Followers

28 February, 2011

Bayaran Saman di saat akhir (28 Februari 2011)


sumber: google
Hari ini adalah hari last pembayaran saman tertunggak dan juga hari terakhir diskaun terhadap saman lalulintas (langgar tak dikira) lalu pukul 12pm tadi aku pun pergilah  menyertai orang ramai membayar saman. bukan saman kereta aku sendiri, kereta aku dah aku settlekan melalui pembayaran MyEG pada tahun lepas lagi, tapi ini adalah kereta kompeni yang aku pandu hehehe

mulanya aku pergi ke Balai Polis Jalan Bandar untuk meninjau keramaian orang disana, memang tepat jangkaan, banyak motor/kereta orang yang nak bayar saman di tepi jalan depan balai tersebut, tanpa berhenti aku terus ke Balai Polis Bukit Aman. Keadaan sama di sana, banyak kereta dan motor diparking sesuka hati di depan balai polis tersebut sehinggakan ada polis trafik menyaman kenderaan tersebut, bertempiaran lari orang yang sedang beratur untuk bayar saman menyelamatkan kenderaan masing-masing kerana takut saman bertambah thethethethethehte..

setelah aku parking kudaku ditempat selamat, dikunci maka aku pun masuk dengan bergaya ke dalam balai tersebut, berasak-asak, memandangkan badanku sasa, maka aku diberi ruang hakhakhak

aku bernasib baik beratur orang yang ke 79 (didepan pintu balai) kerana orang yang mengalihkan kenderaan masing-masing tadi terpaksa beratur semula dibelakangku maka bertambah panjanglah barisan tersebut hingga ke luar. aku bertanya seorang abang (berumur lebih kurang 50an) didepanku perihal beratur tersebut

err..assalammualaikum bang! beratur ni nak ambil nombor giliran ye?
emm.. (gaya malas nak bercakap) ..beratur panjang ni tak payah ambil no, terus ke kaunter, kalau nak ambil no kena beratur kat sana, dan kene tunggu dipanggil laa...
abang disebelah tu menyampok
ramai yang bertanya...nanti jenuh nak terang satu satu nihh..(ingat kaunter pertanyaan ke..maybe maksud cakap dia..)
lepas ni ada yang tanya aku nak diam dah ..jawab abang depanku
(dalam hati ku, engkau tolong orang, kau dapat pahala...janji ikhlas liLLAHitaala)

tetiba ada sorang brader nak lalu, disebabkan sesak dengan orang ramai berhampiran pintu keluar tersebut, aku pun bagi ruang ke depan, dan brader tersebut lalu dibelakangku...tiba-tiba

bro..ni ada satu no giliran..ambik laa
aku tengok no pada resit tersebut...385...
terima kasih..
it's ok..dia blah tersenyum dengan menepuk bahuku
aku tengok no di kaunter 372...
subhanaLLAH...


ringkasnya...aku dapat menyettlekan saman tersebut dengan duduk kat sana dalam 45minit. aku tengok pada resit no giliran tersebut masa dikeluarkan pada pukul 0845 dah jarak waktu aku menunggu di sana pada pukul 1230pm...bayangkan betapa lama..


moral of the story: jangan lewat bayar saman ..hehehe
p/s: tapi ada jurugambar berita (ntah TV apa ntah) ambil gambar dalam balai tersebut, 2-3 kali jugalah dia ambil gambar aku, kalau bernasib baik ada keluar dalam berita TV la malam nih! ☺

25 February, 2011

Serangan gengster Kuantan


Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM

berita@Kosmo.com.my





BEGINILAH keadaan seorang lelaki yang parah ditetak dan dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 kelmarin.

KUANTAN – Penduduk di Taman Tunas Jaya 5 di sini gempar kelmarin apabila menyaksikan seorang lelaki diserang ala mafia oleh dua gengster bersenjatakan sebilah parang panjang hingga mengakibatkan tangannya hampir putus manakala keting kaki kanannya pula parah ditetak.

Kejadian menggemparkan di Lorong Air Putih 106 itu berlaku pada pukul 5 petang apabila pekerja kedai menjual makanan sejuk beku berusia 33 tahun diserang oleh dua lelaki berkulit gelap di depan rumahnya.
Difahamkan, polis percaya serangan ganas itu dilakukan bertujuan hendak membunuh mangsa tetapi pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian sama ada disebabkan dendam.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Talib, 35, memberitahu, dia tergamam melihat bagaimana mangsa ditetak menggunakan parang panjang sebelum dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki dua suspek.

