Followers

17 April, 2014

Mengelak kena petir


Cara mengelak dari dipanah petir..boleh diajarkn kpd anak2 atau anak2 murid yg sedang berada di padang atau tempat lapang


Bila ada petir ke bumi, ia membentuk riak2 with different voltage potentials. Arus boleh mengalir jika ada penyambung antara 2 diff potentials. Sbb tu kena rapatkan kaki dn lompat dan jgn berlari...


Langkah mencegah dipanah petir

Sebelum ribut
1.Orang ramai perlu semak ramalan cuaca
2.Lihat tanda-tanda kedatangan ribut
3.Tangguh dulu sebarang aktiviti luar jika ribut petir dijangka berlaku

Semasa kedatangan ribut petir
1.Orang ramai perlu masuk ke dalam bangunan kukuh @ kereta
2.Hindari menggunakan telefon atau sebarang kelengkapan elektrik kerana talian telefon dan paip logam mengalirkan elektrik
3.Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak mandi
4.Tutup penyaman udara.Luruan kuasa kilat boleh memberikan beban lebih pada pemampat
5.Keluar dari bot dan jauhi air

Jika terperangkap di luar bangunan dan tiada tempat berlindung
1.Berteduh di kawasan rendah yang jauh dari pokok dan pagar
2.jika berada di dalam hutan,dinasihatkan berteduh di bawah pokok yang lebih rendah
3.Jika didapati kulit teransang @rambut menegak,berjongkok ke tanah.Letakkan tanah di lutut dengan kepala antara kedua-dua lutut.Jadikan badan sekecil mungkin dan kurangkan menyentuh tanah
4.jika sedang berperahu @ berenang kembali ke daratan dan segera berlindung


*Maklumat dan perkembangan cuaca boleh diperoleh melalui talian 03-79678116 atau layari laman web www.met.gov.my 

sumber rujukan : gugel, web, facebook

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...