Followers

20 May, 2011

Golongan sehingga usia 35 tahun mungkin ikuti PLKN?

gambar hiasan
SEREMBAN 20 Mei - Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil tidak menolak kemungkinan ada golongan berusia sehingga 35 tahun akan berada di kalangan pelajar lepasan sekolah untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada masa depan.
Beliau memberi amaran remaja yang cuba melarikan diri daripada menyertai PLKN hari ini berkemungkinan besar akan berhadapan dengan situasi yang kurang menyenangkan itu pada masa hadapan.
"Peruntukan akta telah menetapkan, mereka akan tetap dicari dan dipanggil untuk menjalani PLKN sehingga mereka berusia 35 tahun,” katanya kepada pemberita selepas melawat kem PLKN Seri Perkasa di sini hari ini.
Katanya, nama mereka tidak akan dipadamkan, sebaliknya akan dicari oleh polis jika gagal melaporkan diri selepas dipanggil mengikuti latihan. - Bernama

sumber:Utusan Malaysia Online

kata JINKAMEN:  esok esok ada lak buat syarat kalau nak kerja kene ada sijil pergi PLKN lak..:)

3 comments:

kakcik said...

Kenapa tak ambil sehingga umur 58 tahun? (umur bersara) :)

Cik SHiNJU said...

ok la tu..
dapat makan free,ade elaun lg..huhuh

Jejaka Desa said...

Cer bagi 20% tambahan gaji pade yang masuk PLKN.Yang tak ande PLKN ter penemuduge reject dulu.Gone ke deme.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...