Katanya, mangsa yang bekerja di Semambu di sini telah ditetak oleh salah seorang suspek hingga mengakibatkan tangan kanannya hampir putus dari paras siku

sumber : KOSMO

Kata JINKAMEN : Fuhh! dasyatt...amat dasyat

22 February, 2011

MS garden Kuantan

Hari ni, hari kedua kat MS Garden Kuantan.
Nak perabiskan seminggu kat sini.

19 February, 2011

Tengah tido tadi, saya...


Tengah tido pagi tadi, 
kaki kene muscle cramp terus bingkas bangun
dan cuba capai ibu jari kaki untuk tarik ke atas...
dua tiga kali percubaan baru berjaya

ini kali ke 3 seumur hidup aku kena cramp nih. 
kat pahang orang gelar ulor-ulor
kat belah utara orang panggil mengkarong pe ntah...

sakit gak betih ni semasa kena nih
sampai terhencut-hencut gak la
lepas 15minit baru hilang
lupe nak sapu minyak panas kat situ

sebab apa terjadi yek..salah tido ke..keadaan suhu ke...
atau sebab ,makan kueh chakoi petangsemalam banyok sangat..hehehe

18 February, 2011

HONDA CBR 250 di Malaysia

Honda sasar jual 200 unit CBR250R

Oleh Gaddafi Musli
gaddafi@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BERKUASA TINGGI...Honda CBR250R bakal menjengah pasaran awal bulan depan.
BERKUASA TINGGI...Honda CBR250R bakal menjengah pasaran awal bulan depan.
BOON Siew Honda Sdn Bhd menyasarkan jualan tahunan sebanyak 200 unit bagi motosikal berkuasa tinggi Honda CBR250R yang baru dilancarkan semalam.
Ketua Pengarah Pemasarannya, Hitoshi Yamazaki berkata model 250cc itu mula diperkenalkan pada Oktober tahun lalu dan dijangka mengukuhkan lagi penguasaan pasaran motosikal keluaran syarikat permotoran terunggul tanah air itu.

“Model ini dikeluarkan berikutan permintaan tinggi terhadap motosikal berkuasa tinggi terutama model CBR dan saya yakin ia akan mendapat sambutan yang baik di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran di Litar F1 Sepang, semalam.
Yamazaki berkata, model motosikal itu akan berada di pasaran mulai bulan depan dengan harga RM18,799 seunit bagi model standard dan RM21,799 bagi model ABS.

Menurutnya model CBR ini turut dilengkapi dengan sistem ABS yang berupaya membantu penunggang mengawal sistem brek, menjadikannya model motosikal 250 cc pertama di dunia dilengkapi dengan sistem itu.

“ABS diperkenalkan dalam model CBR250R ini bagi memenuhi kepuasan pelanggan disamping meningkatkan kecekapan dan tahap keselamatan penunggang,” katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Shoichi Harada.
sumber: MyMetro

Kata JINKAMEN:  tadi call Kapar Motor dan Welly Motor, saje usha harga, diorang cakap harga OTR tambah dalam RM2k..bawah dari RM20K la sebijik motor. Down-payment  RM6000.00, bayaran bulanan RM400 sebulan selama 5 tahun...Tunggu umur 55 tahun la dapat KWSP baru beli bayar cash..heheheh

17 February, 2011

Movie: The Mechanic





Filem arahan Simon West (pengarah Con-Air)  dan  Lakonan mantap Jason Statham,  Ben Foster and Donald Sutherland.

Jason Statham sebagai Arthur Bishop watak hero dalam filem ini, heroin takde tau, sesiapa yang suka tengok filem Transpoter tuh memang takkan lepas nak tengok aksi dia ni dalam filem The Mechanic.

filem mengisahkan seorang pembunuh upahan yang kiranya terhandal dalam membunuh berdasarkan upahan dan permintaan dari Orang yang  membayarnya, kira macam pekerjaan tetapnya la nih. cerita ni berjalan cepat dan lancar dan senang difahami. kalau nak kencing tu baik ke toilet awal awal takut terlepas babak yang best dah mencemaskan.
Si hero telah dipermainkan oleh orang mengupahnya sehingga dia percaya apa yang diberitahu dan sanggup membunuh mentornya Harry McKenna lakonan Donald Sutherland. sebab rasa bersalah, dia train lak anak si Harry McKenna iatu Steve untuk menjadi pembunuh upahan profesional dan menjadi partnernya dalam membunuh nih. Si Steve tak tau yang si Bishop tu yang  membunuh bapaknya sehinggalah nak habis filem baru tahu.

