Followers

15 January, 2011

Hari Tanpa Beg Plastik

Petang tadi pergi ke Pasaraya 99
membeli barang rumah yang kehabisan
siap mengambil barang
beratur untuk membayar
cik cashier bertanya
nak plastik?
kena bayar ke?
kena bayar 20sen untuk satu plastik
ermm...takpe la, saya dah ada plastik dalam kereta

kepada sesiapa yang belum tahu
dimaklumkan bahawasanya
pada setiap hari SABTU
semua Pasaraya di semua negeri di MALAYSIA akan menguatkuasakan
hari Tanpa Plastik

sekiranya ingin atau nak jugak
anda terpaksa membayar 20sen
ini adalah semata-mata untuk menyelamatkan bumi kita

bumi yang kita duduk ni wajib kita jaga
sebab nak diwariskan kepada anak cucu cicik kita
kalau tak sekarang  bila lagi nak bermula

kalau nak senang waktu membeli belah esok esok
sediakan beg kain kat dalam kenderaan kita
tapi ada gak pasaraya yang prihatin
menyediakan kotak untuk angkut barang-barang belian
tapi sebilangan jek la
teringat waktu kecik dulu
ada cerita kapten Planet
ceritanya  berkisar tentang perlunya jaga BUMI kita ni
Your Future Is Yours
katanye
hehehehe

mesti ada pro dan kontra dalam perkara ni kan
kalau ada meh kita bincangkan

5 comments:

Jejaka Desa said...

Untung deme jual beg plastik la nampok gaye nye

kakcik said...

Kakcik selalu mengelak untuk shopping sakan pada hari Sabtu. :)

jinkamen said...

JD
tadi koi tengok semacam jek orang amk beg plastik te. ye le dah kale beli mende banyak yg kecik kecik macam 5 tin susu ke, mane gaya nok bawok pakey tangan te

Kakcik
tu la..saya pulok asyik terlupe jek ari sabtu takde beg plastik, kalau rumah depan pasaraya mahunya saya bawak balik troli pasaraya tuh ke rumah..

sissyira said...

salam

tak pasal2 supermakret boleh dapat untung hari sabtu. kalau i peniaga, i nak setiap hari hari sabtu..hehehe

JiNkaMen said...

sissyira
waalaikummussalam...tapi sissyira, menurut kata tokey supermakret yang saya wawancara diorang rugi, sebab setiap hari sabtu kekurangan pelanggan adalah jatuh sebanyak hampir 60%. ramai taknak beli pada hari sabtu. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...