Followers

29 March, 2011

apa kata horoscope



Astrology.com
brought to you by
iVillage

Hi Azman! Here is your Daily Horoscope for Tuesday, March 29
A financial issue pops up today and might have you worried about the future -- but relax. As long as you address is forthrightly and make sure that you're more or less in the black, all will be well.
Yesterday
Did yesterday's scope hit the mark?
 
 



Tomorrow
What does the future hold?



24 March, 2011

Kena tembak sebab taknak cium

Warga tua tembak lelaki ‘jual mahal’

pix_gal0
Penyerang 92 tahun berang gagal goda jiran

ST PETERSBURG: Seorang wanita berusia 92 tahun yang gagal menggoda seorang lelaki lebih muda bertindak menembak jirannya itu.

Polis berkata, Helen Staudinger, mahu lelaki itu memberi ciuman dan berang apabila permintaannya tidak dipenuhi meskipun tahu jirannya itu sudah mempunyai teman wanita.
Wanita dari tengah Florida itu melepaskan tembakan empat kali menggunakan pistol separuh automatik ke arah jirannya yang berusia 53 tahun kerana enggan menciumnya, kata polis kelmarin.
“Jika kepala saya ke depan sikit tentunya peluru akan terkena belakang kepala saya. Tiga das tembakan terkena tepi rumah,” kata lelaki itu, Dwight Bettner yang mengakui hubungannya dengan Staudinger baik sebelum ini.

Staudinger dipenjara sehari selepas ditahan atas tuduhan melakukan serangan dengan senjata merbahaya dan menembak kediaman. Wanita itu juga dilaporkan menyasarkan kenderaan jirannya.

Laporan polis menyatakan, Staudinger memberitahu pihak berkuasa bahawa dia pergi ke rumah Bettner di Pelabuhan McCoy, Florida, dan enggan pulang sehingga lelaki itu menciumnya.

Apabila Bettner masih enggan lakukannya, mereka bertengkar dan Staudinger keluar dengan keadaan marah. Bettner berkata, tidak lama selepas itu, dia sedang berbual di telefon dengan bapanya apabila terdengar bunyi tembakan.
Satu peluru menembusi tingkap rumahnya dan dia terkena serpihan kaca. Bekas penguasa undang-undang itu berkata jiran warga emasnya itu nampak berminat dengannya sejak dia berpindah ke situ enam bulan lalu.

“Saya membantunya membuang sampah, hanya sebagai jiran. Saya rasa beliau ada tanggapan lain. Saya tidak sangka dia akan tembak saya,” kata Bettner.

Staudinger dikenakan ikat jamin berjumlah AS$15,000 (RM45,000) dan dilarang menghubungi atau mendekati Bettner. Dia juga menolak menerangkan kejadian berkenaan kepada media. – Reuters/Agensi


sumber : Berita Harian 


kata JINKAMEN: (gelak kuat) hahaha

20 March, 2011

TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)





Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.

Sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kini kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor.

Risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. Kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Faedah Perlaksanaan TAWAS 


Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

maklumat lanjut klik sini atau

17 March, 2011

suratkhabar eletronik

sekarang ni dah canggih
takyah beli paper kat kedai doh
boleh langgan, baca dari internet jek
nak cuba baca harakah e paper
diorang bagi trial 7 hari
boleh klik kat sini
atau
http://epaper.harakah.net.my/member.php

16 March, 2011

Hujan



hari ni KL hujan dari pagi lagi
bila hujan
aku tak leh jadi mat rempit
pergi keje pon lewat
tapi takpe
hujan itu rahmat
bersyukur..
sebab ada lagi hujan

15 March, 2011

pemeriksaan kesihatan





esok kene gi check kesihatan
dah lama tak berlari
dah lama tak timbang kilogram ni
harap-harap OK

14 March, 2011

ultraman dan tsunami

dari google
tak beli pon suratkhabar nih
tapi dapat tau tentang kekecohan yang berlaku
sebab ada yang tak sensitif pada isu yang sensitif

takziah kepada mangsa-mangsa di Jepun
al fatihah kepada yang terkorban
moga Malaysia sentiasa aman
dan jauh dari malapetaka
amin...

08 March, 2011

Saman DBKL


tadi pergi settlekan bayaran saman DBKL
bayar di HQ DBKL KL Jalan  Raja Laut
ramai jugak orang beratur kat kaunter
sampaikan ambil no giliran berjarak 100 lebih orangnya
sebab apa bayar?
sebab last 10 mac 2011 jek diorang bagi diskaun
macam saman PDRM gak
lepas ni kalau bayar 
bayaran maksimun
rm100
nak check saman DBKL 
boleh check di sini
atau
http://appsys.dbkl.gov.my/saman/index.asp


03 March, 2011

Pendaftaran Sekolah Rendah Selangor kini Dibuka


Untuk makluman warga selangor yang mempunyai anak berumur 5 tahun keatas 
boleh la mendaftarkan anak untuk persekolahan tahun 2013-2015 di portal ini  
atau http://apps.moe.gov.my/esppsel/ .

01 March, 2011

hari ni 29.02.2011


tahun ni bukan tahun lompat yekk
orang puteh panggil leap year
pagi tadi jam aku menunjukkan ari ni bernombor 29
maknanya jam aku tak automatik menukar tarikh ke nombor 1
kalau aku lupe pasti aku tulis dalam semua dokumen dan urusan keluar masuk Mindef tadi 29.02.2011
hehehe

sedikit info yang di cedok dari wikipedia berkaitan tahun lompat ni;
Tahun lompat merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan.
Orang yang dilahirkan pada 29 Februari akan merayakan hari jadinya pada 28 Februari ataupun 1 Mac.
sumber; Wikipedia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...