosak cuma dia punya 'sarang' ajek
dia punya periuk, penutup dan soket boleh guna lagik
bukak....ambil...simpan....

washing machine aka mesin basuh pun kerap rosak
tapi dia punya soket boleh guna lagi
kekadang peralatan eletrik ni
fius saje rosak
so sebelum buang check la dulu...

bukak..ambil...simpan
kot kot benda tu boleh kita guna
pada waktu kita perlukannya
.
..
.
habisss

12 January, 2011

Hari ini hari Rabu


hari ni tak pergi opis
so, aku amik kesempatan
pergi la renew roadtax motorku yang mati Dec2010 yang lepas
karang kalau tak buat hari ni
memang sampai ke sudah takkan renew dah
sebab sikap JINKAMEN yang tak boleh diubah
adalah sikap suka menangguhkan kerja
dan sikap 'takpe', 'biar dulu la'
(ada sesape ada tips tolonglah bagi sebelum kritikal)
mula-mula
aku pergi buat insuran dulu
kompeni ni duk atas Pejabat Pos Kg Subang jek
senang, lepas buat insurans terus turun bawah
buat roadtax..

aku terperanjat sebab jumlah pembayaran yang perlu aku bayar
untuk moto kecikku itu adalah RM172.80 bezanya seploh ringgit jek dengan tahun lepas
kak, apsal mahal sangat?
encik nak cover berapa RM kat motor ni?
amik paling minima yang boleh la..
ermm jap..(dia tengok semula kat pc)
Ok, RM165.50 sen
huh..mahal lagik la kak...takpe la..saya buat kat tempat lain jek laaa (sambil hulur tangan ikut kaunter mintak balik geran, kira kira macam merajuk la)
jap jap..(kelihatan seolah-olah mengira lagi kat pc)
ok..saya boleh bagi RM103.80
tadi kenapa tak boleh?
err..tadi insuran KURNIA, ni saya pakai insuran Takaful.....
......

setelah bayar jumlah tersebut
terus turun ke tingkat bawah
untuk ke pejabat pos

 kat sini pejabat pos tak la besar
tapi selalu sangat ada orang
tapi tak la ramai
tadi aku dapat selang 13 orang jek
kira-kira setengah jam jugak laa menunggu
setelah siap urusan di pejabat pos
aku singgah di car wash untuk basuh kete pulok

teringat entry RusliSuphian
pasal carwash guna sabun pencuci kain
aku pun usha jugak la dekat dekat situ
kot kot terjumpa kotak/beg plastik jenama pencuci kain
sebelum gi minum kat depan kedai tsbt
tapi tak terjumpe pulok
cuma ada, gelen dan tong plastik berisi cecair pencuci ada la
 mungkin kedai ni pakai sabun pencuci kereta betul kot
tapi
dulu aku pun pernah nampak
semasa pergi hantar keretaku untuk dicuci 
kejadian dimana seorang pekerja kat carwash ni
kat area petronas Danau Kota KL
sorok sorok sabun jenama DAIA kat stor diorang
aku tegor diorang..tergagap gagap nak jawab
last last aku amik kunci terus blah jek

Senyumlah kamu sebelum kamu disenyumkan

mulakan hari anda dengan senyuman
walau apa pun terjadi pada hari ini
samada perkara baik ataupun buruk
cubalah senyum
bukan untuk orang lain
tapi untuk diri sendiri




.
..
.
senyum sokmo

11 January, 2011

hari ni 11.1.11


pagi tadi,
sebelum ke tempat bertugas
berhenti makan di kedai tepi jalan

kedai taktau nama
salah satu tips untuk memilih kedai
yang ada makanan & servis sedap
cari kedai yang kereta banyak parking depan kedai
dan pastinya kedai tu ramai orang  

ramai orang, ramainya orang

perkena nasi lemak + ayam rendang
dan semestinya teh tarik

Nasi  Lemak Buah Bidara
baru berharga rm7 untuk  makan berdua
kira murah lagik dari makan pagi kat KL


depan LTA Melaka
hari ni kerja separuh hari jek kat Melaka
sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan
maka ditangguhkan pada suatu masa kelak

untuk memenuhi masa terluang
pada mulanya
ingin ke bandar melaka untuk naik
perahu mengelilingi bandar melaka

dari google
atau
menaiki kenderaan 2alam ni

dari google
tapi desebabkan tiada mood dan tiada duit
maka balik ke KL la jawapannya
dan pukul 5 aku berada di rumah
untuk update blog
.
..
.
habiss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...