Followers

30 April, 2014

29 April, 2014

Hari yang bercahaya

maksud tersirat dan tersurat hehehe
alhamduliLLAH

dapat lah 2.4.
bersyukur..

apa plan?
sat..tido jap..kui kui kui

28 April, 2014

10 tahun yang lepas...

Pada tarikh ini 10 tahun yang lalu, aku dan isteri telah berpindah ke rumah ini. Rumah yang dibeli 2 tahun sebelumnya dengan memikirkan inilah rumah pertama dan terakhir yang dibeli dan yang MAMPU dibeli semasa itu.
rumah ada 7 tkt, ada lif


 Masa tu rumah teres sekitar ini hanya berharga rm200k ke bawah terasa seakan terlampau mahal & tak termampu untuk membelinya. sekiranya tahu pada masakini ia lagi melambong harganya tetapi dengan jumlah pendapatan yang baru 5 tahun bekerja, tak mampu den..hehehe

tapi apa pon rasa bangga kerana baru tempoh 5 tahun bekerja sudah mampu memliki rumah sendiri & sudah berkahwin...
ada gurad lagi hehe


kini, 28Januari 2014 lepas, rumah ini sudah diserahkan kepada pemilik baru.... Moga ianya dijaga baik sepertimana kami menjaganya..hehehe


dalam rumah bukan rumah saya :)

27 April, 2014

Ahad : Sukaneka

Awal pagi tadi, bertolak dari temerloh disebabkan Adam ada program sukaneka di sekolahnya. plannya pukul 6pagi berada atas LPT, tapi biasa lah budak busuk bangun pukul 6.30pagi dan bersiap², pukul 7.00am juga bertolak. sampai ke padang mini MBSA pukul 8.30 tepat² acara sukab bermula. adam terlepas satu acara bawa bola pingpong dalam sudu..
bersama sahabat baiknya

tapi, nasib baik dapat join acara yang lain, aku suruh jek dia masuk cepat² sebab ada yang tak datang..akhirnya 2 medal dapat dikutipnya (walaupon satu medal tu ntah salah bagi kott) hahaha


main tarik bola dengan gelong

pukul 10am, cuaca panas mulai terik kat padang nih...habis budak² mencari air & makanan kat gerai-gerai yang jual makanan kat situ. Tandas tak disediakan maka berlarilah budak² melintasi longkang yang dalam 4 kaki untuk ke kedai makan di sebelah padang..


bawak bantal atas kepala

walaupon makanan disediakan, tapi tak sesuai sangan disebakkan cuaca panas & hanya mee hon goreng yang disediakan beserta air mineral kecil..walau apa pon keseluruhannya Ok laa



makan free
habis upacara pukul 1.00pm lebih, tapi aku & famili terpaksa balik awal sket disebabkan ada adik ipar datang dari kampung pulak...


acara mak bapak

26 April, 2014

Cerita Yang Best

Memang best kalau dapat layan satu-satu cerita sampai habis
dari mula hingga habis satu cerita tuh 

Penyiasatan & misteri

Keluarga 'POLIS"

Polis Elit di Hawai

selalu kalau balik dari kerja malam
aku siap-siapkan kerja mendobi sambil
layan cerita di Astero
dulunya suka sangat cerita ketiga-tiga siries CSI
samada CSi Miamy, LA & CSI yg biasa tu
tapi dah lama lama dah 'cemoih' la pulok
sebab benda yg sama jekk


sekarang ni berminat pulak dengan 
drama series Five O (yang baru bukan lama)
BlackList & Blue Blood
ketiga-tiganya drama 'kepolisan'
dan ala ala 'bond'

sambil mendobi
sambil tengok TV
kalau dulu mendobi takleh tengok TV sebab guna 'tangan'
sekarang pakai mesin
kutip-kutip
masuk mesin
tekan 'ON"
tekan 'START"

layan ceriteee..hehehe

MEOWWWW

25 April, 2014

Satu kepuasan

Alhamdulillah. ..dapat tunaikan apa yg dia hendak...
Asyik bertanya aja time balik dari sekolah bila nak dibelinya
Tido tak lena..mandi tak basah nih
Hahahaha





24 April, 2014

Gaji & sistem bayar hutang & bil bulanan

Yahooo...hari ni hari gaji
hahaha..sebenarnya kalau ikutkan, 
Bank aku semalam dalam pukul 5pm dah masuk gaji dah
berbeza dgn bank yg lain..awal sehari tuh





kebiasaannya bila aje dapat gaji 
apa yg aku buat adalah
BAYAR HUTANGGGG..

rasanya semua orang yang bergaji buat macam tu kott
membayar apa sahaja hutang atau bil² yg macam macam adaa
dari bil Astero, henpon, api air
KUTU, kereta, rumah, motor 
pengasuh anak, yuran sekolah agama DLL

bagi aku, untuk memudahkan urusan ini
yg semestinya tetiap bulan wajib bayar nih
aku buat sistem 'sampol'


gambar cilok dari Gugel

macam mana sistem nih
hahaha..sonang ajoo..
cari sampul surat atau pon Angpow² raya melayu atau cine
tulis siap² apa yang nak dibayar
terus masukkan duit dalam tuh...
sistem ni isteriku yang tersayang ajar hehehe

ok...boleh buat sekarang!






