Followers

17 January, 2011

Pengantin Baru Hilang

Pengantin baru hilang

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
SUNGAI PETANI: “Saya dan isteri (Muzalifah) tiada sebarang perselisihan faham, apatah lagi kami berdua baru saja berkahwin awal Disember lalu,” kata Hidayat Hasan Saari, 25, suami kepada Muzalifah Md Isa, 23, yang menghilangkan diri sejak awal bulan ini.
Hidayat yang bertugas sebagai anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berpangkalan di Bintulu, Sarawak, berkahwin dengan Muzalifah dari Sungai Gelam, Merbok, dekat sini pada 6 Disember lalu.

Katanya, isterinya tinggal bersama ibu bapanya dan dia terkejut apabila diberitahu bapa mentuanya Muzalifah keluar dari rumahnya membawa beg pakaian dengan alasan mahu mencari kerja di Alor Setar pada 1 Januari lalu.
Katanya, sebelum itu kira-kira jam 11 pagi hari sama, isterinya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menyatakan hasrat hendak ke Johor bagi memulakan kehidupan baru.

“Dia memohon maaf dan meminta saya menghalalkan makan minumnya selama kami hidup bersama. “Saya sangat terkejut kerana sebelum itu isteri begitu mesra dan manja dengan saya ketika menghubunginya pada 31 Disember lalu.

“Saya cuba menelefonnya berulang kali, namun gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan. Saya tidak menyangka sama sekali Muzalifah keluar daripada rumah keluarganya tanpa memberitahu ke mana dia pergi.

“Itulah mesej terakhir daripadanya dan selepas itu tiada berita malah usaha mencari oleh keluarganya di rumah saudara serta rakan gagal menemuinya,” katanya.

Hidayat berkata, dia segera pulang dari Bintulu pada 4 Januari lalu bagi mencari isterinya, namun gagal menemuinya sehingga ke hari ini.
“Mungkin dia kecil hati kerana saya tidak membawanya pulang ke Bintulu selepas kami berkahwin selain tertekan kerana diberhentikan kerja pada hujung tahun lalu.

“Bukan saya tidak mahu membawanya tinggal di Bintulu, tetapi saya mahu membuat sedikit kejutan, sebab itu saya tidak memberitahunya terlebih dahulu, tetapi tidak menyangka ini yang berlaku.

“Saya merayu supaya dia segera pulang ke pangkuan saya dan saya minta maaf jika ada salah faham sehingga dia berkecil hati,” katanya.

Berikutan itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Sungai Petani mengenai kehilangan Muzalifah.

Mereka yang mengetahui atau ternampak Muzalifah diminta menghubungi Hidayat di talian 017-4780813 dan bapanya, Md Isa Samsudin di talian 019-5693203 atau balai polis berhampiran.

sumber: MyMetro

Kata JINKAMEN : Macam-macam sekarang, semua berkenaan dengan terasa hati dan sakit hati. maka marilah ramai ramai kita jaga HATI kita dan Hati orang lain :)


11 comments:

Qaseh chenta said...

zaman skrg kecik ati sikit lari rumah...ade prob sikit lari.....
macam mn nk setel ......mcm2 zaman skrg nih...

♥ manje ♥ said...

salam

um macam2 kan skrg ni... banyak2 bersabar sepatutnya... sebab bukan boleh selesaikan pon masalah tu kalau larikan diri... kena bawak berbincang... jangan cepat sangat terasa hati ke apa... ~

AzMask said...

len kali terus bawak tinggal bersama. tak kesah ler walau pun tidur bertilamkan tikor getah.

si isteri pown satu.. tak baik tau.. dosa besar tu.. boleh jadi nusyuz. Main lari2 sesuka hati jek. ingat tu boyapren ker hape?

cepat balik rumah.. kontek balik suami tu & mintak ampun. pastu g ikut suami tu.

@cu SaYaNg said...

uiks...macam tu punye kes pun ada??
semoga acu dijauhkan dari sifat2 macam tu..amin...

jinkamen said...

Qaseh chenta
tu la..skrang ni cepat sgt nak buat perkara tanpa fikir akibatnya..last last sekali semuanya malu sebab dah tersebar satu dunia..nak letak mana muka..lagi la bermasalah

(love)manja(love)
betul tuh..tapi sepatutnya suami tuh kena amik tau lebih pasal isterinya itu. takkan dah lama bercinta taktau masalah sang isteri

AzMask
tu la pasal skrang ni nak kawin jek nak semuanya elok belaka macam dlam filem atau drama..dia taktau suami dia dah miskin sebab bayarkan masjlis kenduri yang grand grand tuh..hehehe

@cu SaYaNg
macam macam ragam sebenarnya acu. tapi menda menda camnih semua boleh selesai dengan ada sikap sabar, berbincang dan jangan amik tindakan melulu.

azieazah said...

Ekkk elehhhh... 25 tahun tapi prangai macam budak 5 tahun.
Majuk mengkut skit nak lari... Tak matang.

apapun semoga dapat dijernihkan kembali, dan menjadi pengajaran bersama.

Sedangkan lidah lagi tergigit.

relevan said...

Pengantin hilang?..p cari cepat nanti tak jumpa tak boleh kawen..

AzMask said...

en Relevan.. hehehe si suami leh kawin lain... hehehe... nanti nyosal tak guno..

JiNkaMen said...

aziezah
ni lidah pendek ke lidah panjang..sebab selalu tergigit mesti lidah panjang..hehehe

releven
kene tanam cip GPS kat orang malaysia skrang nih..senang nak cari kalau hilang..pastu bila keluar suratkhabar kata keluarga mencari dan ada yang sakit tenat baru la nak balik...'paper' suke la lak buat pisang panas pasal berita camnih

AzMask
tak guna la kalau asyik kawin lari..kawin lari...lari kawin :)

si para para said...

kesiannya..baru kawin dah jadi macam ni..hmmm

Jejaka Desa said...

Cer dapat ke puncenye ter...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...