Followers

31 March, 2014

Diet

Dilarang makan Semasa 2 Minggu Induction (Permulaan diet):
1.             Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.             Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
3.             Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.             Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
5.             Minuman bergula, jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.             Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.             Segala bentuk kekacang
8.             Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam
9.             Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
10.           SOS & Kicap
11.           Kurangkan makanan berproses walaupun rendah karbohitrat (burger, hotdog)
12.           Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
13.           Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
14.           Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
15.           Sate yang dijual dikedai kebanyakkannya diperap dengan gula!

Boleh Makan:
1.             Ayam - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
2.             Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.             Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.             Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.             Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.             Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.             Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.             Burger? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
9.             Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
10.           Rumpai laut.
11.           Minyak






Contoh sarapan / Breakfast
1.            Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.            Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.            Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.            Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.            Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.            Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.            Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.            Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.            Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet:

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay.

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.




Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Copy dari pesbuk
(~|~)

30 March, 2014

Kartini

Cover Depan Majalah yg Aku ada


Semasa mengemas rumah utk pindah ke rumah baru 
baru baru nih
terjumpa Novel-komik karya Tembakau KARTINI antara buku² lamaku
Cover ni aku takde lak

Kartini 
ni satu nama yang selalu buat aku tersenyum sorang sendiri..
sebab nama ni buatkan aku terkenang zaman mudo mudi  dulu
komik Kartini adalah komik 'Novel' yg pertama aku beli
kalau tak silap pada tahun 1999

disebabkan karya ni ada dalam Majalah Ujang  Lanun Gila-Gila yang aku selalu beli
hasil karya tembakau ni memang faberet aku ni..dulu dulu sanggup  tunggu
setiap keluaran majalah ujang semata mata nak baca ruangan kartini ni
kalau tak mampu beli pon sanggup pinjam member punye..muahahaha

Kartini kembali

komik ni ada sambungan lagi "kartini kembali" katanya..tapi sampai sekarang aku tak jumpa lagi..dikatakan keluar pada tahun 2008.
takpe akan aku usahakan utk dapatkannya..kot kot sapa yg ada baca/beli boleh la 'share'


petikan cerita KARTINI


Petikan dari cover Kartini

"Tidak akan kamu berperasaan
Gundah gulana walaupun sekali
Jika kamu tahu apa yang dicari"

-kartini

Zaman Persekolahan ku 

29 March, 2014

Earth Hour 2014

hanya 1 jam ajek
8.30pm hingga 9.30

jom buat!

hanya 60 minit

29mac2014 



tak rugi pon kalau buat


Jinkamen: memang tutup lampu pon, pasang ekon duk ngadap TV sampai ke pagi...huhuhu

Movie : Kapten amerika

Hari ni, familiDay
bawak famili layan movie di MBO Space U8
selama ni kalau pergi tengok movie single mingle aje
hehehehe


zaman dulu tiket RM7 aje..huhuhu

beli set popcorn RM15 + air mineral RM2.70



Seperti Biasa Bila menonton Movie

keseluruhan cerita Kapten Amerika : The Winter Soldier”  
ni boleh diberi
8/10 bintang
 pada permulaan cerita agak hambar

lepas masuk 3/5 cerita baru rasa Best
nak gi tandas pon kene tahan dulu
taknak terlepas babak pertarungan yg best


kapten Amerika

sinopsinyer:

Mengisahkan setelah peristiwa bencana di New York dari siri pertamanya The Avengers, 
'Marvel Captain America: The Winter Soldier' 
Steve Rogers (Captain America) hidup tenang di Bandaraya Washington dan dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan dunia sekarang (sebab dia dari tahun 40an). 
Tapi ketika  S.H.I.E.L.D. diserang, Steve terlibat dalam permainanan yang mengancam dunia..
(apakah ancaman itu? ada kaitan dgn apa? Furry mati? ada konspirasi?)

Lepas tu C.A akan bergabung dengan Black Widow, 
Captain America berjuang untuk merungkai konspirasi yg semakin kuat dengan penglibatan pembunuh profesional (siapa dia?kawan lama?).

