Followers

27 April, 2011

Guru tumbuk GB didenda

Guru didenda RM2,000 atau 4 bulan penjara tumbuk guru besar
gambar hiasan semata-mata- sumber: google

ALOR SETAR: Seorang guru dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda, selepas didapati bersalah mencederakan Guru Besar sekolah tempat beliau mengajar lebih empat tahun lalu.

Majistret Nor Azah Idris, menjatuhkan hukuman itu terhadap Norazman Abdul Wahab, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.
Norazman, 41, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan terhadap tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk muka dan menyepak paha Halim Saad, 52, di pejabat Sekolah Kebangsaan Gerigis, Jalan Langgar, Alor Setar pada 20 Disember 2006 kira-kira jam 8.35 pagi.
Dalam rayuannya, Norazman meminta mahkamah meringankan hukuman kerana menurutnya dia digantung kerja sejak Mac 2008, manakala dua anaknya akan memasuki universiti dan dua lagi belajar di sekolah menengah.

Timbalan Pendakwa Raya, Ana Rozana Mohd Nor meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh yang merupakan pendidik supaya menjadi contoh kepada penjawat awam lain.

Peguambela Norazaman, G Ravishankar tidak hadir dan beliau diwakili peguam Pyara Singh a/l Dara Singh.

Norazman kemudian membayar denda itu. - BERNAMA

sumber: BH online

Kata JINKAMEN: harap harap jangan pulak dijadikan alasan oleh pelajar untuk tumbuk guru diorang sebab pakai kata perpatah, guru cing bediri, anak murid cing belari.. :)

4 comments:

Miecyber said...

Kalau boleh, bawaklah berbincang dulu..

Makanan terlarang

relevan said...

Dapat hukumannya..lawan tokey lah ni..

jinkamen said...

miecyber
jenih takleh kawal perasaan ni paroh weh..

relevan
kekadang kita kene sedor yek kale kite ni mentimun..lawan pulok durian yek..

Cik SHiNJU said...

Hambikkk...dapat pekdoh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...