Followers

31 March, 2014

Diet

Dilarang makan Semasa 2 Minggu Induction (Permulaan diet):
1.             Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.             Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
3.             Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.             Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
5.             Minuman bergula, jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.             Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.             Segala bentuk kekacang
8.             Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam
9.             Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
10.           SOS & Kicap
11.           Kurangkan makanan berproses walaupun rendah karbohitrat (burger, hotdog)
12.           Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
13.           Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
14.           Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
15.           Sate yang dijual dikedai kebanyakkannya diperap dengan gula!

Boleh Makan:
1.             Ayam - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
2.             Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.             Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.             Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.             Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.             Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.             Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.             Burger? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
9.             Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
10.           Rumpai laut.
11.           Minyak






Contoh sarapan / Breakfast
1.            Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.            Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.            Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.            Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.            Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.            Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.            Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.            Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.            Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet:

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay.

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.




Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Copy dari pesbuk
(~|~)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...