Followers

26 April, 2011

Nyaris maut terkena 'hujan asid'

Nyaris maut terkena 'hujan asid'


WAN KOMSAH WAN AHMAD mengelap tubuh suaminya, Mohd. Riza yang cedera selepas menjadi mangsa kebocoran asid ketika bekerja di sebuah kilang kimia di Kemaman pada 17 Mac lalu.


MARANG - Seorang kakitangan sebuah syarikat penyelenggaraan nyaris maut selepas terkena 'hujan asid' menyebabkan jaket, baju serta seluar dalam yang dipakainya hancur dalam kejadian di sebuah kilang baru-baru ini.
Insiden berlaku apabila paip asid untuk pemprosesan produk di kilang tersebut bocor ketika kerja-kerja menguji ketahanan paip berkenaan dilakukan oleh Mohd. Riza Jaafar, 35, bersama dua lagi rakannya.
Menurut Mohd. Riza, kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi pada 17 Mac itu berlaku ketika dia baru hendak memulakan kerja di sebuah kilang bahan kimia di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman.
Katanya, secara tiba-tiba paip saluran asid di situ pecah dan terus mengenainya menyebabkan dia segera menyelamatkan diri.
"Apabila saya sampai bawah saya dapati saya sudah berbogel sebab semua pakaian saya sudah hancur dan yang tinggal hanya topi keselamatan, cermin mata dan kasut.
"Selepas itu saya terus mencari paip air dan mandi sebab tidak tahan sakit," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Tanjung, Bukit Payung dekat sini semalam.
sumber:  KOSMO! 

kata JINKAMEN:  safety first! moga mangsa sembuh sediakala dan moga syarikat tempat beliau kerja dapat memberi imbuhan sewajarnya

3 comments:

kakcik said...

Malang tidak berbau. Semoga nasib beliau akan terbela dengan sewajarnya.

jinkamen said...

kakcik
itulah kakcik yek..kekadang kita keje duk dalam ekon ni pun gaduh gaduh pasal gaji (termasuklah saya)..insaf ('__')

Otromen Taro said...

Eloklah dia berhenti kerja dan cari kerja di tempat lain...

Robot ada perasaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...