Followers

25 May, 2011

Berbasikal MTB

sekarang ada hobi baru...

harap harap jangan
hot hot chicken shit jek arr

24 May, 2011

Air dan serbuk penaik kurangkan kesan asid

24/05/2011 10:45am

KUALA LUMPUR 24 Mei - Beberapa siri insiden serangan asid di Lembah Klang baru-baru ini jelas menimbulkan ketakutan di kalangan orang awam, terutamanya kaum wanita.
Sehingga kini, sejumlah 23 kes dilaporkan sejak Mac namun orang yang bertanggungjawab masih bebas lepas.
Namun, seorang pakar kimia Prof. Dr. Zainudin Arifin berkata, orang ramai tidak seharusnya berasa cemas dan terancam dengan insiden berkenaan.
"Mereka seharusnya keluar dan pergi bekerja seperti biasa, dan pada masa sama mereka hendaklah mengambil tindakan dan langkah keselamatan. Kesan akibat simbahan asid boleh dikurangkan jika mereka tahu apa yang hendak dilakukan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia.
"Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku.
"Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan.
"Dan jika dalam paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya,” kata beliau.
Beliau juga mencadangkan kaum wanita menggunakan alat pelindung keselamatan seperti kaca mata besar. - Bernama

sumber: UM
gambar hiasan

20 May, 2011

Golongan sehingga usia 35 tahun mungkin ikuti PLKN?

gambar hiasan
SEREMBAN 20 Mei - Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil tidak menolak kemungkinan ada golongan berusia sehingga 35 tahun akan berada di kalangan pelajar lepasan sekolah untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada masa depan.
Beliau memberi amaran remaja yang cuba melarikan diri daripada menyertai PLKN hari ini berkemungkinan besar akan berhadapan dengan situasi yang kurang menyenangkan itu pada masa hadapan.
"Peruntukan akta telah menetapkan, mereka akan tetap dicari dan dipanggil untuk menjalani PLKN sehingga mereka berusia 35 tahun,” katanya kepada pemberita selepas melawat kem PLKN Seri Perkasa di sini hari ini.
Katanya, nama mereka tidak akan dipadamkan, sebaliknya akan dicari oleh polis jika gagal melaporkan diri selepas dipanggil mengikuti latihan. - Bernama

sumber:Utusan Malaysia Online

kata JINKAMEN:  esok esok ada lak buat syarat kalau nak kerja kene ada sijil pergi PLKN lak..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...