Dalam pelarian dari sekutu S.H.I.E.L.D. Captain America dan Black Widow meminta bantuan anggota baru, Falcon.

Aksi lawan yang hebat..gabungan judo/takewando/Ninja/Silat /Silambang Dll
senjata yg canggih manggih
SpaceShip yg hebat yg kita imagine sejak kecil

pesanan, jangan keluar panggung selagi lampu tak dihidupkan..hehe

Kata Jinkamen:

Bulan depan, ada movie SpidermanII pulak
layanzz


28 March, 2014

Kereta remote control

Dibeli di uptown d'kota kota damansara. Dengan harga rm50 aje. Kalau dulu mahal, dengan rm100 belum tentu dapat. Banyak juga permainan rc yg lain macam helikopter rc bot rc robot.

Walaupon kawasan uptown ni dah berubah ekoran pembinaan MRT melalui betul-betul di tapak perniagaan uptown. Ianya masih lagi dikunjungi ramai orang.

27 March, 2014

Kapten Malaysia


Sekarang ni, Movie Captain America II 
sedang ditayangkan di pawagam Malaysia.
Kalau tiada aral melintang, kemungkinan Jinkamen pergi juga menontonnyer

(tiket RM14 dewasa RM9 kanak²)

*******

Teringat dulo dulo
zaman kecik kecik dulu sekitar tahun 1980an
dulu takde movie² kartun nih, 
komik² kartun ajekk

Masa tu, ada la komik 
Kapten Malaysia 
dekat pasaran, rasanya harga RM1~RM1.50 macam tu

sempat juga baca 
tu pon pinjam ngan member² yg ada 'duit' beli
huhuhuhu



ni bukan watak kartun sebenar Kapten Malaysia



tapi watak dalam cerita ni rasanya tak asli
sebab banyak diambil/tiru dengan cerita kartun luar
memang tak asli..huhuhu

Cicakman superhero Malaysia terkini

Cicakman walaupong asli plak memang kompon aku tak bleh bagi sokongan punya... Mengangkat cicak yang jelas musuh nabi satu ketika dahulu sebagai karakter superhero jelas bertentangan ngan ideologi aku... lebih² lagi pulak aku fikir impak| kesannya pada generasi akan datang yang akan 'memuja' cicak sebagai superhero...

dalam cerita KRISH 2 (cerita industan)
ada watak 'macam' cicakman ni jadi jahat...ngeeeee


keluang bukan Kluang

Jadi yang boleh anggap agak asli buat masa sekarang ni ialah Keluangman jer lar... (Walaupon nama dan kostum dia ala ala mencilok Batman... Tapi masih bleh nampak beza...) Pastu ada lak karakter Tiongman... (Cam tiru lar gitu...) Cuma kelemahan karakter Keluangman ni ialah pembinaan karakteristik dia... 

Persoalannya, Ni jek yg superhero / adiwara (ciptaan) yang ada di Malaysia
maka tak heran la 
budak budak sekarang banyak terkhayal dengan cerita 
hero yg bukan 'malaysia'



26 March, 2014

Emergency Information Card | Kad Kecemasan

Bayangkan anda terlibat dalam kemalangan atau anak anda  terpisah dengan anda sewaktu di kompleks membeli belah. semestinya kad sebegini perlu ada seandainya kita atau anak kita tiada upaya memberi butiran diri atau data-data yg penting kepada 'penyelamat' atau orang sekeliling.

Butiran diri seperti nama, alamat atau no telefon kecemasan dan juga pengkelasan Jenis Darah, alahan penyakit atau lain lain perlu diletakkan supaya sewaktu kecemasan butiran ini mudah untuk kes perubatan atau kecemasan.

Untuk Kanak-Kanak

Contoh EiC dewasa

satu lagi contoh

Paling ringkas


Jinkamen : Lepas ni boleh la buat, cetak & liminated, letak dalam dompet atau sangkutkan pada pemegang beg anak anak

25 March, 2014

Servis Kereta

Semalam servis kereta ferrari puan Sri. 
Selalunya memang beli minyak enjin aka minyak hitam (padahal minyak hitam ni, minyak yang dah siap digunakan) di stesen Minyak. Sudah lama tak beli kat Bengkel kereta bimbang kene yang tiruan punyer. 

