Followers

28 April, 2011

Clip Video yang Best


Games meransang minda??

Kini games bukan sahaja SELAMAT, malah MENDIDIK, dan MERANSANG MINDA!


Sneak Peak Games Mewarna AnakkuSayang (lebih 50 gambar untuk diwarnakan) :


Sneak Peak Games Alphabet AnakkuSayang (lebih 50 perkataan mudah untuk dimainkan)


Game pendidikan yang sangat best. [LINK]


27 April, 2011

Guru tumbuk GB didenda

Guru didenda RM2,000 atau 4 bulan penjara tumbuk guru besar
gambar hiasan semata-mata- sumber: google

ALOR SETAR: Seorang guru dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda, selepas didapati bersalah mencederakan Guru Besar sekolah tempat beliau mengajar lebih empat tahun lalu.

Majistret Nor Azah Idris, menjatuhkan hukuman itu terhadap Norazman Abdul Wahab, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.
Norazman, 41, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan terhadap tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk muka dan menyepak paha Halim Saad, 52, di pejabat Sekolah Kebangsaan Gerigis, Jalan Langgar, Alor Setar pada 20 Disember 2006 kira-kira jam 8.35 pagi.
Dalam rayuannya, Norazman meminta mahkamah meringankan hukuman kerana menurutnya dia digantung kerja sejak Mac 2008, manakala dua anaknya akan memasuki universiti dan dua lagi belajar di sekolah menengah.

Timbalan Pendakwa Raya, Ana Rozana Mohd Nor meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh yang merupakan pendidik supaya menjadi contoh kepada penjawat awam lain.

Peguambela Norazaman, G Ravishankar tidak hadir dan beliau diwakili peguam Pyara Singh a/l Dara Singh.

Norazman kemudian membayar denda itu. - BERNAMA

sumber: BH online

Kata JINKAMEN: harap harap jangan pulak dijadikan alasan oleh pelajar untuk tumbuk guru diorang sebab pakai kata perpatah, guru cing bediri, anak murid cing belari.. :)

TM Bikers Malaysia

Semalam gua join konvoi sempena satu unit di situ nak buat program "Menyapu Jalan". Oleh itu, gua yang takde rasa malu ni pon me"sukarela"kan join jugak la (untuk masuk dalam borang prestasi gak ni). Tayar golek dari BMKH ke destinasi yang ditetapkan iaitu di Pandan dan Cheras.


Berposing la dulu sebelum mulakan perjalan.. 


 barisan moto-moto sebesar besar tuannye

 


perjalanan nak di mulakan....

26 April, 2011

Nyaris maut terkena 'hujan asid'

Nyaris maut terkena 'hujan asid'


WAN KOMSAH WAN AHMAD mengelap tubuh suaminya, Mohd. Riza yang cedera selepas menjadi mangsa kebocoran asid ketika bekerja di sebuah kilang kimia di Kemaman pada 17 Mac lalu.


MARANG - Seorang kakitangan sebuah syarikat penyelenggaraan nyaris maut selepas terkena 'hujan asid' menyebabkan jaket, baju serta seluar dalam yang dipakainya hancur dalam kejadian di sebuah kilang baru-baru ini.
Insiden berlaku apabila paip asid untuk pemprosesan produk di kilang tersebut bocor ketika kerja-kerja menguji ketahanan paip berkenaan dilakukan oleh Mohd. Riza Jaafar, 35, bersama dua lagi rakannya.
Menurut Mohd. Riza, kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi pada 17 Mac itu berlaku ketika dia baru hendak memulakan kerja di sebuah kilang bahan kimia di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman.
Katanya, secara tiba-tiba paip saluran asid di situ pecah dan terus mengenainya menyebabkan dia segera menyelamatkan diri.
"Apabila saya sampai bawah saya dapati saya sudah berbogel sebab semua pakaian saya sudah hancur dan yang tinggal hanya topi keselamatan, cermin mata dan kasut.
"Selepas itu saya terus mencari paip air dan mandi sebab tidak tahan sakit," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Tanjung, Bukit Payung dekat sini semalam.
sumber:  KOSMO! 

kata JINKAMEN:  safety first! moga mangsa sembuh sediakala dan moga syarikat tempat beliau kerja dapat memberi imbuhan sewajarnya

25 April, 2011

Sampai msg melalui Imej

sesiapa yang tahu tentang mobile codes ni mesti selalu mesti main-main dengan benda alah ni kan
yang baru tahu meh jinkamen nak bagitau.


 memandangkan ramai sekarang yang guna henpon yang canggih manggih, dalam henpon masing-masing mesti ada aplikasi scan bar code. Kalau takde cuba check dalam menu > tools > barcode. kalau dah jumpe, cube scan barcode diatas. mesti dapat maklumat.

bagi yang nak mencuba membuat mobile codes ni boleh pergi ke sini atau
http://mobilecodes.nokia.com/create.jsp?terms=accepted
untuk main-main dengan alah nih...kat obesea diorang siap buat games mencari harta karun lagi.
sape yang pandai cuba scan imej diatas..apa yang dapat?


21 April, 2011

kelakor

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)



kredit;lawakjenaka.com




14 April, 2011

Bridgestone Vs Brightstone




2 minggu sudah tayar motorku yang botak tuh pancit..
aku ambil keputusan terus nak tukar tayar memandangkan dah botak
tentunya bahaya kalau jalan juga waktu jalan basah disebabkan hujan
maka aku pergi la ke bengkel motorsikal area rumah aku te
setelah sampai bengkel jek
ini  bengkel basikal

terus aku disapa oleh tauke bengkel kedai tu
dan aku pun beritahu laa akan tujuan kedatangku itu
maka ditanya oleh tauke tayar jenis apa yang aku nak
aku cakaplah jenis tubeless dan besar sedikit utk tayar belakang
maka dia cadangkan kat aku jenis tayar nih..yang pada mulanya aku dengar jenis bridgestone..setelah selesai aku pon bayar dan balik rumah




kelmarin waktu aku pergi basuh motor 
aku teperasanlah la jenama tayar yang ku beli tu bukan nye bridgestone
tapi
brightstone...
tipah tertipu rupanye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...