Followers

06 May, 2011

Pakai skirt bukan bertujuan seksi


Sebahagian besar pemain badminton wanita lebih selesa berseluar pendek ketika beraksi berbanding memakai skirt seperti yang disyaratkan oleh BWF.


KUALA LUMPUR - Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) menafikan bahawa peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt sebagai seksi, sebaliknya hanya mahu pemain lebih bergaya bagi menarik lebih ramai penonton.
Timbalan Presiden BWF, Paisan Rangsikitpho berkata, mereka akan meneruskan peraturan tersebut yang ditunda selepas bantahan pemain dan pegawai.
Atlet wanita yang beraksi dalam kejohanan besar diwajibkan memakai skirt dan berseluar pendek, namun memakai seluar pendek sahaja tidak dibenarkan.
Paisan menafikan wanita dieksploitasi dan berkata, pemakaian skirt tidak bermakna ia lebih pendek.
Sebaliknya, dia menegaskan sukan itu perlu 'membezakan ia adalah permainan wanita'.
"BWF tidak berniat untuk menggambarkan wanita sebagai objek seksual.
"Kami perlu membezakan bahawa ini adalah permainan acara wanita dan peraturan ini adalah sebahagian daripada kempen untuk meningkatkan profil sukan ini.
"Peraturan ini akan membantu kumpulan sasaran di kalangan golongan muda lelaki dan wanita, di mana penampilan dan gaya pemain menjadi faktor penting,'' katanya.
Beliau menambah, peraturan memakai skirt adalah satu lagi usaha untuk meningkatkan profil pemain wanita sukan itu selepas menyeragamkan hadiah kemenangan dan sistem mata bagi pemain lelaki dan wanita. - AFP

sumber: utusan malaysia online

3 comments:

Jejaka Desa said...

Nok narik penonton nengok badminton ke nengok pehe ni....

azieazah said...

Kalu nak dikirakan seksi atau aurat, tak yah lak nak aktif sukan. Habis citer.

Eri-chan said...

kalau dah pakai skirt senang nak nampak underwear yer... apa2 pun betul kata AA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...