23 April, 2014

22 April, 2014

Yang Aku Suka :)

seronok sebenarnya menguruskan budak sekolah nih. aku sanggup tukar dari kerja yg selalu 'outstation' ke kerja yang banyak duduk bilik server (shif) dan dari duduk HQ aku pilih opis yg berdekatan sedikit dengan rumah aku. Ini semua nak menikmati masa masa persekolahan anak aku. 


tengok tu, tak boleh dah orang lain tumpang..hahaha
Aku suka menghantar sendiri anak ke sekolah, suka turunkan dia dari motor, suka pimpin dia masuk pagar sekolah dan memerhatikannya sehingga dia lenyap dari penglihatan masuk ke sekolah. Dulu semasa dia bersekolah sesi petang, aku akan tergesa-gesa untuk ke sekolah pada waktu dia balik dalam pukul 6.15pm dah terpacak depan pagar sekolah. biasanya pukul 6.30pm sekolah akan balik, kebiasaannya anakku akan mula mintak belikan itu & ini..biasanya air oren & keropok.

Sekarang, Adam sekolah pagi. waktu masuk sekolah pukul 7.30am. biasanya akan hantarnya selewat²nya pukul 7.00am dari rumah. jarak 15km dari rumah dan kebiasaanya 25minit diatas motor dan akan sampai ke sekolah sekitar jam 7.20-7.28am. 

masa balik dia akan naik Van Sekolah untuk ke rumah 'transit'nya. selepas mandi & makan, kemudian akan ke sekolah agama pulak sampai pukul 5.30pm. Mamanya akan ambil selepas habis bekerja dan bawa pulang ke rumah.

kalau ikut kata orang, kenapa tak biarkan aje anak pergi & balik naik Van sekolah. jawapannya, aku suka & nak menikmati rasa hantar & sesekali ambil anak ke sekolah. Masa waktu kecil ni la nak bersamanya, esok dah besar entah-entah tak mahu dah naik motor dengan kita..hehehe rugi ooo..


21 April, 2014

Kerja & Masa bersama


hahaha
kenapa dengan hari Isnin?
selalu dikatakan susah nak mulakan dengan hari ISNIN yek?
tapi pada aku, biasa jek sebab aku kerja shift..hehehe

cuma perbezaan kerja shif ngan kerja 'normal' adalah masa untuk bersama famili, bagi yang bujang tentu seronok sebab banyak masa terluang. boleh la pergi membeli belah time orang tak ramai di shopping kompleks, boleh pergi tengok wayang time kerja tentu tak beratur panjang..best pe tengok wayang orang tak ramai, aku pernah buat, siap boleh baring² lagi time tengok cerita IronMan 1 dulu dulo.

Bila masuk keje shif nih Time CUTI tak sama dengan wife yang paling tak best. sebab tak dapat bersama anak n wife. kalau kene time cuti sama sama pon adalah sebulan sekali. tu pon time lepas kerja malam, tentu mamai mamai nak ke mana time cuti sabtu tu. kalau dapat pon kitaorang akan balik kampung. nak ambil cuti tahunan pon rasa macam tak berbaloi sebab cuti tahunan diberi pon adalah 22 hari jek setahun.itu target cuti utk kenduri adik nak kawin & jalan jalan masa cuti sekolah aje..huhuhu

Macam hari ni, semalam aku kerja malam menggantikan staf yg bercuti balik pukul 8.30am tadik samapi rumah pukul 9.15am. Dan sekarang kena kerja petang pulak time 2.30pm hingga 8.30pm. kalau diikutkan tak dapat jumpa pon dengan isteri & anak..sebab time balik kerja anak & wife sudah ke sekolah & opis, aku baru sampai rumah pukul 9.15am. lepas tu balik karang pukul 8.30 malam sampai rumah dalam pukul 9.30pm. kalau sempat dapat makan malam dengan anak & wife. Masa tu pon, anak dah tahan-tahan mata nak tidur..dapat la main, guran sekejap dengan dia pastu dah nak tido sebab esok nak sekolah.

