Followers

25 February, 2011

Serangan gengster Kuantan


Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM

berita@Kosmo.com.my





BEGINILAH keadaan seorang lelaki yang parah ditetak dan dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 kelmarin.

KUANTAN – Penduduk di Taman Tunas Jaya 5 di sini gempar kelmarin apabila menyaksikan seorang lelaki diserang ala mafia oleh dua gengster bersenjatakan sebilah parang panjang hingga mengakibatkan tangannya hampir putus manakala keting kaki kanannya pula parah ditetak.

Kejadian menggemparkan di Lorong Air Putih 106 itu berlaku pada pukul 5 petang apabila pekerja kedai menjual makanan sejuk beku berusia 33 tahun diserang oleh dua lelaki berkulit gelap di depan rumahnya.
Difahamkan, polis percaya serangan ganas itu dilakukan bertujuan hendak membunuh mangsa tetapi pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian sama ada disebabkan dendam.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Talib, 35, memberitahu, dia tergamam melihat bagaimana mangsa ditetak menggunakan parang panjang sebelum dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki dua suspek.

Katanya, mangsa yang bekerja di Semambu di sini telah ditetak oleh salah seorang suspek hingga mengakibatkan tangan kanannya hampir putus dari paras siku

sumber : KOSMO

Kata JINKAMEN : Fuhh! dasyatt...amat dasyat

9 comments:

AzMask said...

skang ni nyawa ibarat sampah jek yer.. tak suka kasi buang.. adoilahhh..

Jauhkanlah kita semua dari perkara2 buruk cenggini. Usahlah tiada beban bahu di galas.

Cik Embun said...

waaauuu dasyat.. tapi kawasan air putih tuh mmg cam seram ja pun... kui3~

jinkamen said...

AzMasK
masalahnya beban datang tanpa dipinta nih..macam takde undang2 kat malaysia nih..

Cik Embun
taktau masalah pe ni, samada masalah ALONG atau masalah cari gaduh atau lain lain..biar pihak berkuasa bertindak bersihkan dari sikap gengsterism nih

kakcik said...

Aduhai.. ngerinya... :(

URY said...

ish..ishhh ganas betul lah... ngeri.

nursesboyz said...

dasyhatnya...

Jejaka Desa said...

Mudoh amat sekarang yek.Tak puas hati libas ngan parang.Tak bayor utang along tebas batang leher.Pening kepale otok polis dibuatnye.

Sham said...

perghhh ni tahap2 young n dangerous betul...!harap dijauhkanlah benda2 camni...

jinkamen said...

kakcik
tokleh jadi ondscene laa kakcik..heheheh

URY
tu arr..dah macam dalam filem dah nih

nursesboyz
bayangkan kalau terjadi depan mata kita..apa yang kita nak buat yek??
saya ketar

JD
ntah la..koi harat mende ni tak berepisod...selalunye kat malaysia ni jenis berepisod espisod cerite te

Sham
betul tuh...moga malaysia ni sentiasa aman. harap PDRM lebihkan lagi kuatkuasa undang2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...