Followers

09 January, 2011

Malam Jumaat Yang Berhantu

Imej hantu pada malam Jumaat


GAMBAR yang dirakam sendiri oleh Safura di rumah datuknya di Mersing baru-baru ini jelas menunjukkan kemunculan imej lembaga hitam di belakangnya.


MERSING - Keasyikan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri menggunakan telefon bimbit baru-baru ini rupa-rupanya meninggalkan igauan yang berpanjangan.
Manakan tidak, akibat perbuatan itu, Safura Zakaria, 19, turut terakam imej aneh seperti wanita tanpa wajah dengan pakaian serba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu.
Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat.
"Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu.
"Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di bela- kang saya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Sumber : KOSMO Online
Kata JINKAMEN: Hantu nak bergambar jugak la tuh

7 comments:

kakcik said...

Sesekali dia hendak juga dilihat.. :)

Nur Ezzat said...

takutnye~

Eri-chan said...

popular dah hantu tu masuk blog jinkamen..kekekeke..
ei kita suka gak amik gambar sendiri2 ni..huuu takot gak kalau dia nak tumpang sama...

Jejaka Desa said...

Dia nok berodong ter.Hati2 la weh.

Cik SHiNJU said...

Adehh la...
Koi mintok2 jgn la kena gini..
Koi ni penakut weh..

azman JINKAMEN said...

kakcik
sesekali dia nampak diri dia tuh yang terkencing kalau nampak tuh...saya tak pernah lah nampak tapi terasa-rasa kehadirannya tu ada la

Nur Ezzat
kalau duk sorang-sorang memang takut..berdiri bulu romaa ku hehehe

Eri-Chan
hahaha..lepas ni berjaga-jaga laa..selalunye orang yang takut dia datang..hihihihi

JD
nak berodong hala kebaikan takpe la weh..karang buatnya macam cerita Jangan Pandang Belakang tu..naya gak

Cik Shinju
ooo..orang penakut lagi dia suka...hati hati laa..tengok tengok la kat belakang tuhhh..hehehe


**JINkamen teringat babak Ruminah Sidek (mak mah) dalam file JPB tegor benda tuh suruh naik masuk dalam rumah..

Nur Ezzat said...

hahaha.lepas nii da tak mo amek gambar lagik..hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...