cerita ni ganas dan brutal sedikit, sebab tu umur 18tahun tak dibenarkan menonton di panggung wayang kecuali di luar panggung diboleh kan :)

Babak paling best adalah diakhir sekali dimana, Steve Mckenna telah membunuh Athur Bishop kerana dia dapat tahu si athur ni lah yang membunuh bapak kesayangannya iaitu Harry McKenna lakonan Donald Sutherland  tetapi sebenarnya si hero lebih bijak dari anak didiknya itu..mana boleh anak murid nak lawan anak murid kan..hahaha

Bintang Oleh Jinkamen : 7/10

10 February, 2011

sakit tekak

hari ni, hari yang ke 6 sakit tekak hari yang paling teruk adalah hari kelmari terus takde suara 1 botol ubat batuk minyak gamat, 1 botol ubat batuk cap kelapa laut afrika dan setengah botol ubat batuk herba klinik panel dah aku tegok, masih lagi suara angsa dan ala ala ramli sarip lagik
malas nak pergi klinik panel sebab kalau pergi pon akan beri ubat batuk ngan antibiotik jek pastu charge lebih rm30.kalau beli ubat batuk kat farmasi baru tak sampai rm12. jimat sket maybe boleh guna untuk yang lain esok hari. lemahnya kalau sakit tekak ni kalau ada mesyuarat dan kena bagi briefing lah..dah takde suara pastu kekadang batuk batuk.

Ada terbaca petua nak hilangkannya dengan makan aiskrim yang bekrim tu, dah mencuba tetapi tahan sekejap jek. AzMask pun dah buatkan air asam jawa, tapi still tak pulih lagik.

08 February, 2011

apa kata Horoscope


Hi Azman! Here is your Daily Horoscope for Tuesday, February 8
Your emotional side is all too easily riled up today, so you may want to avoid potentially explosive situations. Your energy is great for big fights, so if one needs to happen, get into it soon!
Yesterday
Did yesterday's scope hit the mark?
 
 



Tomorrow
What does the future hold?




baca
baca boleh percaya jangan! ☺

07 February, 2011

SOS yang Expired

Tadi sarapan di gerai nasik goreng di lorong kat JRC
makan  nasik goreng ayam (atau nasik ayam goreng?)
Seperti biasa la,
bila makan camnih mesti aku mintak cili sos
maka dapatlah cilisos camnih
maka aku teruslah curah di piring kecik yang ku letak ayam
selalunya ayam tu terus letak dalam nasi
tapi setelah memicit botol isian sos tersebut\
yang keluar bukannya kaler merah cili
tetapi kaler seakan pink/merah+putih
yarghhh....
terus aku memanggil tokey kedai tersebut

akak nampak tak apa ni?
sori dik...tak boleh makan dah sos ni..nanti tukar baru..
dah tak boleh makan apsal letak kat meja makan nih..
maaflah dik, diorang nih tak ganti sos ni..dah expired dah ni
saya nak akak ambil balik ayam ni..ganti ayam baru..pastu saya nak cili sos dalam botol punya..bukan botol isian semula ni..
ok..ok..dik..akak mintak maaf noo...

maka aku dapatlah ayam dan botol sos baru...terfikir lak..bila laa last diorang basuh dan tukar sos dalam botol isian semula tuh...ntah ntah main topup jek tanpa membuang sisa sisa sos lama dalam tuh...lepas ni tobat laa tak makan sos dalam botol isian tuh..

05 February, 2011

Menjadi Pemandu


perjalanan 5hari4malam berjarak 1600km, 
bayaran tol sebanyak RM170 
dan penggunaan petrol sebanyak RM280
perjalanan dari
kl- temerloh - KL -kuala Perlis - Langkawi - Padang Besar - Penang - 
Taiping - cameron Highlands - Sg Koyan - Bentong -  Jengka - KL
 amat memenatkan tetapi hati gembira
kerana membawa orang-orang tercinta 
alhamduliLLAH semuanya selamat 
dan apa yang dirancang menjadi kenyataan. 
syukur :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...