Followers

28 February, 2011

Bayaran Saman di saat akhir (28 Februari 2011)


sumber: google
Hari ini adalah hari last pembayaran saman tertunggak dan juga hari terakhir diskaun terhadap saman lalulintas (langgar tak dikira) lalu pukul 12pm tadi aku pun pergilah  menyertai orang ramai membayar saman. bukan saman kereta aku sendiri, kereta aku dah aku settlekan melalui pembayaran MyEG pada tahun lepas lagi, tapi ini adalah kereta kompeni yang aku pandu hehehe

mulanya aku pergi ke Balai Polis Jalan Bandar untuk meninjau keramaian orang disana, memang tepat jangkaan, banyak motor/kereta orang yang nak bayar saman di tepi jalan depan balai tersebut, tanpa berhenti aku terus ke Balai Polis Bukit Aman. Keadaan sama di sana, banyak kereta dan motor diparking sesuka hati di depan balai polis tersebut sehinggakan ada polis trafik menyaman kenderaan tersebut, bertempiaran lari orang yang sedang beratur untuk bayar saman menyelamatkan kenderaan masing-masing kerana takut saman bertambah thethethethethehte..

setelah aku parking kudaku ditempat selamat, dikunci maka aku pun masuk dengan bergaya ke dalam balai tersebut, berasak-asak, memandangkan badanku sasa, maka aku diberi ruang hakhakhak

aku bernasib baik beratur orang yang ke 79 (didepan pintu balai) kerana orang yang mengalihkan kenderaan masing-masing tadi terpaksa beratur semula dibelakangku maka bertambah panjanglah barisan tersebut hingga ke luar. aku bertanya seorang abang (berumur lebih kurang 50an) didepanku perihal beratur tersebut

err..assalammualaikum bang! beratur ni nak ambil nombor giliran ye?
emm.. (gaya malas nak bercakap) ..beratur panjang ni tak payah ambil no, terus ke kaunter, kalau nak ambil no kena beratur kat sana, dan kene tunggu dipanggil laa...
abang disebelah tu menyampok
ramai yang bertanya...nanti jenuh nak terang satu satu nihh..(ingat kaunter pertanyaan ke..maybe maksud cakap dia..)
lepas ni ada yang tanya aku nak diam dah ..jawab abang depanku
(dalam hati ku, engkau tolong orang, kau dapat pahala...janji ikhlas liLLAHitaala)

tetiba ada sorang brader nak lalu, disebabkan sesak dengan orang ramai berhampiran pintu keluar tersebut, aku pun bagi ruang ke depan, dan brader tersebut lalu dibelakangku...tiba-tiba

bro..ni ada satu no giliran..ambik laa
aku tengok no pada resit tersebut...385...
terima kasih..
it's ok..dia blah tersenyum dengan menepuk bahuku
aku tengok no di kaunter 372...
subhanaLLAH...


ringkasnya...aku dapat menyettlekan saman tersebut dengan duduk kat sana dalam 45minit. aku tengok pada resit no giliran tersebut masa dikeluarkan pada pukul 0845 dah jarak waktu aku menunggu di sana pada pukul 1230pm...bayangkan betapa lama..


moral of the story: jangan lewat bayar saman ..hehehe
p/s: tapi ada jurugambar berita (ntah TV apa ntah) ambil gambar dalam balai tersebut, 2-3 kali jugalah dia ambil gambar aku, kalau bernasib baik ada keluar dalam berita TV la malam nih! ☺

4 comments:

Nama saya Mastora said...

ikhlas Lillahitaala.. itu pengajaran pertama

Lain kali bawak keta ikut law.. itu pengajaran ke2

Tak sayang duit sungguh.. itu pengajaran ke3

Duit tu bukan rezeki kita.. itu pengajaran ke4

Bayor atas bayor lepas ni.. itu pengajaran ke5

jinkamen said...

Nama saya Mastora Bukan Maslinda
pengajaran 1 hingga 4 is okeh
pengajaran 5 tu macam ada 'bunga' jekk

macam ku kenal orang ini tapi dimana yaaa...

relevan said...

Ramai yang suka bayar saat akhir..seronok berbaris ramai ramai agaknya..

jinkamen said...

releven
hahaha...ada suka ada duka
ada yang tersenyum ada mencuka
didalam hati tak tau kata apa
abis bayar saman baru rasa bahagia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...