Followers

17 February, 2011

Movie: The Mechanic





Filem arahan Simon West (pengarah Con-Air)  dan  Lakonan mantap Jason Statham,  Ben Foster and Donald Sutherland.

Jason Statham sebagai Arthur Bishop watak hero dalam filem ini, heroin takde tau, sesiapa yang suka tengok filem Transpoter tuh memang takkan lepas nak tengok aksi dia ni dalam filem The Mechanic.

filem mengisahkan seorang pembunuh upahan yang kiranya terhandal dalam membunuh berdasarkan upahan dan permintaan dari Orang yang  membayarnya, kira macam pekerjaan tetapnya la nih. cerita ni berjalan cepat dan lancar dan senang difahami. kalau nak kencing tu baik ke toilet awal awal takut terlepas babak yang best dah mencemaskan.
Si hero telah dipermainkan oleh orang mengupahnya sehingga dia percaya apa yang diberitahu dan sanggup membunuh mentornya Harry McKenna lakonan Donald Sutherland. sebab rasa bersalah, dia train lak anak si Harry McKenna iatu Steve untuk menjadi pembunuh upahan profesional dan menjadi partnernya dalam membunuh nih. Si Steve tak tau yang si Bishop tu yang  membunuh bapaknya sehinggalah nak habis filem baru tahu.

cerita ni ganas dan brutal sedikit, sebab tu umur 18tahun tak dibenarkan menonton di panggung wayang kecuali di luar panggung diboleh kan :)

Babak paling best adalah diakhir sekali dimana, Steve Mckenna telah membunuh Athur Bishop kerana dia dapat tahu si athur ni lah yang membunuh bapak kesayangannya iaitu Harry McKenna lakonan Donald Sutherland  tetapi sebenarnya si hero lebih bijak dari anak didiknya itu..mana boleh anak murid nak lawan anak murid kan..hahaha

Bintang Oleh Jinkamen : 7/10

2 comments:

siti murni said...

Adess...lama jugak dah tak gi tengok movie...huhu

cikceriacorner said...

best gak cite ni..bleh tgk ni..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...