Followers

21 April, 2014

Kerja & Masa bersama


hahaha
kenapa dengan hari Isnin?
selalu dikatakan susah nak mulakan dengan hari ISNIN yek?
tapi pada aku, biasa jek sebab aku kerja shift..hehehe

cuma perbezaan kerja shif ngan kerja 'normal' adalah masa untuk bersama famili, bagi yang bujang tentu seronok sebab banyak masa terluang. boleh la pergi membeli belah time orang tak ramai di shopping kompleks, boleh pergi tengok wayang time kerja tentu tak beratur panjang..best pe tengok wayang orang tak ramai, aku pernah buat, siap boleh baring² lagi time tengok cerita IronMan 1 dulu dulo.

Bila masuk keje shif nih Time CUTI tak sama dengan wife yang paling tak best. sebab tak dapat bersama anak n wife. kalau kene time cuti sama sama pon adalah sebulan sekali. tu pon time lepas kerja malam, tentu mamai mamai nak ke mana time cuti sabtu tu. kalau dapat pon kitaorang akan balik kampung. nak ambil cuti tahunan pon rasa macam tak berbaloi sebab cuti tahunan diberi pon adalah 22 hari jek setahun.itu target cuti utk kenduri adik nak kawin & jalan jalan masa cuti sekolah aje..huhuhu

Macam hari ni, semalam aku kerja malam menggantikan staf yg bercuti balik pukul 8.30am tadik samapi rumah pukul 9.15am. Dan sekarang kena kerja petang pulak time 2.30pm hingga 8.30pm. kalau diikutkan tak dapat jumpa pon dengan isteri & anak..sebab time balik kerja anak & wife sudah ke sekolah & opis, aku baru sampai rumah pukul 9.15am. lepas tu balik karang pukul 8.30 malam sampai rumah dalam pukul 9.30pm. kalau sempat dapat makan malam dengan anak & wife. Masa tu pon, anak dah tahan-tahan mata nak tidur..dapat la main, guran sekejap dengan dia pastu dah nak tido sebab esok nak sekolah.

Pagi esok, bangun² pagi dah nak ke sekolah dan aku kerja Malam pula, dah tentu masa nak bertemu & bermain hanya sekejap aja, sebab anak & wife balik dekat pukul 7.00pm dan pukul 7.45 aku harus bergerak ke tempat kerja dah..

so, nikmatilah masa yang ada bersama yang tersayang..
err..ada kene mengena tak tajuk ngan apa yg ditulis...hehehee

2 comments:

LydSunshine said...

baiklah... masa yang ada akan dipergunakan utk spend quality time dgn family. Sian kat ko. Cam sedih je kalo aku bayangkan suami aku keja shift dpt jumpa pun jarang2.

sukaxplo said...

Lydsunshine

Huhuhu...macam tu kehidupan kerja shif...tapi jadikan masa yg ada tu berkualiti dgn famili jangan pulak kita asyik mengadap pesbuk n wasap pulok..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...