Pagi esok, bangun² pagi dah nak ke sekolah dan aku kerja Malam pula, dah tentu masa nak bertemu & bermain hanya sekejap aja, sebab anak & wife balik dekat pukul 7.00pm dan pukul 7.45 aku harus bergerak ke tempat kerja dah..

so, nikmatilah masa yang ada bersama yang tersayang..
err..ada kene mengena tak tajuk ngan apa yg ditulis...hehehee

20 April, 2014

Projek Belakang Rumah (PBR) : Botol & kegunaannya

Gambar Hiasan~Model botor air, sumber Google.com
banyak sebenarnya kegunaan Botol air yang sudah diguna ni rupanya. setelah dibelek² & digugel². bermacam lagi yang boleh kita buat dari botol air ni. Diantaranya adalah..

Untuk buat pancuran bagi kegunaan pertanian atau membasahkan rumput². Tak payah dah beli yg berpusing pusing tu. beli botol tebuk lubang halus² di bahagian tepinya, masukkan salur paip dimulutnya & boleh la guna..

pancuran
 bagi yang ada kereta anak² yg dah rosak, boleh buat macam kt bawah nih. siap ada roda lagik tuh..hehehe


pancuran air beroda
 Nak lagi kreatif, boleh letak air secara macam nih. kemungkinan air ni mengikut sukatan agaknya..ataupun dia dah 'set time' air ni bila boleh keluar kott
air utk tanaman
 Yang nih best, hehhehe...tebuk di tengah-tengah badan botol, isi tanah , isi pokok bunga atau pon pokok sayur²an & sangkut atau letak kat mana² bersesuaian..mesti buat nih..heheeh


 botol yg besar macam botol mineral 5liter tu boleh susun² macam ni pulak..


idea1
atau pon nak buat ala-ala 'hidroeletrik ponik, boleh buat macam nih, tebuk bulatan di tengah badan botol, Isi air kemudian cari cawan polistren letak tanah & tanam benih tumbuh²an
idea 2
Yang ni pulak, selain boleh buat kerastangan kraftangan utk buat hias²an dalam rumah. botol ini juga, boleh dibuat penganti zink a.k.a atap. boleh letak atas 'rumah' pokok² atau reban ayam...mesti hijauuu jekk kann rumah hijau ni


bumbung dari botol
 selain itu, boleh dibuat bekas air minuman bagi haiwan² ternakan seperti Arnab, ayam, burung², kambing, kucing, hamster, harimau, musang dll.

utk minuman ayam/arnah/gorila dll
hamster boleh minum kot
 Bagi yang minat bagi makan burung, atau nak bela burung, boleh buat macam kat bawah nih. rasanya nak letak mentol lampu pon Ok.

utk makanan burung
 Boleh jugak, diletakkan makanan di dalam botol ni, di tebuk segitiga & makanan akan turun mengikut urutannya, fuh kreatif kann...
botol air ditebuk █ untuk makanan keluar mengikut FIFO

Rupa-rupanya banyak jugak kegunaan bekas botol air nih. Okay, mulai hari ini kene simpan la botol² air yang sudah digunakan untuk buat projek ni.. selama ni bekas ni simpan air minuman dalam peti sejuk ajek...hehehe

19 April, 2014

Sabtu: family time


Pagi-pagi lagi, wife turun dapur masakkan nasik lemak n cekodok utk dibawah berkelah. Budak busyuk lewat bangun tido pulak tuh. Sesudah bersiap, terus menuju ke taman tasik shah alam...hehehe


sampai jek kt taman Tasik SA, cari parking & terus Adam berlari-lari pusing tasik. berpeluh sakan baru la mencari nasik tapi tak makan pon. banyak minum air aje pasal letih berlari. baru terlepas dari kandang lagaknya..hehehe

sesudah 2 jam lebih di sana, berkemas & balik ke kediaman sebab ada jemputan makan kenduri pula selepas Zuhur.

AlhamduliLLAH dapat juga meluangkan masa bersama famili walau sibuk bertugas tak tentu masa...hehehe

18 April, 2014

Projek Belakang Rumah (PBR) : Kacang Panjang


Gambar Hiasan sahaja, tidak kene mengena hidup atau mati Sumber : google.com


Cara menanam Kacang Panjang

Mula-mula gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir. 

Kemudian isikan polibag saiz untuk tanaman anak kelapa sawit  dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu.  

Pilih dan tanam 2 biji benih sedalam 2.5 cm (1 inci).  Selepas 2 minggu ditanam tinggalkan satu pokok sahaja dalam satu pasu.