So semalam pergi beli kat Stesen Minyak RM64 & Oil Filter Rm8 beli kat kedai 'Spare Part'


utk 5000km perjalanan Biasa Sahaja

Selalu beli kat Stesen Minyak akan dapat hadiah. Maka dapatlah Air Tin 100Plus Setengah Dozen. Ok lah jugak dari takde apa.

100plus percuma dengan pembelian EO Shell 3

upah untuk tukar minyak hitam biasanya RM10 dan terus buat alingment tire RM15. Total kerugian semalam adalah RM107

21 March, 2014

CuTi Sekolah Mc 2014



Assalammualaikum...

Musim cuti sekolah bermula; ingatan utk diri & semua. Manfaatkanlah masa cuti ini dengan menguruskan masa dengan bijak.Kepada para ibubapa yang sibuk bekerja. Luangkanlah sedikit masa anda untuk anak-anak anda. Ini adalah peluang yang paling baik. Bawa anak balik kampung, atau pergi jalan-jalan ke mana-mana tempat menarik.

pastikan keselamatan anak2 kita semua, jangan bermain sungai/kolam/laut tanpa pengawasan kita walau dimana berada.

Kepada yang melangsungkan perkahwinan pula, selamat pengantin baru saya ucapkan.  Satu lagi pesanan Saya, berhati-hatilah di jalan raya. Seronok bercuti bersama-sama anak dan keluarga jangan sampai berduka disebabkan kecuaian diri. Jangan lupa baca bismillah dan doa ketika hendak memulakan perjalanan. Kalau dah sampai, ke tempat di tuju, ucapkanlah syukur pula kepada Yang Maha Esa.


Jinkamen:
Selamat Bercuti
Moga MH370 ditemui,
boleh la koi bercuti pulok

11 March, 2014

E Filling

E filing 

dah masuk bulan Mac ni elok la buat E filing 
nanti lambat buat lupe pulak
Klik kat SINI untuk masuk portal tsbt
tak pon tak leh masuk klik jek kt bawah ni


https://spsd.hasil.gov.my/PKI/userloginIND.aspx

10 March, 2014

MH370 KLIA ke Beijing : 08032014

Moga ada berita baik!












Jinkamen (updated):
 Al fatihah
24032014 jam 2145LT : PM Datuk Sri Najib mengumunkan bahawasanya MH370 berakhir di Selatan Launtan Hindi

07 March, 2014

Naik Bas

Selama dah ada kenderaan sendiri ni dah jarang naik perkhidmatan awam terutaa bas | rapid KL. kalau dulu itula perkhidmatan yang selalu digunakan.
Mula-mula sampai dari KL, naik bas Sri Jengka sampai ke Stesen Bas Pekeliling.
Kemudian naik bas no 9 intrakota atau pon menapak sampai ke Bas stand Klang.
dari bas stand klang naik bas mini no 54 kalau tak silap baru sampai ke kampong Medan.
 
Kelmarin, cuba naik bas dari rumah ke pejabat.
tambang RM1.00 aje.
 
bas dipenuhi dengan bangsa asing majoritinya bangsa bangladesh, maynmar & Indonesia. Time hari kerja (baca Selasa pagi), diorang nak ke mana ek!
 
 
 
aku orang pertama naik hehehe....
 
ok gak naik bas, ekon sejuk, tapi biasa lah tempoh perjalanan jadi lama disebabkan ikut jalan lama.
 
 
sampai opis menapak la pulok
 
akhirnya sampai juga ke opis...
 

05 March, 2014

Cara mudah hafal siifi


cara mudah hafal sifir
shared dari face book
^ | ^

04 March, 2014

Hujan Di Pagi Hari 040314



AlhamduliLLAH....pagi tadi dalam pukul 6am lepas suboh hujan telah 'turun' dengan lebatnya membasahi tanah Saujana Sg Buloh & sekitanya. AlhammduliLLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...