Followers

10 May, 2011

Honda Malaysia buka gudang RM50 juta di Shah Alam

Gambar sekadar hiasan

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia melabur RM50 juta bagi mendirikan sebuah gudang di Shah Alam, dijangka siap menjelang suku kedua tahun depan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno, berkata pembukaan gudang baharu itu adalah sejajar dengan pertumbuhan berterusan pasaran Honda di Malaysia.
"Membuka sebuah gudang baharu di lokasi strategik adalah merupakan tindakan sewajarnya kerana kami sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan bagi pelanggan-pelanggan kami," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Gudang baru itu meningkatkan proses penghantaran alat ganti kepada wakil jualan Honda Malaysia kerana perjalanan dengan trak ke lebuhraya-lebuhraya utama dalam Lembah Klang akan hanya mengambil masa maksimum 30 minit.BERNAMA
sumber: Berita Harian Online

Kata Jinkamen: Moga banyak lagi peluang kerja kepada anak tempatan harga produk dia pon jadi murah sket.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...