Kayu Penyokong
Pokok kacang panjang memerlukan junjung untuk memanjat.  Junjung / penyokong yang dibuat daripada kayu perlu disediakan 2 minggu selepas menanam.


Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki).  Pastikan anak pokok meliliti kayu sokongan. 

 Jangan lupa menabur 1 sudu teh (5 kg) baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.


Sekian, terima kasih


sumber : http://tanahbercangkul.blogspot.com/

JINKAMEN: projek belakang rumah nii

17 April, 2014

Mengelak kena petir


Cara mengelak dari dipanah petir..boleh diajarkn kpd anak2 atau anak2 murid yg sedang berada di padang atau tempat lapang


Bila ada petir ke bumi, ia membentuk riak2 with different voltage potentials. Arus boleh mengalir jika ada penyambung antara 2 diff potentials. Sbb tu kena rapatkan kaki dn lompat dan jgn berlari...


Langkah mencegah dipanah petir

Sebelum ribut
1.Orang ramai perlu semak ramalan cuaca
2.Lihat tanda-tanda kedatangan ribut
3.Tangguh dulu sebarang aktiviti luar jika ribut petir dijangka berlaku

Semasa kedatangan ribut petir
1.Orang ramai perlu masuk ke dalam bangunan kukuh @ kereta
2.Hindari menggunakan telefon atau sebarang kelengkapan elektrik kerana talian telefon dan paip logam mengalirkan elektrik
3.Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak mandi
4.Tutup penyaman udara.Luruan kuasa kilat boleh memberikan beban lebih pada pemampat
5.Keluar dari bot dan jauhi air

Jika terperangkap di luar bangunan dan tiada tempat berlindung
1.Berteduh di kawasan rendah yang jauh dari pokok dan pagar
2.jika berada di dalam hutan,dinasihatkan berteduh di bawah pokok yang lebih rendah
3.Jika didapati kulit teransang @rambut menegak,berjongkok ke tanah.Letakkan tanah di lutut dengan kepala antara kedua-dua lutut.Jadikan badan sekecil mungkin dan kurangkan menyentuh tanah
4.jika sedang berperahu @ berenang kembali ke daratan dan segera berlindung


*Maklumat dan perkembangan cuaca boleh diperoleh melalui talian 03-79678116 atau layari laman web www.met.gov.my 

sumber rujukan : gugel, web, facebook

16 April, 2014

WW : Resepi hari ini

Muahahaha


Kredit : Group Wasap koi

15 April, 2014

Bulan Kaler Meran (bloodMoon)



Gula-gula Gerhana 
Hari Ini (pagi buta) dijangka akan terjadi fenomena "Blood Moon" atau dalam bahasa Melayunya dibunyikan Bulan Berdarahhhh...


Bulan Kaler Merah


Sebenarnya Punca fenomena bulan berdarah atau bulan merah bukanlah petanda kiamat tapi ianya adalah fenomena semulajadi yang biasa berlaku dan kali terakhir dilihat pada 10 Disember 2011. 

Punca sebenar fenomena tersebut adalah disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Fenomena bulan berdarah ini turut dikenali sebagai “Blood Moon” kerana warnanya yang berwarna merah dan dapat dilihat menggunakan mata kasar.


Gambaran macam mana boleh jadi gitu


Menerusi laporan rasmi NASA, fenomena bulan berdarah yang akan berlaku pada 15 April 2014 dapat dilihat dengan jelas di negara Utara/ Selatan Amerika dan Australia. Fenomena bulan berdarah ini juga dijangkakan berlaku sebanyak dua kali pada tahun 2014 iaitu pada 15 April dan 8 Oktober 2014. Manakala pada tahun 2015 jatuh pada 4 April 2015 dan 28 September 2015. 

Oleh itu, sesiapa nak melihat Bulan Bewarna Merah malam ni boleh la kita saksikan ramai-ramai dah mengucapkan 'SubhanALLAH' (kalau berada di lokasinya) .sesungguhnya itu adalah bukti kekuasaan ALLAH!

sumber: NASA, rujukan web yg lain

14 April, 2014

DSA 2014



sekali lagi pameran "Defence Service Asia" akan diadakan Di PWTC.
pameran akan berlangsung selama 4 hari dari hari Isnin hingga khamis minggu ini (14~17 April 2014)

bagi peminat peminat military 
boleh lah berkunjung ke sana
masuk adalah FREE

untuk keterangan lanjut
sila klik 

Kata Jinkamen
Insya Allah akan pergi
hehehe














13 April, 2014

Ahad yg panas

Hari ni terasa sangat panas
Lalu kt sebuah kedai ais krim
Terasa ingin menikmatinya
Hehehe



12 April, 2014

Saturday


kene keje
huhuhuh







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...