Followers

18 February, 2011

HONDA CBR 250 di Malaysia

Honda sasar jual 200 unit CBR250R

Oleh Gaddafi Musli
gaddafi@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BERKUASA TINGGI...Honda CBR250R bakal menjengah pasaran awal bulan depan.
BERKUASA TINGGI...Honda CBR250R bakal menjengah pasaran awal bulan depan.
BOON Siew Honda Sdn Bhd menyasarkan jualan tahunan sebanyak 200 unit bagi motosikal berkuasa tinggi Honda CBR250R yang baru dilancarkan semalam.
Ketua Pengarah Pemasarannya, Hitoshi Yamazaki berkata model 250cc itu mula diperkenalkan pada Oktober tahun lalu dan dijangka mengukuhkan lagi penguasaan pasaran motosikal keluaran syarikat permotoran terunggul tanah air itu.

“Model ini dikeluarkan berikutan permintaan tinggi terhadap motosikal berkuasa tinggi terutama model CBR dan saya yakin ia akan mendapat sambutan yang baik di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran di Litar F1 Sepang, semalam.
Yamazaki berkata, model motosikal itu akan berada di pasaran mulai bulan depan dengan harga RM18,799 seunit bagi model standard dan RM21,799 bagi model ABS.

Menurutnya model CBR ini turut dilengkapi dengan sistem ABS yang berupaya membantu penunggang mengawal sistem brek, menjadikannya model motosikal 250 cc pertama di dunia dilengkapi dengan sistem itu.

“ABS diperkenalkan dalam model CBR250R ini bagi memenuhi kepuasan pelanggan disamping meningkatkan kecekapan dan tahap keselamatan penunggang,” katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Shoichi Harada.
sumber: MyMetro

Kata JINKAMEN:  tadi call Kapar Motor dan Welly Motor, saje usha harga, diorang cakap harga OTR tambah dalam RM2k..bawah dari RM20K la sebijik motor. Down-payment  RM6000.00, bayaran bulanan RM400 sebulan selama 5 tahun...Tunggu umur 55 tahun la dapat KWSP baru beli bayar cash..heheheh

7 comments:

kakcik said...

Mahalnya!

♥ manje ♥ said...

kalau dah minat... mahal pon nak beli gak huhu ~

cikceriacorner said...

bestnye..nak satu?heheh

Cik SHiNJU said...

Salam...

Aok umur 55thn sok dah kuor model lain ngn harga 10x ganda..huhu..

JiNkaMen said...

kakcik
tu baru harga..blom masuk roadtax ngan mentenen dia lagikk...huhuhu :(

manje
minat memang le..tapi tepuk poket tanya isi ada tak untuk makan sebulan punye...makan loti looo..hehehe

cikceriacorner
bolehh..nanti beli replika punyee hehehe

Cik SHiNJU
tu la pasal...kalau camtu beli yang harga lebih kurang dengan harga rumah atau kereta arr...model tak kisah dah...nampak cam orang mude jek..bile bukak helmet baru tau taraf datuk dah hehehe..kepala botak perut buncitt

ozzy said...

salam..

Downpayment rm6000..monthly 400?..hmmm

Jas said...

Mmg mahal. Nak buat camne. Tax kerajaan sampai 200% so 3 kali ganda dari harga asal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...