Followers

22 April, 2014

Yang Aku Suka :)

seronok sebenarnya menguruskan budak sekolah nih. aku sanggup tukar dari kerja yg selalu 'outstation' ke kerja yang banyak duduk bilik server (shif) dan dari duduk HQ aku pilih opis yg berdekatan sedikit dengan rumah aku. Ini semua nak menikmati masa masa persekolahan anak aku. 


tengok tu, tak boleh dah orang lain tumpang..hahaha
Aku suka menghantar sendiri anak ke sekolah, suka turunkan dia dari motor, suka pimpin dia masuk pagar sekolah dan memerhatikannya sehingga dia lenyap dari penglihatan masuk ke sekolah. Dulu semasa dia bersekolah sesi petang, aku akan tergesa-gesa untuk ke sekolah pada waktu dia balik dalam pukul 6.15pm dah terpacak depan pagar sekolah. biasanya pukul 6.30pm sekolah akan balik, kebiasaannya anakku akan mula mintak belikan itu & ini..biasanya air oren & keropok.

Sekarang, Adam sekolah pagi. waktu masuk sekolah pukul 7.30am. biasanya akan hantarnya selewat²nya pukul 7.00am dari rumah. jarak 15km dari rumah dan kebiasaanya 25minit diatas motor dan akan sampai ke sekolah sekitar jam 7.20-7.28am. 

masa balik dia akan naik Van Sekolah untuk ke rumah 'transit'nya. selepas mandi & makan, kemudian akan ke sekolah agama pulak sampai pukul 5.30pm. Mamanya akan ambil selepas habis bekerja dan bawa pulang ke rumah.

kalau ikut kata orang, kenapa tak biarkan aje anak pergi & balik naik Van sekolah. jawapannya, aku suka & nak menikmati rasa hantar & sesekali ambil anak ke sekolah. Masa waktu kecil ni la nak bersamanya, esok dah besar entah-entah tak mahu dah naik motor dengan kita..hehehe rugi ooo..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...